Alu-alukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 21 Apr 2024 06:58:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Alu-alukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji alu-alukan naik taraf HQE 2 sebagai hospital pakar jantung https://sabahmedia.com/2024/04/21/hajiji-alu-alukan-naik-taraf-hqe-2-sebagai-hospital-pakar-jantung/ https://sabahmedia.com/2024/04/21/hajiji-alu-alukan-naik-taraf-hqe-2-sebagai-hospital-pakar-jantung/#respond Sun, 21 Apr 2024 05:13:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52849
Read Time:1 Minute, 24 Second

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan pengumuman menaik taraf Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) sebagai hospital pakar jantung.

Hajiji turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan Khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memahami keperluan negeri Sabah dan juga kepentingan rakyat di sebelah wilayah Timur ini.

“Justeru, kita amat senang hati kerana ini akan memudahkan pesakit jantung kita nanti tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur tetapi hanya boleh dilakukan di Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MP Papar dan ADUN Kawang di Dewan SMK Pengalat di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata sudah tentu kerajaan Sabah turut menekankan penambahan fasiliti dalam aspek kesihatan.

“Tentu sekali ini yang kita mahukan kerana aspek kesihatan ini cukup penting bagi kita. Justeru itu, kesihatan, pendidikan dan sebagainya pihak Kerajaan Persekutuan amat memahami dan ini amat kita alu-alukan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi tujuan menaik taraf HQE 2 sebagai sebagai hospital pakar jantung.

“Maka dengan ini saya umumkan supaya kemudahan khas atau lot khas untuk jantung negara yang disebut Pusat Jantung Negara Sabah disediakan di Sabah.

“Dengan ini ia akan menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung yang kedua di negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan ditawarkan menerusi seramai tiga orang pakar dan 120 orang tenaga sokongan terlatih sedia ada membabitkan peruntukan sebanyak RM 80 juta,” katanya
ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/21/hajiji-alu-alukan-naik-taraf-hqe-2-sebagai-hospital-pakar-jantung/feed/ 0 52849
MRSM Ranau alu-alukan kumpulan pertama pelajar https://sabahmedia.com/2024/03/12/mrsm-ranau-alu-alukan-kumpulan-pertama-pelajar/ https://sabahmedia.com/2024/03/12/mrsm-ranau-alu-alukan-kumpulan-pertama-pelajar/#respond Tue, 12 Mar 2024 06:29:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50967
Read Time:1 Minute, 34 Second

RANAU: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ranau mengalu-alukan kehadiran kumpulan pertama pelajar semalam sejak ia siap dibina sepenuhnya pada September tahun lalu.

Ini menandakan permulaan penting bagi kampus tersebut dalam memperkasakan
masyarakat melalui akses kepada pendidikan berkualiti.

Kampus MRSM Ranau yang dibangunkan oleh PETRONAS dengan kos RM132 juta adalah hasil daripada kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan MARA bagi memperkasakan ilmu dan mempertingkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dalam kalangan pelajar Sabah sekali gus merangsang minat dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab, berkata, beliau teruja visi direalisasi dengan menyaksikan kumpulan pertama pelajar memulakannya perjalanan pendidikan mereka di MRSM Ranau.

“Ia sememangnya peristiwa bersejarah kerana ini menandakan lembaran baharu dalam komitmen kami untuk menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Sabah dalam membangunkan potensi modal insan golongan muda dan bakat orang Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengetua MRSM Ranau, Ismail Badri berkata, beliau juga turut teruja mengalu-alukan 200 pelajar kumpulan pertama termasuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke dalam keluarga MRSM Ranau.

“Saya sangat terharu melihat senyuman terukir di wajah pelajar dan ibu bapa yang hadir,” katanya.

Ismail berkata, MRSM Ranau berbeza dengan MRSM lain kerana persekitarannya yang kondusif terletak berhampiran kaki Gunung Kinabalu.

“Gabungan persekitaran, guru berpengalaman, dan kemudahan yang disediakan oleh PETRONAS diharap akan menghasilkan sistem pembelajaran secara holistik dan meningkatkan pencapaian pelajar.

“Kampus ini berkeluasan lebih 26,000 meter persegi, menyediakan ruang yang luas dan boleh menampung sehingga 450 pelajar.

“Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bangunan pentadbiran, blok akademik, pusat sumber, asrama pelajar, pusat pelajar, dewan makan, dewan serbaguna, astaka, surau, kediaman kakitangan, kediaman guru, bangunan sampingan, dan kemudahan sukan yang telah teliti dirancang untuk memenuhi keperluan pelajar, guru, dan pengurusan kampus,” jelas beliau.

Menurutnya, pada masa ini, MRSM Ranau mempunyai kekuatan kakitangan seramai 46 orang, termasuk 27 orang guru, 16 kakitangan sokongan dan tiga orang ahli pengurusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/12/mrsm-ranau-alu-alukan-kumpulan-pertama-pelajar/feed/ 0 50967
Hajiji alu-alukan rancangan jadikan Sabah hab pelancongan kesihatan https://sabahmedia.com/2024/01/29/hajiji-alu-alukan-rancangan-jadikan-sabah-hab-pelancongan-kesihatan/ https://sabahmedia.com/2024/01/29/hajiji-alu-alukan-rancangan-jadikan-sabah-hab-pelancongan-kesihatan/#respond Mon, 29 Jan 2024 09:29:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48674
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik rancangan saintis sel stem, Prof Dato Sri Dr Mike Chan untuk menjadikan Sabah sebagai hab pelancongan kesihatan bertaraf dunia.

Dr Chan, yang merupakan pengerusi Kumpulan Bioperubatan Kesejahteraan Eropah berkongsi pendapatnya dan rancangan pengembangan visinya di negeri ini ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini.

Dr Chan berkata beliau dan isteri kelahiran Sabah, Prof Dato Sri Dr Michelle Wong merancang untuk mengembangkan operasi mereka di Sabah untuk memenuhi pasaran Asean dan BIMP-Eaga.

Beliau berkata rancangan pengembangan mereka termasuk penubuhan biofarmaseutikal kemudahan pembuatan menggunakan teknologi Jerman di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Pusat Kesejahteraan Eropah hab Asia Pasifik di Alam Mesra dengan jumlah keseluruhan pelaburan kira-kira USD80 juta.

Dengan kemudahan sedia ada, beliau berkata ini juga akan membantu Sabah memperoleh pasaran khusus sektor pelancongan pendidikan kesihatan sebagaimana ramai penyelidik sel stem dari seluruh dunia akan datang ke negeri ini untuk melakukan penyelidikan dalam perubatan bio-regeneratif dan sains.

Dr Chan, yang terkenal dalam industri perubatan bio-regeneratif di seluruh dunia telah menulis lebih daripada 50 buah buku dan memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Kepimpinan Keusahawanan Kesejahteraan Cina Sedunia dari China tahun lepas.

European Wellness yang diasaskan pada tahun 1991 mempunyai 46 hospital dan pusat di seluruh dunia termasuk di Jerman, Switzerland, Santorini Greece dan di seluruh Asia dengan rangkaian pelanggan yang luas.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/29/hajiji-alu-alukan-rancangan-jadikan-sabah-hab-pelancongan-kesihatan/feed/ 0 48674
Ketua Penerangan Gagasan Rakyat alu-alukan kehadiran perwakilan & pemerhati ke Persidangan Agung https://sabahmedia.com/2023/11/11/ketua-penerangan-gagasan-rakyat-alu-alukan-kehadiran-perwakilan-pemerhati-ke-persidangan-agung/ https://sabahmedia.com/2023/11/11/ketua-penerangan-gagasan-rakyat-alu-alukan-kehadiran-perwakilan-pemerhati-ke-persidangan-agung/#respond Sat, 11 Nov 2023 03:57:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45053
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengalu-alukan kehadiran perwakilan dan pemerhati dari seluruh bahagian Sabah dan Labuan ke Persidangan Agung Tahunan (PAT) pada 13 November 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Persidangan Agung julung kali selepas Parti Gagasan Rakyat Sabah ini dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Presiden Parti yang akan dihadiri 3000 perwakilan dan pemerhati daripada 74 bahagian seluruh Sabah dan Labuan.

“Saya selaku Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Pusat ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bersidang kepada semua perwakilan dan pemerhati di Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat ini,” kata Nizam dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Persidangan Agung ini akan bermula dengan persidangan sayap-sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari yang dirasmikan oleh Datuk Seri Masidi Manjun Timbalan Presiden dan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat induk akan bermula jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang.

“Manakala ucapan dasar sulung Datuk Seri Hajiji Noor selaku Presiden Parti pastinya dinantikan dengan penuh semangat oleh ahli ahli parti,” katanya.

Nizam berkata, amanat dan visi perjuangan yang akan diungkapkan oleh YAB Presiden bakal menjadi azimat dan pedoman dalam mengharungi cabaran di gelanggang politik tanah air khasnya di Sabah.

“Menerusi PAT ini akan dirumuskan hala tuju dan harapan Gagasan Rakyat sebagai parti yang mewakili suara rakyat Sabah, kini dan masa hadapan.

“Respon dan sambutan rakyat kepada Gagasan Rakyat amat baik dan ia berkembang lebih pantas daripada yang dijangkakan. Sifatnya yang sederhana tetapi konsisten, bercirikan berbilang kaum tanpa dipengaruhi oleh sentimen kaum dan agama menjadikan Gagasan Rakyat diterima baik di seluruh Sabah.

“Perjuangan ‘Sabah First’ (Sabah diutamakan) sebagai salah satu landasan perjuangan parti adalah aspirasi rakyat Sabah demi kemakmuran negara Malaysia yang lebih adil,” jelasnya.

Beliau turut menekankan bahawa sambutan dan penerimaan misi Gagasan Rakyat, “Rumah Kita, Kita Jaga” akan terus disemarakkan dan diperkukuhkan sebagai asas perjuangan, kerana ianya sangat menyentuh hati rakyat.

Tegas beliau, Gagasan Rakyat akan terus memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama anggota parti parti komponen GRS untuk terus menjadi pilihan rakyat Sabah pada pilihan raya negeri akan datang.

“Ada lah diharapkan rumusan PAT ini, akan menyuntik semangat di semua peringkat sebagai upaya memperkukuh parti dan menjadikan Gagasan Rakyat sebagai Suara Rakyat Sabah.

“Pencapaian dan kejayaan kerajaan perpaduan GRS PH plus yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, menjadi penanda aras Gagasan Rakyat mendapat sokongan rakyat Sabah,” tegasnya.

Tambah beliau, kehadiran Gagasan Rakyat bersama GRS adalah jawapan jitu pada kehendak rakyat Sabah yang mahukan sebuah parti tempatan yang mewakili mereka dalam persada politik tanah air.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/11/ketua-penerangan-gagasan-rakyat-alu-alukan-kehadiran-perwakilan-pemerhati-ke-persidangan-agung/feed/ 0 45053