akar umbi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Jun 2025 10:01:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png akar umbi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama erat masyarakat akar umbi rancakkan pelan pembangunan kerajaan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerjasama-erat-masyarakat-akar-umbi-rancakkan-pelan-pembangunan-kerajaan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerjasama-erat-masyarakat-akar-umbi-rancakkan-pelan-pembangunan-kerajaan-shahelmey/#respond Sat, 28 Jun 2025 10:00:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76311
Read Time:1 Minute, 20 Second

PUTATAN: Masyarakat setempat disarankan terus menjadi ‘mata dan telinga’ Kerajaan Negeri dalam usaha merealisasikan hala tuju pentadbiran serta keseimbangan sosio, ekonomi di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, adalah penting dalam penekanan kerjasama holistik di antara masyarakat akar umbi dan kerajaan sedia ada terutama menjayakan pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) dari semasa ke semasa.

“Apa jua isu yang timbul di kawasan masing-masing, saya pinta masyarakat di peringkat akar umbi teruslah berhubung dengan pihak seperti UPPM, JPKK, JKDM dan berkaitan.

“Ini adalah bagi memastikan supaya setiap permasalahan dapat di bawa untuk penyelesaian dan itu pentingnya hubungan dua hala antara masyarakat dengan pihak yang bertanggungjawab di kawasan, “katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat berkata demikian ketika berucap bersempena perasmian Program Semangat Madani Tanjung Keramat di Dewan Serbaguna Muhibbah, Taman Jumbo, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, program berbentuk komuniti setempat itu menyaksikan lebih 100 penduduk terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Antara acara diadakan adalah program gotong royong membersihkan kawasan perumahan dan pertandingan mewarna di kalangan anak-anak penduduk.

Mengulas mengenai program itu, Shahelmey berkata, penyertaan aktif komuniti di lokaliti terbabit menunjukkan trend positif terhadap kesedaran menjaga kebersihan dan keselamatan bersama.

“Kita menyedari dengan adanya program seumpama ini, para peserta dan hadirin bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah sesama kita, bahkan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara kebersihan, keselamatan dan keharmonian di komuniti di sini.

“Ia amat bertepatan dengan saranan Kerajaan Negeri Sabah yang menginginkan perpaduan di kalangan rakyat di kesemua peringkat demi melestarikan komuniti lebih berdaya saing di masa hadapan, “katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerjasama-erat-masyarakat-akar-umbi-rancakkan-pelan-pembangunan-kerajaan-shahelmey/feed/ 0 76311
Pemimpin akar umbi guna platform media sosial bantu kerajaan jelaskan pencapaian Hala Tuju SMJ https://sabahmedia.com/2024/03/25/pemimpin-akar-umbi-guna-platform-media-sosial-bantu-kerajaan-jelaskan-pencapaian-hala-tuju-smj/ https://sabahmedia.com/2024/03/25/pemimpin-akar-umbi-guna-platform-media-sosial-bantu-kerajaan-jelaskan-pencapaian-hala-tuju-smj/#respond Mon, 25 Mar 2024 06:57:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51575
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Semua kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau di setiap peringkat perlu bijak menggunakan saluran ‘Media Sosial’ bagi membantu kerajaan menerangkan pencapaian serta maklumat hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada rakyat di akar umbi.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Mohamad Razali Razi berkata, jawatankuasa kepimpinan PGRS Darau di setiap peringkat merupakan individu paling penting bagi memberi penerangan pencapaian kerajaan selepas mengambil alih kepimpinan sejak 2020.

Katanya, peranan jawatankuasa parti di setiap peringkat sangat penting berikutan mereka menjadi wakil kepada kerajaan dalam usaha menyampaikan maklumat sekali gus menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul di kawasan mereka.

“Kerajaan Negeri menerusi Sabah Maju Jaya adalah merupakan hala tuju perancangan jangka panjang yang digariskan, ia sudah tentu akan memakan masa untuk mencapai matlamatnya.

“Kita melihat hampir setiap hari pembangkang menggunakan ruangan media sosial memainkan isu bekalan air, elektrik dan jalan raya…Untuk makluman semua, masalah ini bukan baharu malah kita warisi daripada kepimpinan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Moreh bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian parti itu bersama kepimpinan PGRS Bahagian Darau di setiap peringkat di sini semalam.

Mohamad Razali merupakan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, berkata, semua individu yang dilantik menganggotai jawatankuasa parti kepimpinan Gagasan Rakyat Darau di setiap peringkat bukan hanya membantu kempen atau menambah ahli, malah bertindak dalam membantu menerangkan pencapaian kerajaan untuk disampaikan kepada penduduk di peringkat akar umbi.

“Sebagai contoh jelas terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bantuan rumah kepada mereka yang kurang berkemampuan melalui program Rumah Mesra SMJ.

“Kita bukan duduk diam…Oleh itu saya mengharapkan agar semua kepimpinan PGRS Darau di setiap peringkat memainkan peranan mereka dengan menggunakan saliran media sosial masing-masing sekali gus komited dalam membantu menerangkan pencapaian kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi,” jelas Mohamad Razali.

Menurutnya, beliau tidak mahu pemimpin akar umbi bersikap sambil lewa berikutan rakyat akan menunding jari kepada kerajaan pada hari ini sekiranya masalah mereka lambat diselesaikan.

“Kita yakin kerajaan negeri yang ada ketika ini sudah banyak memberikan perubahan, malah masih banyak lagi dalam perancangan hala tuju Sabah Maju Jaya yang akan diselesaikan secara berperingkat-peringkat dalam masa terdekat,” katanya.

Hadir sama, Ketua Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Zaitun Kassim dan Naib Ketua Parti Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Ramlan Awal.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/25/pemimpin-akar-umbi-guna-platform-media-sosial-bantu-kerajaan-jelaskan-pencapaian-hala-tuju-smj/feed/ 0 51575
Akar umbi, pemimpin masyarakat harus mempunyai pemahaman yang baik dalam ICT – Joniston https://sabahmedia.com/2023/04/28/akar-umbi-pemimpin-masyarakat-harus-mempunyai-pemahaman-yang-baik-dalam-ict-joniston/ https://sabahmedia.com/2023/04/28/akar-umbi-pemimpin-masyarakat-harus-mempunyai-pemahaman-yang-baik-dalam-ict-joniston/#respond Fri, 28 Apr 2023 08:44:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33471
Read Time:1 Minute, 45 Second

KIULU: Akar umbi dan pemimpin masyarakat harus mempunyai pemahaman yang baik tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar tidak ketinggalan dan terlepas manfaat era digital, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.

Memandangkan teknologi memainkan peranan yang semakin berkembang dalam masyarakat moden, Joniston berkata, mereka harus berusaha untuk menyelaraskan usaha mereka dengan ICT untuk menggalakkan penglibatan dan produktiviti komuniti.

“Kemunculan teknologi baharu telah membawa satu era di mana kadar pemindahan maklumat sangat pesat. Ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung mesti berusaha untuk berpengetahuan dalam bidang ICT dan memperoleh kemahiran baru.

“Pemimpin perlu menyesuaikan diri dan bijak semasa menjalankan tugas kerana dalam dunia hari ini, mencari penyelesaian kepada masalah lazimnya melibatkan penggunaan beberapa bentuk teknologi digital, yang memerlukan kreativiti dan ciptaan,” katanya pada program bengkel ICT di Kampung Simpangan di sini pada Khamis .

Bengkel yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikendalikan oleh tutor ICT dari Kolej AMC (Administrative Management College), bengkel itu dihadiri kira-kira 50 belia serta beberapa warga emas.

Sehubungan itu, Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, telah berjanji bahawa beliau akan melabur dalam kemajuan ICT untuk pemimpin masyarakat di kawasannya dengan menggunakan peruntukan “touch point” beliau dan ini juga termasuk penatua gereja.

Dengan peningkatan media sosial dan alat komunikasi digital lain, beliau berkata pemimpin yang mahir ICT boleh berkomunikasi dengan lebih mudah dengan ahli komuniti mereka, berkongsi maklumat dan membina hubungan.

“Kita juga mesti melihat ICT sebagai satu cara untuk meningkatkan advokasi di mana pemimpin yang mahir ICT boleh menggunakan platform digital untuk melibatkan diri dengan penggubal dasar, meningkatkan kesedaran tentang isu penting dan menyokong perubahan.

“Kecekapan dalam ICT juga boleh membantu pemimpin masyarakat dalam membangunkan peluang ekonomi baharu untuk komuniti mereka. Platform digital boleh mempromosikan keusahawanan, menghubungkan perniagaan tempatan dengan bakal pelanggan dan menarik pelabur baharu kepada komuniti.

“Ini sepatutnya menjadi jalan ke hadapan untuk pemimpin menangani keperluan dan cabaran masyarakat, untuk menggalakkan penyertaan yang lebih besar daripada ahli komuniti dalam proses membuat keputusan, dan untuk mengumpul input melalui platform dalam talian supaya masyarakat berasa melabur dalam masa depan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/28/akar-umbi-pemimpin-masyarakat-harus-mempunyai-pemahaman-yang-baik-dalam-ict-joniston/feed/ 0 33471
Membudayakan sukan bola jaring dari akar umbi – Juliah https://sabahmedia.com/2023/02/25/membudayakan-sukan-bola-jaring-dari-akar-umbi-juliah/ https://sabahmedia.com/2023/02/25/membudayakan-sukan-bola-jaring-dari-akar-umbi-juliah/#respond Sat, 25 Feb 2023 09:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30019
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Semua pihak termasuk persatuan sukan, jurulatih, ibu bapa, guru-guru dan pihak berkaitan perlu memainkan peranan membudayakan sukan bola jaring bermula dari peringkat akar umbi, kata isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Katanya, aspek itu perlu diberi perhatian dan dilaksanakan oleh semua pihak selaras dengan pernyataan Dasar Sukan Negeri Sabah, 2021 iaitu ke arah pembentukan budaya sukan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat negeri.

Menurutnya, sukan bola jaring mengakhiri penantian selepas 20 tahun dan telah dapat beraksi dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2022.

“Saya yakin dan percaya, sekiranya prestasi sukan bola jaring menunjukkan peningkatan dan prestasi yang semakin baik di peringkat negeri dan kebangsaan Insyaallah, pihak Kementerian Belia dan Sukan pasti akan terus memberi peluang kepada sukan bola jaring untuk disenaraikan dalam Temasya SUKMA akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kejohanan Bola Jaring Piala Remaja 2023 di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, hari ini.

Sehubungan itu Juliah berharap Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA) akan terus aktif dan cemerlang dalam memainkan peranan sebagai badan induk sukan bola jaring di negeri Sabah.

Beliau juga berharap lebih banyak persatuan bola jaring daerah akan diwujudkan di seluruh Sabah bagi menyokong persatuan negeri dalam pembangunan sukan bola jaring negeri ini.

Katanya, Kejohanan Bola Jaring Piala Remaja yang julung kali dianjurkan oleh SABANA harus diadakan secara berkala sebagai platfom untuk mencungkil lebih banyak bakat-bakat yang boleh diketengahkan sebagai pemain pelapis bagi mewakili negeri Sabah di peringkat kebangsaan, SUKMA dan seterusnya mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Juliah berkata, mulai tahun ini SABANA akan menjadikan kejohanan remaja itu sebagai program dwi-tahunan persatuan itu.

Beliau berharap semua pasukan yang menyertai kejohanan tu bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi dan menerusi persaingan yang sengit akan meningkatkan mutu sukan bola jaring di negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/25/membudayakan-sukan-bola-jaring-dari-akar-umbi-juliah/feed/ 0 30019