alumni ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 May 2026 13:37:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png alumni ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS lahir lebih 100,000 alumni berkualiti di peringkat nasional dan antarabangsa https://sabahmedia.com/2026/05/22/ums-lahir-lebih-100000-alumni-berkualiti-di-peringkat-nasional-dan-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2026/05/22/ums-lahir-lebih-100000-alumni-berkualiti-di-peringkat-nasional-dan-antarabangsa/#respond Fri, 22 May 2026 13:37:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97147
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya melahirkan lebih 100,000 alumni berkualiti yang kini berkhidmat dalam pelbagai bidang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, pencapaian itu membuktikan kemampuan UMS dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi selain menjadi tenaga pakar yang menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Beliau berkata, ramai graduan UMS kini kembali berkhidmat sebagai tenaga pengajar di universiti itu sendiri selain menyumbang kepakaran di universiti-universiti lain dalam dan luar negara.

“Alumni merupakan aset penting universiti serta bukti kejayaan UMS dalam melahirkan pemimpin masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki nilai kepimpinan, adab dan kemanusiaan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, pada Jumaat.

Kasim berkata, program seumpama itu menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan antara alumni, universiti dan mahasiswa sebagai sebuah keluarga besar UMS.

Katanya, mahasiswa juga perlu mencontohi pengalaman serta nilai kepimpinan yang dibawa oleh alumni dalam membentuk jati diri sebagai pemimpin masa hadapan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen UMS untuk terus melahirkan graduan yang seimbang dari sudut akademik, kepimpinan dan nilai kemanusiaan selaras dengan aspirasi “Sabah Maju Jaya”.

Beliau turut menyeru alumni agar terus menyumbang idea, jaringan serta pengalaman demi pembangunan universiti dan masa depan UMS yang lebih cemerlang.

Program tersebut berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan dengan menghimpunkan alumni, pentadbiran universiti serta pimpinan mahasiswa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/22/ums-lahir-lebih-100000-alumni-berkualiti-di-peringkat-nasional-dan-antarabangsa/feed/ 0 97147
Alumni UMS dipelawa sertai Program Alumni Homecoming https://sabahmedia.com/2023/08/09/alumni-ums-dipelawa-sertai-program-alumni-homecoming/ https://sabahmedia.com/2023/08/09/alumni-ums-dipelawa-sertai-program-alumni-homecoming/#respond Wed, 09 Aug 2023 06:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39758
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Para alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipelawa untuk menyertai Program Alumni Homecoming yang akan diadakan pada 6 hingga 8 Oktober depan.

Program yang julung-julung kalinya dianjurkan itu bertujuan untuk membawa para alumni kembali ke UMS dan mengimbau semula memori sepanjang melanjutkan pengajian suatu ketika dahulu.

Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr Ariff @ Kamisan Pusiran berkata, program itu juga bagi mengekalkan ikatan silaturahim dalam kalangan alumni dan UMS.

“Program ini bakal menghimpunkan dan sekali gus meraikan para alumni dari dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ariff berkata, pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang program itu berlangsung.

“Pada hari pertama, aktiviti yang dijalankan ialah permainan bowling bertempat di MyBowl 1Borneo, Hypermall.

“Seterusnya, akan ada dua aktiviti pada hari kedua iaitu UMS Tour dan Alumni Homecoming Dinner, bertempat di Hilton Hotel, Kota Kinabalu.

“Pada hari terakhir program pula, para alumni akan dibawa untuk bermain golf di Nexus Golf Ressort, Karambunai.

“Program itu turut diharapkan mampu membina kerjasama strategik antara alumni dengan alma mater, termasuk antara alumni dengan alumni,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, para alumni UMS boleh mendaftar penyertaan secara atas talian melalui pautan https://bit.ly/RegisterHA2023 atau https://bit.ly/ManualHA2023.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16 September 2023. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/09/alumni-ums-dipelawa-sertai-program-alumni-homecoming/feed/ 0 39758