Akibat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Feb 2024 14:56:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Akibat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isteri cedera dipukul suami akibat cemburu https://sabahmedia.com/2024/02/11/isteri-cedera-dipukul-suami-akibat-cemburu/ https://sabahmedia.com/2024/02/11/isteri-cedera-dipukul-suami-akibat-cemburu/#respond Sun, 11 Feb 2024 14:51:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49356
Read Time:54 Second

BEAUFORT: Seorang lelaki telah ditangkap polis kerana mencederakan isterinya disyaki berpunca akibat cemburu dan menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah mengesahkan kejadian dan berkata tangkapan ke atas suspek seorang lelaki berumur 35 tahun telah dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan anggota Pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Menumbok bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Siaun Menumbok semalam.

Menurutnya, pada Sabtu (10 Feb) jam 10.00 pagi di dalam sebuah kereta di hadapan rumah, suami kepada pengadu secara tiba-tiba mengamuk dan memukul pengadu di bahagian muka.

“Pengadu berusia 34 tahun merupakan isteri kepada suspek mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan dan luka di bawah kening. Suspek juga telah mengugut untuk membunuh pengadu.

“Punca kejadian berlaku disyaki akibat suspek cemburu dan menuduh isterinya ada hubungan dengan lelaki lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, suspek kini di tahan reman selama empat hari bermula 12 hingga 15 Februari 2024 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/11/isteri-cedera-dipukul-suami-akibat-cemburu/feed/ 0 49356
Kebakaran Rumah: Tujuh sekeluarga terselamat, penyelamat maut akibat sesak nafas terhidu asap berlebihan https://sabahmedia.com/2024/01/24/kebakaran-rumah-tujuh-sekeluarga-terselamat-penyelamat-maut-akibat-sesak-nafas-terhidu-asap-berlebihan/ https://sabahmedia.com/2024/01/24/kebakaran-rumah-tujuh-sekeluarga-terselamat-penyelamat-maut-akibat-sesak-nafas-terhidu-asap-berlebihan/#respond Wed, 24 Jan 2024 07:24:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48436
Read Time:1 Minute, 30 Second

LABUAN: Tujuh sekeluarga mangsa kebakaran terselamat, namun seorang jiran yang berhati mulia menemui ajalnya selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dalam kejadian kebakaran rumah kediaman teres dua tingkat di Merinding Garden, Jalan OKK Daud di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Gillian Donald, 41, dipercayai mengalami sesak nafas akibat terhidu bau asap yang berlebihan selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dari kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim mengesahkan dan menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran tersebut pada jam 4.17 pagi tadi (24 Jan).

“Pihak polis yang menjalankan siasatan awal di tempat kejadian mendapati pihak bomba telah berjaya memadam kebakaran.

“Siasatan lanjut juga mendapati seramai tujuh orang isi rumah terdiri daripada enam perempuan, tiga daripadanya kanak-kanak dan seorang lelaki berjaya diselamatkan. Kesemua mangsa masing-masing berusia empat hingga 67 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Hamizi, seorang sukarelawan iaitu jiran mangsa kebakaran yang telah
bertungkus lumus dan berjaya menyelamatkan tujuh mangsa kebakaran didapati telah meninggal dunia.

Jelasnya, selepas kejadian Gillian berasa letih dan tidak bermaya lalu pengsan. Bantuan pernafasan (CPR) telah diberikan namun beliau gagal diselamatkan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke hospital dengan ambulan dan pada jam 6.10 pagi.

“Pegawai Perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia disyaki mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu bau asap yang berlebihan.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Nukleus W.P. Labuan untuk pemeriksaan lanjut dan didapati tiada sebarang kecederaan di tubuh badan mangsa, namun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, hasil siasatan awal pihak bomba, punca kebakaran dipercayai datang daripada kenderaan milik mangsa kebakaran yang diparkir di hadapan rumah dan seterusnya merebak ke dalam rumah.

“Manakala kesemua mangsa yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil dan dua daripadanya menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/24/kebakaran-rumah-tujuh-sekeluarga-terselamat-penyelamat-maut-akibat-sesak-nafas-terhidu-asap-berlebihan/feed/ 0 48436
Pengeluaran simen di CIS Teluk Sepanggar kurang akibat jentera utama rosak https://sabahmedia.com/2023/11/21/pengeluaran-simen-di-cis-teluk-sepanggar-kurang-akibat-jentera-utama-rosak/ https://sabahmedia.com/2023/11/21/pengeluaran-simen-di-cis-teluk-sepanggar-kurang-akibat-jentera-utama-rosak/#respond Tue, 21 Nov 2023 00:44:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45503
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepanggar mengalami kerosakan jentera utama pada Oktober lepas yang mengurangkan kapasiti pengeluarannya sebanyak 40 peratus daripada 2,400 tan sehari kepada 1,400 tan sehari yang mengganggu bekalan simen.

Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof (gambar) berkata, kerja-kerja pembaikan mengambil masa sebulan untuk disiapkan dan operasi loji menyambung semula operasi biasa pada awal bulan ini.

Katanya CIS telah meningkatkannya penghantaran simen untuk menjelaskan pesanan tertunggak.

“Bekalan juga terputus disebabkan oleh kelewatan dalam penghantaran bahan mentah dan penghantaran simen pukal akibat cuaca buruk di pelabuhan pemunggahan di Semenanjung Malaysia dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata CIS meningkatkan pengeluaran dan penghantaran simen ke pasaran dengan membawa masuk lebih banyak bahan mentah dan penghantaran simen pukal serta melanjutkan operasi penghantarannya termasuk Ahad dan Cuti Umum bagi memastikan semua keperluan simen negeri dipenuhi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/21/pengeluaran-simen-di-cis-teluk-sepanggar-kurang-akibat-jentera-utama-rosak/feed/ 0 45503