Akaun simpanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Jun 2024 08:01:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Akaun simpanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Seorang lagi ditahan babit kes sindiket wang hilang dalam akaun simpanan lebih RM20 juta https://sabahmedia.com/2024/06/21/seorang-lagi-ditahan-babit-kes-sindiket-wang-hilang-dalam-akaun-simpanan-lebih-rm20-juta/ https://sabahmedia.com/2024/06/21/seorang-lagi-ditahan-babit-kes-sindiket-wang-hilang-dalam-akaun-simpanan-lebih-rm20-juta/#respond Fri, 21 Jun 2024 08:01:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56315
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Satu tangkapan baharu dilaporkan semalam membabitkan sindiket kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan sebuah bank berjumlah RM24.2 juta.

Memetik laporan Buletin TV3 hari ini, suspek seorang wanita berusia 40an yang juga penjawat awam antara disyaki terjerat dengan salah seorang suspek yang juga tunangnya dalam sindiket berkenaan.

Perintah reman selama tiga hari bermula esok dikenakan terhadap suspek yang dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas permohonan dibuat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Sementara itu perintah reman ke atas 10 orang lagi suspek berhubung sindiket terbabit disambung tiga hari lagi bermula hari ini.

‘Orang dalam’ yang juga pegawai bank antara 10 suspek terlibat bersekongkol bagi urusan pengeluaran wang terbabit.

Perintah sambung reman ke atas semua suspek berusia antara 20an hingga 50an tahun itu dikeluarkan oleh Majistret sama, Stephanie Sherron Abbie, di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Kesemua suspek yang telah ditahan dipercayai berkaitan kes kehilangan wang terbabit di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan penipuan.

Perintah reman terbabit disambung sejak direman buat kali pertama pada 17 Jun lalu yang tamat tempoh reman hari ini, susulan permohonan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Terdahulu, media melaporkan kakitangan sebuah bank ditahan selepas disyaki bertindak sebagai ‘orang dalam’ bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan pada awal Jun memaklumkan berlaku pengeluaran yang mencurigakan.

Menurutnya, laporan dibuat mangsa dan kakitangan bank terbabit di Petaling Jaya, Selangor mendakwa berlaku pengeluaran secara tunai di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/21/seorang-lagi-ditahan-babit-kes-sindiket-wang-hilang-dalam-akaun-simpanan-lebih-rm20-juta/feed/ 0 56315
Kakitangan bank ditahan, lebih RM20 juta wang akaun simpanan hilang https://sabahmedia.com/2024/06/15/kakitangan-bank-ditahan-lebih-rm20-juta-wang-akaun-simpanan-hilang/ https://sabahmedia.com/2024/06/15/kakitangan-bank-ditahan-lebih-rm20-juta-wang-akaun-simpanan-hilang/#respond Sat, 15 Jun 2024 13:33:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56029
Read Time:55 Second

PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang kakitangan bank bagi membantu siasatan selepas lebih RM20 juta dalam akaun simpanan yang didakwa “hilang” melalui transaksi mencurigakan dari bank yang sama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, empat laporan polis telah dibuat sejak awal Jun lalu.

“Pengadu termasuk pemegang akaun dan pekerja bank yang menyedari transaksi tunai yang mencurigakan sedang dilakukan di Kota Kinabalu. Urus niaga itu melibatkan beberapa akaun simpanan daripada bank.

“Semua menafikan sebarang penglibatan dan telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk melakukan transaksi,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Susulan siasatan berhubung transaksi yang mencurigakan itu, polis menahan suspek berusia 38 tahun itu di Kota Kinabalu pada 13 Jun.

“Siasatan mendapati ahli sindiket jenayah dan ‘orang dalam’ dalam bank terbabit dalam membuat pengeluaran kerana transaksi sedemikian hanya boleh dilakukan secara dalaman.

“Beberapa individu lain telah dikenal pasti dan sedang dikesan,” tambahnya.

Polis turut merampas tiga telefon bimbit, lapan kad bank, komputer riba dan wang tunai RM4,400 untuk siasatan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/15/kakitangan-bank-ditahan-lebih-rm20-juta-wang-akaun-simpanan-hilang/feed/ 0 56029