Aktif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Mar 2022 08:10:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Aktif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belia Diseru Aktif Dalam Program Anjuran Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/03/15/belia-diseru-aktif-dalam-program-anjuran-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/03/15/belia-diseru-aktif-dalam-program-anjuran-kerajaan/#respond Tue, 15 Mar 2022 08:09:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13020
Read Time:1 Minute, 14 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menyeru lebih ramai golongan muda melibatkan diri dengan program-program belia yang dianjurkan oleh Kerajaan melalui agensi-agensinya.

Dr. Joachim membuat seruan itu di majlis perasmian program pemimpin bersama belia Kampung Meridi di sini, kelmarin.

Mesej beliau itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Yubidi Gumpoyo yang mewakilinya di majlis tersebut.

Yubidi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Belia Islam Sabah (ABIM) yang juga merupakan penganjur program bersama Kelab Belia Meridi kerana telah memberikan sokongan dengan membekalkan sumbangan bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan seperti warga emas.

“Terima kasih diucapkan juga kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah atas peruntukan yang disediakan”, kata Yubidi.

“Aktiviti belia ini lebih bermanfaat kepada golongan belia daripada melibatkan diri dengan kegiatan tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah (air ketum),” tambahnya lagi.

Program ini diyakini dapat memberikan motivasi kepada kelab belia yang berdaftar di Ulu Sugut iaitu Belia Meridi, Belia Betong, Belia Karagasan dan Belia Mengkapoh.

Antara pengisian program selama dua hari ini ialah aktiviti ceramah serta sukan bola tampar dan badminton.

Turut hadir Yang Dipertua ABIM Ranau, Mohd Fazli Middie; Ketua Penerangan Majlis Belia Sabah, Abdul Wahid Razak; Pengerusi Kelab Belia Meridi, Mohd Fadzwan Ali; Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Jeffrey Ikob; Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pedalaman, Patrick Suini; serta para penduduk kampung.

Dalam program berkenaan, Yubidi turut menyampaikan sijil penyertaan belia kepada ahli yang baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/15/belia-diseru-aktif-dalam-program-anjuran-kerajaan/feed/ 0 13020
Hajiji mahu SEDIA terus aktif dalam CSR, bantu ketika pandemik https://sabahmedia.com/2021/07/19/hajiji-mahu-sedia-terus-aktif-dalam-csr-bantu-ketika-pandemik/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/hajiji-mahu-sedia-terus-aktif-dalam-csr-bantu-ketika-pandemik/#respond Mon, 19 Jul 2021 05:53:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3248
Read Time:1 Minute, 32 Second

TUARAN: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) yang ditubuhkan pada tahun 2009, bukan sahaja merancang dan menyelaras aktiviti pembangunan di Sabah tetapi diminta terus aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata usaha SEDIA melancarkan program CSR untuk mengenal pasti kawasan yang penduduknya amat terjejas oleh pandemik COVID-19 dan mengedarkan bantuan bakul makanan kepada mereka, amat dialu-alukan.

“Usaha CSR oleh SEDIA ini juga dilihat sebagai mendukung usaha kerajaan negeri yang turut mengagihkan bantuan (termasuk bakul makanan) untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini, terutama di kawasan yang disasarkan.

“Menerusi Program Sumbangan CSR oleh SEDIA pada hari ini, sebanyak 300 bakul makanan diagihkan kepada penduduk di beberapa kampung di daerah ini,” katanya di sini pada Ahad.

Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA turut menyampaikan bantuan bakul makanan itu kepada beberapa penduduk dalam majlis yang diadakan di Pusat Kebudayaan Bajau Samah di Kampung Lok Batik, di sini.

Antara objektif program ini adalah untuk mengagihkan bantuan berupa bakul makanan kepada isi rumah yang dikenal pasti dan melambangkan solidariti usaha antara SEDIA, Kerajaan Negeri, dan petugas barisan hadapan dalam memastikan keselamatan rakyat daripada pandemik COVID-19, selain membantu mempromosikan pendaftaran suntikan vaksin COVID-19.

Hajiji berkata, penularan pandemik COVID-19 di negara ini termasuk di Sabah menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, operasi perniagaan terjejas dan pergerakan rakyat juga tersekat dalam usaha membendung penyebaran virus berkenaan.

“Saya berharap dengan pelaksanaan program CSR ini dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara masyarakat di kawasan yang terlibat, kerajaan negeri dan SEDIA pada masa akan datang,” katanya

Sementara itu, SEDIA juga memastikan bahawa setiap usaha untuk mengedar bakul makanan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terkini yang ditentukan kerajaan.

Turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif; Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasni Daya dan Ketua Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Hashim Paijan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/hajiji-mahu-sedia-terus-aktif-dalam-csr-bantu-ketika-pandemik/feed/ 0 3248