aki nabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Jul 2021 06:42:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png aki nabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID: Malim Gunung Tanam Sayur, buah-buahan Sara Kehidupan https://sabahmedia.com/2021/07/13/covid-malim-gunung-tanam-sayur-buah-buahan-sara-kehidupan/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/covid-malim-gunung-tanam-sayur-buah-buahan-sara-kehidupan/#respond Tue, 13 Jul 2021 06:42:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2966
Read Time:1 Minute, 42 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 mendorong beberapa malim gunung mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai alternatif bagi menjana pendapatan.

Abdul Hasnin Kasim, 49, dari Kundasang berkata beliau menanam sayur-sayuran tanah tinggi seperti brokoli dan kubis bunga di tanah seluas 0.5 hektar sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas.

Beliau berkata walaupun pendapatan menjual sayur-sayuran tidak konsisten pada setiap bulan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup sementara aktiviti pendakian dibenar beroperasi kembali.

“Saya menjual hasil tanaman sayur-sayuran di pekan Kundasang. Pendapatan sebulan sekitar RM400 hingga RM500 sahaja. Memang agak kecil, tetapi saya bersyukur masih ada rezeki untuk meneruskan hidup,” katanya kepada Bernama di sini.

Abdul Hasnin yang menjadi malim gunung hampir 16 tahun berkata beliau sangat merindui suasana bertugas membawa pelancong mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu dan tidak sabar-sabar untuk memulakan pendakian apabila aktiviti itu dibuka kelak.

Seorang lagi malim gunung Japarin Ginsos, 43, berkata beliau memanfaatkan masa sepanjang PKP dengan menanam nanas dan hasilnya dijual di sekitar Kota Belud, Ranau serta Kota Kinabalu pada harga RM1.80 hingga RM2 sekilogram.

Japarin yang berasal dari Kota Belud memulakan projek menanam nanas sejak PKP pertama dan dalam tempoh setahun, beliau sudah boleh menuai hasil tanaman yang dapat menampung keperluan keluarga.

“Sekali menuai boleh dapat sehingga 200 kilogram nanas dengan anggaran pendapatan kira-kira RM500 sebulan. Agak memberangsangkan tetapi masih memerlukan lagi usaha untuk memastikan hasil tanaman nanas lebih berkualiti,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Inisiatif sama turut dilakukan seorang malim gunung wanita Suzana Bulangai, 48, yang menanam dan menjual nanas di Kota Belud bagi menjana pendapatan.

Beliau yang menjadi malim gunung sejak 2018 berharap program vaksinasi di Sabah berjalan lancar bagi membolehkan sasaran imuniti kelompok tercapai supaya aktiviti pelancongan dapat beroperasi semula.

Sejak negara dilanda wabak COVID-19, Gunung Kinabalu ditutup beberapa kali kepada pendaki dengan terbaharu pada 1 Jun lepas sehingga kini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/covid-malim-gunung-tanam-sayur-buah-buahan-sara-kehidupan/feed/ 0 2966
Mangsa Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Dalam Kenangan https://sabahmedia.com/2021/06/05/mangsa-gempa-bumi-di-gunung-kinabalu-dalam-kenangan/ https://sabahmedia.com/2021/06/05/mangsa-gempa-bumi-di-gunung-kinabalu-dalam-kenangan/#respond Sat, 05 Jun 2021 04:29:25 +0000 http://sabahmedia.com/?p=557
Read Time:1 Minute, 43 Second

5 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]

KOTA KINABALU:  Satu program webinar telah diadakan sempena memperingati mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu yang mengorbankan 14 pendaki dan 4 malim gunung pada 5 Jun 2015 , berlangsung di Kiau View, di Taman Kinabalu, sebentar tadi.

Upacara berlangsung kira-kira jam 9 pagi di hadapan monumen yang menempatkan 14 nama pendaki dan 4 malim gunung yang terkorban itu, dapat ditonton secara langsung oleh seluruh masyarakat menerusi media sosial rasmi Taman-Taman Sabah seperti facebook, zoom dan youtube.

Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Peter Lintar

Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Peter Lintar dalam ucapan perasmiannya, ” adalah mustahil penganjuran secara fizikal atau bersemuka untuk membuat simulasi “Mencari dan Menyelamat” (SAR) oleh anggota keselamatan di Gunung Kinabalu sempena ulangtahun memperingati mangsa gempa bumi pada tahun ini disebabkan pandemik covid-19 yang melanda negara kita ini”.

“Namun, bencana tersebut memberi peringatan kepada kita bahawa kejadian gempa bumi tidak dapat diramal dan di mana ia berlaku,” ujarnya.

Katanya, “walaupun kita memiliki teknologi yang canggih berbeza dengan bencana lain seperti ribut taufan dan letusan gunung berapi yang boleh diramal atau mempunyai tanda-tanda sebelum ia berlaku namun gempa bumi masih menjadi persoalan yang tidak terungkai sehingga sekarang”.

Jesteru itu, kita perlu bersiap sedia terutama pasukan yang terlibat secara langsung dalam operasi-operasi penyelamatan.

“Persiapan bukan setakat memiliki kelengkapan dan peralatan yang canggih dan mencukupi tetapi paling penting adalah persediaan dari segi fizikal, mental serta koordinasi yang mantap dikalangan agensi-agensi yang terlibat”, tambahnya.

Terdahulu, upacara dimulai dengan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan bertafakur kira-kira seminit, sebelum meletakkan jambangan bunga di hadapan monumen berkenaan dengan kehadiran beberapa pegawai taman, jabatan dan agensi penyelamatan kerajaan negeri dan persekutuan Malaysia serta media mengikut prosedur operasi standard (SOP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seterusnya, jambangan bunga diletakkan oleh beberapa pegawai kerajaan dan ahli serta wakil keluarga meletakkan bunga ros di monumen itu.

Dalam kejadian 5 Jun 2015,  satu gempa bumi 6.0 magnitud mengorbankan 18 nyawa membabitkan 10 warga Singapura, Malaysia (enam) dan masing-masing satu mangsa dari China serta Jepun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/05/mangsa-gempa-bumi-di-gunung-kinabalu-dalam-kenangan/feed/ 0 557