aktiviti mandi-manda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 08 Sep 2026 03:27:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png aktiviti mandi-manda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Aktiviti mandi-manda bertukar tragedi, lelaki 19 tahun lemas di Sungai Tagal https://sabahmedia.com/2026/09/08/aktiviti-mandi-manda-bertukar-tragedi-lelaki-19-tahun-lemas-di-sungai-tagal/ https://sabahmedia.com/2026/09/08/aktiviti-mandi-manda-bertukar-tragedi-lelaki-19-tahun-lemas-di-sungai-tagal/#respond Tue, 08 Sep 2026 03:27:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103033
Read Time:1 Minute, 29 Second

TAWAU: Aktiviti mandi-manda bersama rakan bertukar tragedi apabila seorang lelaki berusia 19 tahun lemas selepas arus Sungai Tagal, Kampung Kijang, Merotai, tiba-tiba menjadi deras, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika mangsa bersama 12 rakannya pergi ke sungai berkenaan untuk mandi-manda.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa bersama enam rakannya sedang mandi di kawasan sungai, manakala rakan-rakan lain berada di kawasan berhampiran untuk menyediakan makanan.

“Arus sungai secara tiba-tiba menjadi deras menyebabkan enam rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa tidak berjaya berbuat demikian sebelum tenggelam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, rakan-rakan mangsa kemudian mendapatkan bantuan daripada penjaga kawasan Sungai Tagal yang bertindak terjun dan menyelam ke dalam sungai bagi mencari mangsa.

“Mangsa akhirnya berjaya ditemukan dalam keadaan pucat dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Merotai Besar untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, selepas pemeriksaan dan rawatan dilakukan, doktor yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan bedah siasat.

“Hasil pemerhatian dan pemeriksaan fizikal mendapati tiada tanda-tanda berunsur jenayah atau kesan mencurigakan pada tubuh badan mangsa,” katanya.

Wilynton berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), manakala siasatan lanjut dijalankan bagi melengkapkan dokumentasi serta tindakan selanjutnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Major Fredolen Biin di talian 019-8136953.

Dalam pada itu, Wilynton menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menjalankan aktiviti rekreasi di kawasan sungai.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil risiko sekiranya mendapati keadaan arus deras atau berubah secara tiba-tiba.

“Keselamatan hendaklah sentiasa menjadi keutamaan, terutama ketika melakukan aktiviti mandi-manda di kawasan sungai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/08/aktiviti-mandi-manda-bertukar-tragedi-lelaki-19-tahun-lemas-di-sungai-tagal/feed/ 0 103033
Remaja dikhuatiri lemas semasa aktiviti mandi-manda https://sabahmedia.com/2022/12/17/remaja-dikhuatiri-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/ https://sabahmedia.com/2022/12/17/remaja-dikhuatiri-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/#respond Sat, 17 Dec 2022 14:07:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26473
Read Time:52 Second

KUALA PENYU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas semasa melakukan aktiviti riadah, mandi-manda di pesisir pantai Kg. Tempurung dekat sini petang tadi.(17 Dis)

Menurut Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu, Bilik Kawalan BBP Kuala Penyu menerima laporan terdapat mangsa dikhuatiri lemas di pesisir pantai Kg. Tempurung Kuala Penyu.

“Menurut maklumat dari pemanggil terdapat tiga orang mangsa lelaki melakukan aktiviti riadah, mandi-manda di pesisir Pantai. Dua orang mangsa ditemui dalam keadaan selamat manakala seorang mangsa telah hilang dan belum dijumpai.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan kaedah Surface Water Rescue pada jam 5.54 petang menggunakan satu buah Bot Penyelamat dengan radius pencarian 2 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya kenyataan hari ini.

Dua mangsa yang selamat dikenali sebagai Mohamad Hafizat,15, dan Mohamad Hafizan, 17, manakala seorang mangsa yang masih hilang Iqwan Haikal,17.

Bagaimanapun, mangsa belum dijumpai, operasi SAR ditangguhkan pada jam 7.07 malam dan akan disambung semula pada esok hari 18 Disember 2022. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/17/remaja-dikhuatiri-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/feed/ 0 26473