al-quran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Jul 2026 10:17:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png al-quran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita mampu seimbangkan tanggungjawab, penghayatan Al-Quran https://sabahmedia.com/2026/07/19/wanita-mampu-seimbangkan-tanggungjawab-penghayatan-al-quran/ https://sabahmedia.com/2026/07/19/wanita-mampu-seimbangkan-tanggungjawab-penghayatan-al-quran/#respond Sun, 19 Jul 2026 08:31:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100146
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kesibukan mengurus keluarga, kerjaya dan masyarakat bukan penghalang kepada wanita untuk terus mendalami ilmu Al-Quran serta memperkukuhkan penghayatan terhadap ajaran Islam.

Pengerusi Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata wanita hari ini membuktikan mereka mampu mengimbangi pelbagai tanggungjawab, termasuk meluangkan masa mengikuti pengajian Al-Quran dan menyertai pertandingan tilawah.

“Ini membuktikan wanita bukan sahaja cemerlang dalam pelbagai bidang, malah sentiasa berusaha memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui pembacaan, penghayatan dan pengamalan Al-Quran dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Tilawah Al-Quran Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) anjuran Biro Agama PPS di sini, hari ini.

Pertandingan itu disertai 10 peserta yang terdiri daripada Ahli Terus PPS serta wakil cawangan dari seluruh Sabah.

Azizah berkata, pertandingan itu bukan sekadar mencungkil bakat qariah, malah menjadi platform menggalakkan pembacaan Al-Quran secara bertajwid, memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli serta melahirkan wakil PPS yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Beliau turut menggesa lebih ramai wanita menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan terus istiqamah menghadiri kelas pengajian agama walaupun berdepan pelbagai komitmen harian.

Katanya, pembentukan keluarga dan masyarakat sejahtera bermula dengan penghayatan nilai-nilai Islam yang kukuh, manakala wanita memainkan peranan penting sebagai pendidik utama dalam institusi keluarga.

Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dengan kehadiran ahli-ahli PPS serta para jemputan yang memberikan sokongan kepada semua peserta.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan secara berterusan bagi memperkukuh syiar Islam, memupuk semangat silaturahim serta melahirkan lebih ramai wanita yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/19/wanita-mampu-seimbangkan-tanggungjawab-penghayatan-al-quran/feed/ 0 100146
Tilawah, hafazan al-Quran mampu lahirkan generasi pembimbing syiar Islam – Shahelmey https://sabahmedia.com/2026/01/10/tilawah-hafazan-al-quran-mampu-lahirkan-generasi-pembimbing-syiar-islam-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2026/01/10/tilawah-hafazan-al-quran-mampu-lahirkan-generasi-pembimbing-syiar-islam-shahelmey/#respond Sat, 10 Jan 2026 04:36:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89489
Read Time:1 Minute, 29 Second

PUTATAN: Impak penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran mampu melahirkan generasi pemimbing dan melebar syiar agama di kalangan umat Muslim di daerah ini.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata selain dapat meningkatkan akidah, ia bahkan membantu mendidik masyarakat setempat mengenai perihal dan tanggungjawab sebagai penganut Islam.

“Ini juga wadah penting untuk menyemarakkan syiar Islam, memperkukuhkan kecintaan terhadap al-Quran, serta menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

“Oleh yang demikian, Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran turut memberi inspirasi kepada kita untuk kecintaan umat Islam kepada al-Quran sebagai panduan hidup, “katanya dalam ucapan perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran di Masjid Daerah Putatan, malam Jumaat.

Hadir sama adalah ADUN Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, Pegawai Daerah Putatan; Masawi Salleh dan Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Putatan; Aisah Ohdin.

Terdahulu, majlis berkenaan menyaksikan qari tempatan, Nashraf Ideen Nahar serta qariah Pangiran Dg Saliah Awang Salleh masing-masing membawa pulang hadiah utama dan sekaligus mewakili daerah Putatan ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran pada tahun ini.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran program tersebut, Shahelmey berkata, ia adalah rangkaian pelaksanaan Majlis Tilawah al-Quran Negeri Sabah, sebelum diteruskan ke peringkat bahagian, negeri dan seterusnya kebangsaan.

“Oleh itu, saya berharap para peserta yang terpilih nanti bukan sahaja mempunyai kemahiran bacaan dan hafazan yang cemerlang, malah menjadi duta al-Quran, membawa imej Islam yang mulia serta menjadi contoh kepada masyarakat.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, khususnya jawatankuasa penganjur, para hakim, para petugas serta semua yang telah menyumbang tenaga dan idea.
 
“Semoga Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran ini mendapat keberkatan Allah SWT, melahirkan insan-insan al-Quran, dan seterusnya membina Daerah Putatan sebagai masyarakat yang berilmu, berakhlak dan dicintai Allah, “katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/10/tilawah-hafazan-al-quran-mampu-lahirkan-generasi-pembimbing-syiar-islam-shahelmey/feed/ 0 89489
Penyelia premis didenda RM5,000 jual bahan Al-Quran mengandungi kesilapan https://sabahmedia.com/2025/07/24/penyelia-premis-didenda-rm5000-jual-bahan-al-quran-yang-mengandungi-kesilapan/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/penyelia-premis-didenda-rm5000-jual-bahan-al-quran-yang-mengandungi-kesilapan/#respond Thu, 24 Jul 2025 08:42:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77865
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penyelia premis dikenakan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda, kerana menjual bahan mengandungi teks Al-Quran yang mempunyai kesilapan.

Saadiah Jaidin, 43, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan 2023).

Mengikut kertas pertuduhan, Saadiah didapati telah menawarkan untuk jualan 11 unit bingkai Surah Yasin, satu unit bingkai jam ayat Al-Quran, dan 10 unit bingkai Ayat Kursi serta Kalimah Allah dan Muhammad, yang kesemuanya mempunyai sesuatu teks Al-Quran yang mengandungi kesilapan.

Kesalahan itu dilakukan pada 25 Mac 2025, jam lebih kurang 12.25 tengahari, bertempat di salah sebuah kedai di 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 14(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pasukan penguat kuasa dari Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri Sabah telah menjalankan pemeriksaan di premis tersebut.

Barang-barang tersebut dijumpai di rak jualan premis dan disyaki melanggar Seksyen 14 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan 2023) (Akta 326).

Hasil siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat dan semakan serta perakuan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sabah, mendapati terdapat kandungan teks dan bahan Al-Quran yang mengandungi kesilapan serta tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga.

Penolong Pegawai Penguatkuasa, Kementerian Dalam Negeri, N. Kelosius Samuil mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/penyelia-premis-didenda-rm5000-jual-bahan-al-quran-yang-mengandungi-kesilapan/feed/ 0 77865
Al-Quran Sebagai Panduan Hidup Ummah https://sabahmedia.com/2022/01/20/al-quran-sebagai-panduan-hidup-ummah/ https://sabahmedia.com/2022/01/20/al-quran-sebagai-panduan-hidup-ummah/#respond Thu, 20 Jan 2022 06:20:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11316
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Kota Kinabalu akan terus mengangkat kitab suci Al-Quran sebagai panduan hidup ummah.

Ketua Wanita USIA Bahagian Kota Kinabalu Nirma Habibi berkata, penganjuran program khatam Al-Quran pada setiap tahun adalah bertujuan bagi mengangkat khatam Al-Quran ditempat yang selayaknya.

“Program khatam Al-Quran ini akan dijadikan sebagai program tahunan bagi mengkhatamkan Al-Quran.

“Ianya bukan sahaja wanita Islam USIA tetapi juga melibatkan wanita Islam sekitar Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Khatam Al-Quran 100 Muslimah dan Makan Malam Amal Wanita USIA Kota Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Nirma berkata, pihaknya akan berusaha mengadakan khatam bagi golongan wanita mualaf di sekitar daerah ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang DiPertua USIA Sabah, Datuk Sairin Karno.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/20/al-quran-sebagai-panduan-hidup-ummah/feed/ 0 11316