Akaun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Jun 2025 11:57:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Akaun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gagal jelaskan ribuan ringgit dalam akaun, dua individu didenda RM100 https://sabahmedia.com/2025/06/10/gagal-jelaskan-ribuan-ringgit-dalam-akaun-dua-individu-didenda-rm100/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/gagal-jelaskan-ribuan-ringgit-dalam-akaun-dua-individu-didenda-rm100/#respond Tue, 10 Jun 2025 11:57:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75346
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Dua lelaki masing-masing dikenakan denda RM100 atau satu hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana secara curang memiliki wang ribuan ringgit dalam akaun bank mereka.

Tertuduh iaitu Harmi Dani Haikal Harmizy, 23, dan Wandy Lanley, 22, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Bagi kes Harmi, tertuduh didapati memiliki sebanyak RM24,800 dalam akaun banknya yang diperoleh dengan curang daripada seorang wanita pada 13 Jun 2024 di Manggatal Plaza, dekat sini.

Manakala Wandy pula didapati pada 23 September lalu di Kampung Sembulan Baru memiliki wang berjumlah RM1,600 yang diperoleh dengan curang daripada seorang wanita.

Mereka gagal memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana mereka memperoleh wang tersebut.

Kedua-dua tertuduh masing-masing didakwa di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah yang boleh dihukum di bawah Ordinan yang sama yang memperuntukkan denda RM100 atau penjara selama tempoh tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan seorang wanita didenda RM800 atau dua bulan penjara kerana bermain judi atas talian.

Nur Asyillah Aida, 27, melakukan kesalahan itu pada 24 Februari di tangga Klinik Pergigian Donggongon, Penampang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5, 000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan kerana disyaki menjadi agen mengurus jual aktiviti tambah nilai perjudian atas talian secara tidak sah atau tidak berlesen.

Antara barang yang dirampas adalah sebuah telefon bimbit jenama Vivo dan wang tunai RM88.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/gagal-jelaskan-ribuan-ringgit-dalam-akaun-dua-individu-didenda-rm100/feed/ 0 75346
RM22,500 masuk akaun, lelaki didenda gagal jelaskan sumber wang https://sabahmedia.com/2025/05/13/rm22500-masuk-akaun-lelaki-didenda-gagal-jelaskan-sumber-wang/ https://sabahmedia.com/2025/05/13/rm22500-masuk-akaun-lelaki-didenda-gagal-jelaskan-sumber-wang/#respond Tue, 13 May 2025 11:11:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73753
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Gara-gara meminjamkan kad bank tanpa menyedari risiko perbuatannya, seorang lelaki dihukum denda RM100 atau tiga hari penjara selepas gagal menjelaskan wang RM22,500 ke dalam akaunnya.

“Saya tidak tahu meminjamkan kad bank kepada orang lain boleh menjadi kes yang berat,” kata tertuduh, Johnny Tamin.

Johnny, 33, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana memiliki wang tersebut yang diperoleh dengan curang dari pemiliknya iaitu seorang wanita serta gagal memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana beliau memperolehi wang tersebut.

Kesalahan tersebut berlaku pada 22 Julai 2024, kira-kira jam 4.30 petang di Bank BSN Pekan Putatan, Penampang.

Johnny didakwa di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Bab 80) Negeri Sabah yang boleh dihukum di bawah Ordinan yang sama, memperuntukkan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjara untuk suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Dalam fakta kes, wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun tertuduh dalam tiga transaksi iatiu RM10, 000; RM10, 000; dan RM500.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basri, manakala Johnny tidak diwakili peguam.

Tertuduh telah membayar denda.

Dalam kes berasingan, Mahkamah Sesyen menetapkan 21 Mei depan untuk mendengar kes membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang didakwa merogol seorang wanita.

Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh untuk Midrick Makales yang kesnya dibawa ke mahkamah hari ini untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa bapa Midrick gagal dikesan, walaupun sebelum ini keluarga diarahkan hadir bagi memaklumkan sama ada akan melantik peguam untuk mewakilinya.

Perbicaraan tertangguh dalam prosiding sebelum ini selepas peguam bela menarik diri pada saat akhir, manakala Midrick memaklumkan keluarganya sedang mengumpul wang bagi mendapatkan peguam baharu.

Midrick didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu pada jam 11 pagi, 13 Jan tahun ini di sebuah bilik sewa sebuah kedai di Lorong Buah Duku, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Eugenie Meredith Gilbert mewakili DPP Nurul Shaferrah Mad Iskim manakala Midrick tidak diwaki

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/13/rm22500-masuk-akaun-lelaki-didenda-gagal-jelaskan-sumber-wang/feed/ 0 73753