Alap bana – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Apr 2025 00:20:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Alap bana – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RTM perintis hasilkan lebih banyak karya seni tempatan https://sabahmedia.com/2025/04/28/rtm-perintis-hasilkan-lebih-banyak-karya-seni-tempatan/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/rtm-perintis-hasilkan-lebih-banyak-karya-seni-tempatan/#respond Mon, 28 Apr 2025 00:20:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72776
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Teater Muzikal Seni Warisan Pentas Alap Bana terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah dilihat mampu menjadi perintis kepada penghasilan lebih banyak seni warisan tempatan di negeri ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pementasan teater muzikal yang mengetengahkan keunikan seni warisan itu memperlihatkan kepelbagaian budaya etnik utama di Sabah.

“Satu pementasan yang begitu menarik sekali, bukan sahaja berjaya memperkenalkan, mempopularkan, malah memartabatkan seni budaya Sabah dalam semua aspek.

“Saya berharap pementasan seperti ini diadakan lebih kerap kerana ia dapat membantu memastikan generasi muda menghargai kekayaan seni budaya yang pelbagai di negeri ini,” katanya.

Joniston berkata demikian selepas menghadiri pementasan Teater Muzikal Seni Warisan Pentas Alap Bana yang dihadiri lebih 500 penonton di Auditorium JKKN Sabah, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Joniston menyeru penggiat seni tempatan supaya lebih proaktif dan kreatif dalam menghasilkan karya seni yang bukan sahaja mampu mengangkat budaya, tetapi turut berpotensi menjadi produk pelancongan, sekali gus membuka peluang ekonomi kepada rakyat.

Katanya, golongan penggiat seni perlu memanfaatkan peruntukan lebih RM100 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi membangunkan lebih banyak produk seni berasaskan pelancongan pada tahun ini.

Program berkenaan merupakan kolaborasi antara RTM Sabah, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Persatuan Rumpun Bajausamah Sabah (PRBSS), Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) dan Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/rtm-perintis-hasilkan-lebih-banyak-karya-seni-tempatan/feed/ 0 72776
Orang ramai dijemput hadir saksikan Teater Muzikal Seni Warisan esok https://sabahmedia.com/2025/04/25/orang-ramai-dijemput-hadir-saksikan-teater-muzikal-seni-warisan-esok/ https://sabahmedia.com/2025/04/25/orang-ramai-dijemput-hadir-saksikan-teater-muzikal-seni-warisan-esok/#respond Fri, 25 Apr 2025 01:30:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72635
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dijemput hadir menyaksikan Teater Muzikal Seni Warisan: Pentas Alap Bana di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, esok.

Pengarah Penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali berkata, persembahan teater muzikal itu akan bermula jam 8.30 malam dan kemasukan adalah percuma.

“Teater muzikal ini diinspirasikan daripada cerita-cerita rakyat Sabah yang diolah secara kreatif untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dan menjadi simbolik kepada pencarian jati diri, warisan dan kekayaan budaya etnik Sabah.

“Ia dipersembahkan dalam bentuk gabungan pelbagai seni persembahan seperti muzik, tarian, nyanyian serta penceritaan budaya tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Rancangan Seni Warisan Pentas Alap Bana di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini semalam.

Yusni berkata, teater muzikal itu mengetengahkan budaya pelbagai etnik utama di Sabah seperti Bajausamah, Bajau Pantai Timur, Suluk, Kadayan, Melayu Brunei, Kadazandusun dan Murut yang merangkumi aspek tarian dan muzik tradisional, busana, permainan rakyat, makanan warisan serta bahasa pertuturan.

“Selain itu, lagu-lagu popular semasa turut diberi sentuhan tradisional menjadikan persembahan ini unik dan relevan untuk dinikmati oleh penonton dari pelbagai lapisan usia,” katanya.

Di samping itu, program anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu juga disiarkan secara langsung menerusi menerusi RTMKlik, Facebook rasmi RTM Sabah dan Radio SABAHfm.

Program ini merupakan usaha memartabatkan seni dan warisan Sabah hasil kolaborasi antara RTM, Kerajaan Negeri Sabah, JKKN Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Persatuan Rumpun Bajausamah Sabah (PRBSS), Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS), dan Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN).

Hadir sama, Penolong Pengarah JKKN Sabah, Mohd Ishak Rashid dan Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah, TS Cyril Simon.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/25/orang-ramai-dijemput-hadir-saksikan-teater-muzikal-seni-warisan-esok/feed/ 0 72635