akan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Feb 2024 13:52:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png akan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SYBIL akan tubuh pasukan petugas, tangani isu industri & pembangunan ekonomi Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/07/sybil-akan-tubuh-pasukan-petugas-tangani-isu-industri-pembangunan-ekonomi-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/07/sybil-akan-tubuh-pasukan-petugas-tangani-isu-industri-pembangunan-ekonomi-sabah/#respond Wed, 07 Feb 2024 13:52:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49158
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Rangkaian Pemimpin Muda Perniagaan dan Industri Sabah (SYBIL) akan menubuhkan pasukan petugas yang memberi tumpuan kepada menangani isu keselamatan makanan, projek pelancongan, pembangunan keusahawanan dan dasar pembangunan data yang lebih menjurus kepada pematuhan keperluan pentadbiran, kata presidennya, Ar. James Wong.

Beliau berkata, pada masa ini, SYBIL menyasarkan tempoh enam bulan untuk membangunkan aktiviti bernilai tinggi, cadangan pembangunan dasar, program pembelajaran yang berkesan, penglibatan kerajaan dan cadangan industri.

“Kumpulan ini menumpukan perhatian pada isu industri dan peluang pembangunan dalam ekonomi domestik tempatan Sabah dari pandangan komuniti pemilik perniagaan tempatan Sabah, serta juga menubuhkan pentadbiran organisasi.

“Kumpulan ini juga akan menubuhkan pasukan pasukan petugas yang memberi tumpuan kepada menangani isu keselamatan makanan, projek pelancongan, pembangunan keusahawanan dan dasar pembangunan data yang lebih menjurus kepada pematuhan keperluan pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahlj Jawatankuasa SYBIL di sini, hari ini.

Lebih 28 ahli jawatankuasa pengasas hadiri pada mesyuarat itu termasuk Datuk Jade Koh dari Jetsin, Kenji Yeo dari Amazing Borneo, peguam Datuk Roger Chin, Keith Koh dari Rickoh Group, Gordon Pan dari The Big G Events, Jawad Khan yang merupakan pengarah kebangsaan Miss International Malaysia, dan ramai lagi profesional terkenal dan pemilik perniagaan yang berkongsi matlamat tunggal untuk menambah baik Sabah melalui inisiatif sektor swasta.

James berkata, beberapa matlamat kumpulan itu juga adalah untuk meluaskan pengaruh dan rangkaian komuniti perniagaan Sabah ke skala yang lebih besar, memanfaatkan saiz rantau Borneo yang lebih besar melalui BIMP-EAGA, dan ASEAN/APEC.

“Kami mahu berorientasikan tugas, supaya kami boleh memberi tumpuan kepada kurang bercakap, melakukan lebih banyak tindakan (talking less, doing more).

“Kami akan menetapkan program-program penting untuk memantau kemajuan kumpulan kami, dan yang paling penting adalah menumpukan tugas dan memfokuskan aktiviti.

“SYBIL kini dalam proses pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/07/sybil-akan-tubuh-pasukan-petugas-tangani-isu-industri-pembangunan-ekonomi-sabah/feed/ 0 49158
Sabah akan guna sepenuhnya teknologi hijau https://sabahmedia.com/2024/01/09/sabah-akan-guna-sepenuhnya-teknologi-hijau/ https://sabahmedia.com/2024/01/09/sabah-akan-guna-sepenuhnya-teknologi-hijau/#respond Tue, 09 Jan 2024 08:10:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47730
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Sabah kini dalam transformasi untuk menerima pakai sepenuhnya revolusi teknologi hijau dengan projek keluli hijau bernilai RM20 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pelaburan dalam produk yang memanfaatkan tenaga
boleh baharu, penambahbaikkan pengurusan sisa dan menggalakkan penyelesaian yang mampan.

“Melabur dalam produk berasaskan teknologi hijau bukan sahaja sejajar dengan matlamat kemampanan global tetapi juga memanfaatkan pasaran yang berkembang pesat untuk penyelesaian mesra alam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan Perjanjian Induk atau Heads of Agreement daripada Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) kepada Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (Esteel Sabah) bagi pembekalan 150 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) gas asli di Menara Kinabalu hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji mengulangi perkara yang dibangkitkannya pada Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) di Shenzen, China, pada November lalu bahawa Sabah telah mengenal pasti beberapa industri utama yang bukan sahaja menjanjikan pulangan yang besar ke atas pelaburan tetapi juga menyumbang kepada masa hadapan yang lebih mampan dan makmur.

“Ini menandakan keyakinan Sabah terhadap projek keluli hijau, yang juga adalah antara pelaburan yang mewakili asas pertumbuhan ekonomi dan strategi pembangunan negeri,” ujarnya.

Tambah beliau, menerusi perjanjian itu, SEC akan membekalkan 100 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) gas asli kepada kilang pembuatan keluli Esteel Sabah dan tambahan 50 mmscfd untuk penjanaan kuasa loji itu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Sumbangan penting SEC kepada projek ini menyerlahkan peranan pentingnya dalam mempromosikan inisiatif mampan dan memupuk pembangunan wilayah,” katanya.

Projek Keluli Hijau adalah projek membabitkan tiga fasa yang memilih gas asli sebagai agen pengurangan berbanding kok dan arang batu, mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 70 peratus dan menjadikannya rendah karbon , cekap dan mesra alam.

Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd, anak syarikat Green Esteel Pte Ltd Singapura, telah menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) untuk menubuhkan kilang pembuatan di SOGIP di
Sipitang pada November 2022.

Fasa 1 projek ini, dengan anggaran kos sebanyak USD1.93 bilion, dijangka bermula tahun ini dan siap menjelang 2026.
Projek ini dijangka mewujudkan kira-kira 2,795 peluang pekerjaan semasa fasa operasinya.

Mewakili SEC pada majlis penyerahan Perjanjian Induk ialah Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Datuk Adzmir Abd Rahman, manakala ESTEEL Sabah diwakili Pengarah Urusan Xu Yihang.

Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri, Datuk Phoong Jin Zhe; Pengerusi SEC Datuk Annuar Ayub; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, dan Ketua Pegawai Executive, SOGDC Sdn Bhd, Datuk Harun Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/09/sabah-akan-guna-sepenuhnya-teknologi-hijau/feed/ 0 47730
Yayasan Pendidikan Tongod bantu pelajar kurang mampu lanjut pengajian https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/ https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/#respond Sun, 07 Jan 2024 05:48:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47618
Read Time:1 Minute, 7 Second

TONGOD: Yayasan Pendidikan Tongod akan ditubuhkan bagi membantu golongan pelajar daerah ini yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, langkah penubuhan yayasan berkenaan merupakan solusi baharu bagi menambah bilangan anak muda yang berpendidikan tinggi.

“Kita yakin akan lebih ramai modal insan yang berjaya dapat dilahirkan menerusi bantuan yayasan itu nanti, ” kata beliau di majlis kesyukuran Keluarga Milian di Kampung Alitang dan Seriwati yang dihadiri lebih 300 orang anggota keluarga berkenaan, semalam.

Menurutnya, kewujudan dua kilang terbesar yang akan beroperasi di Tongod tidak lama lagi akan membantu dari segi dana yayasan pendidikan itu nanti.

Kilang tersebut ialah Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd dibangunkan dekat Kampung Inarad dan kilang ternakan khinzir di Kampung Entilibon.

Masiung berkata, dengan tertubuhnya yayasan pendidikan itu kelak, ia boleh mengubah nasib golongan miskin dengan memberikan akses pendidikan tertinggi kepada anak mereka menerusi yayasan berkenaan.

Pemegang amanah bagi yayasan itu nanti katanya, akan diuruskan oleh anak tempatan Tongod sendiri yang berkelayakan.

Beliau yang juga Pengerusi Borneo Cement Sabah Sdn Bhd, memberi jaminan 1,000 kekosongan jawatan bakal diwujudkan di syarikat berkenaan akan diberi peluang kepada warga Tongod mengikut kelayakan akademik.

Turut hadir memeriahkan majlis kesyukuran itu ialah Padri All Saint Kota Kinabalu, Dean Musa Ambai, Penolong Pegawai Daerah Tongod, Ronley Saringan dan Pegawai Unit Pembangunan Masyarakat, Tokyo Hashim Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/feed/ 0 47618
Sabah akan terokai Ekonomi Biru bersama pelabur asing https://sabahmedia.com/2023/12/14/sabah-akan-terokai-ekonomi-biru-bersama-pelabur-asing/ https://sabahmedia.com/2023/12/14/sabah-akan-terokai-ekonomi-biru-bersama-pelabur-asing/#respond Thu, 14 Dec 2023 04:25:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46520
Read Time:2 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menerokai Ekonomi Biru dengan kerjasama pelabur-pelabur asing yang pakar dalam bidang itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Ekonomi Biru sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebagai salah satu pendekatan untuk merancakkan ekonomi negara.

Katanya, selaras dengan Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri berhasrat meneroka Ekonomi Biru yang bertujuan untuk pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau berkata, Ekonomi Biru menjanjikan potensi yang besar dalam pelbagai bidang, antaranya bagi negeri Sabah ialah Perikanan dan Akuakultur, Perkapalan dan Pengangkutan (Logistik), Pelancongan, Tenaga Boleh Diperbaharui, Sumber-sumber Mineral, Bioteknologi dan Farmaseutikal, Blue Carbon, Pengurusan Sisa dan Kawalan Pencemaran, Kajian dan Pembangunan serta Infrastruktur Marin.

“Semasa mengetuai delegasi ke Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) di China pada November lalu, saya telah menjemput pelabur untuk meneroka konsep Ekonomi Biru dengan Kerajaan Sabah bagi membangunkan sektor pemprosesan makanan, kerana Sabah mempunyai pantai terpanjang di Malaysia, dengan lebih 1,000 kilometer berpotensi besar untuk penternakan ikan dan hasil laut lain”, katanya.

Beliau berkata demikian sempena Perasmian Program SMJ-EKOB 2023 Khazanah
Baharu Melalui Konsep Ekonomi Biru Di Negeri Sabah “Beyond Limits, Unleashing Economy” di Hotel Le Meridien pada Khamis.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Katanya, beliau turut meminta pelabur untuk mempertimbangkan sektor tenaga, merangkumi sumber bahan api fosil dan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan angin.

Justeru beliau berharap semua pihak yang berkaitan dalam konsep Ekonomi Biru akan bekerja keras untuk menarik lebih ramai pelabur luar termasuk dari China untuk melabur dalam konsep itu.

“Kita harus sedar bahawa jika pada masa lalu ia hanyalah sebuah konsep dalam ekonomi, kini sudah menjadi satu kemestian untuk diterokai. Lebih-lebih lagi, kedudukan geografi negeri Sabah amatl strategik, dikelilingi lautan seluas 37,300 kilometer persegi, dengan pelantar benua berkeluasan 116,800 kilometer persegi, dan garis pantai sepanjang 2,383 kilometer.

“Dengan khazanah dan kekayaan biodiversiti marin yang dimiliki negeri Sabah, potensinya amat besar. Justeru, kerajaan komited dan mengambil serius pembangunan Ekonomi Biru kerana memahami betapa besar implikasinya kepada rakyat, alam sekitar dan masa depan bersama”, tegasnya.

Hajiji berkata, Konsep Ekonomi Biru diperkenalkan pada tahun 2012 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang merujuk kepada pemanfaatan secara lestari sumber-sumber laut untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup, dan penciptaan pekerjaan, sambil menjaga kelestarian ekosistem marin.

Sementara di persidangan ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 2021, para delegasi termasuk Malaysia telah bersetuju untuk mengadaptasikan ekonomi biru di rantau ASEAN.

Beliau berkata, Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0: 2021-2025) yang dilancarkan pada 29 Mac 2021, menggariskan strategi pembangunan negeri dengan memanfaatkan semua sumber yang terdapat di negeri Sabah secara optimum.

Menurutnya, sifat Pelan SMJ sudah seawalnya menyediakan ruang untuk meneroka kaedah atau sumber baharu bagi meningkatkan pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pada masa yang sama memelihara ekosistem alam sekitar.

“Perkara ini terkandung dalam teras utama Pelan SMJ di bawah elemen J: Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, yang pada prinsipnya menyokong agenda pembangunan Ekonomi Biru di negeri Sabah”, tambahnya.

Menyentuh Program SMJ-EKOB 2023, Hajiji berkata ia adalah platform untuk mewujudkan kerangka ekonomi yang akan menentukan hala tuju Ekonomi Biru bagi negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/14/sabah-akan-terokai-ekonomi-biru-bersama-pelabur-asing/feed/ 0 46520