Alumni – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 Nov 2024 00:49:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Alumni – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Alumni UMS diseru beri, sumbang kembali kepada universiti https://sabahmedia.com/2024/11/15/alumni-ums-diseru-beri-sumbang-kembali-kepada-universiti/ https://sabahmedia.com/2024/11/15/alumni-ums-diseru-beri-sumbang-kembali-kepada-universiti/#respond Fri, 15 Nov 2024 00:49:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63763
Read Time:2 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu: Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) diseru untuk memberi kembali dan menyumbang kepada universiti sama ada dari segi kewangan mahupun akademik.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata, perjalanan UMS dari awal penubuhan hingga menjadi institusi yang dihormati adalah hasil usaha kolektif komuniti dan sebagai alumni, kita adalah sebahagian penting daripada komuniti itu.

“Bukan rahsia lagi bahawa universiti berkembang bukan hanya dengan pembiayaan kerajaan dan yuran pengajian tetapi dengan sokongan mereka yang pernah menganggapnya sebagai rumah iaitu alumni.

“Walaupun UMS telah membuat kemajuan yang mengagumkan, kita tahu bahawa masih banyak lagi potensi yang belum direalisasikan,” katanya.

Katanya, untuk merealisasikan potensi itu, ia memerlukan kepakaran, rangkaian dan sokongan kewangan dari alumni.

Beliau turut menceritakan kisah seorang rakan sekelasnya yang telah berjaya dalam bidang penyelidikan, menerima biasiswa untuk menyambung pengajian di UMS dan tanpa bantuan itu, perjalanan akademiknya mungkin berakhir lebih awal.

“Ini adalah contoh nyata bagaimana sokongan kita boleh mengubah hidup seseorang itu dan akhirnya menyumbang kepada kemajuan masyarakat secara keseluruhan.

“Kita perlu sedar bahawa sumbangan kita boleh memberi kesan langsung kepada kualiti pendidikan, kemudahan dan peluang yang ditawarkan oleh UMS kepada pelajar sekarang dan masa hadapan.

“Apabila kita menyokong UMS, kita mencipta kitaran pertumbuhan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada universiti tetapi juga kepada komuniti dan wilayah secara keseluruhan,” katanya semasa berucap merasmikan Malam Anugerah Ikon Alumni 2024 baru-baru ini.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin berkata, para alumni merupakan aset yang bernilai buat universiti yang mampu membantu memperkenalkan imej universiti di mata masyarakat luar.

“Pengurusan UMS melihat para alumni universiti ini sebagai rakan kongsi dan pemegang taruh yang berpotensi untuk memberi nilai tambah kepada universiti ini.

“Justeru, Malam Anugerah Ikon Alumni UMS 2024 ini julung-julung kali diadakan sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada alumni yang menunjukkan pencapaian tertinggi dan boleh dijadikan inspirasi kepada alumni lain dan bakal alumni,” katanya.

Pada majlis tersebut, sebanyak lapan kategori anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Ikon Alumni Ideal yang dimenangi oleh Profesor Dr. Saw Phei Er; Anugerah Ikon Alumni Kesukarelawanan dimenangi oleh Nur Heliza Helmi; Anugerah Ikon Alumni Keusahawanan dimenangi oleh Azizul Julirin dan Anugerah Ikon Alumni Akademik dimenangi oleh Profesor Dr. Ahmad Zaharin Aris.

Sementara itu Anugerah Ikon Alumni Pengurusan dimenangi oleh Dr. Hyginus Lester Junior Lee; Anugerah Ikon Alumni Kesenian dimenangi oleh Jasmi Rasit; Anugerah Ikon Alumni Sukan dimenangi oleh Raymond Toh Meng Hui dan Anugerah Ikon Alumni Antarabangsa dimenangi oleh Carla Goncalves De Oliveira Sarmento.

Turut hadir ahli LPU UMS, Samasuddin Yusof; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Shahril Yusof; Timbalan Presiden Pertubuhan Alumni UMS, Mohammad Pauzi Jhumat dan Pengarah Alumni UMS, Dr. Arif@Kamisan Pusiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/15/alumni-ums-diseru-beri-sumbang-kembali-kepada-universiti/feed/ 0 63763
Alumni diminta turun padang bantu kecemerlangan sekolah – Nizam https://sabahmedia.com/2023/01/28/alumni-diminta-turun-padang-bantu-kecemerlangan-sekolah-nizam/ https://sabahmedia.com/2023/01/28/alumni-diminta-turun-padang-bantu-kecemerlangan-sekolah-nizam/#respond Sat, 28 Jan 2023 11:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28650
Read Time:2 Minute, 7 Second

TAWAU: Bekas pelajar atau alumni diminta kembali semula ke sekolah mereka bagi membantu generasi muda hari ini mencapai kecemerlangan dalam pendidikan khususnya dalam menghadapi cabaran masa depan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peranan ahli alumni sangat penting dalam memupuk kesedaran kepada generasi pelajar mengenai kepentingan memanfaatkan zaman persekolahan mereka.

Menurut beliau, persatuan bekas pelajar tersebut juga perlu lebih aktif menggerakkan pelbagai aktiviti bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak pengurusan sekolah.

“Alumni sesebuah sekolah perlu lebih aktif melaksanakan program di sekolah asal mereka termasuk menceritakan mengenai pengalaman semasa bersekolah, melanjutkan pelajaran dan bekerja kepada generasi muda.

“Semua itu sangat penting untuk dijadikan panduan dan pedoman termasuk memupuk kesedaran yang tidak mungkin dapat diperolehi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

“Peranan alumni ini bukan sahaja penting bagi menambah baik kekurangan fizikal sekolah tetapi juga memberikan pendedahan mengenai dunia pekerjaan dan persediaan-persediaan yang perlu ada pada diri generasi muda hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Tautan Kasih GPS/SK Pekan Tawau disini hari ini.

Nizam berkata, beliau yakin pembabitan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada sekolah mampu melonjakkan lagi prestasi dan kecemerlangan akademik pelajar.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah kepada gabungan kepimpinan sekolah dan PIBG atas pelbagai usaha dalam membuat transformasi kepada sekolah, dengan harapan semoga hubungan seumpama ini berkekalan.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, selain meningkatkan motivasi pelajar, keterlibatan alumni di sekolah asal mereka juga dapat membentuk budaya masyarakat penyayang tanpa mengira status dan kedudukan seseorang.

“Aktiviti alumni akhirnya tidak sekadar menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli tetapi menyumbang kepada pembangunan sahsiah diri dan kecemerlangan generasi muda hari ini,” ujar beliau.

Sementara itu Pengerusi Penganjur, Datuk Hamisa Samat yang juga merupakan bekas guru Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Pekan Tawau berkata, peranan alumni tidak terhad kepada hal ehwal kebajikan sahaja tetapi lebih penting mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan modal insan pelajar, sekolah, institusi dan masyarakat.

Tambah beliau, penglibatan alumni sesebuah institusi yang mempunyai keunikan dan pengalaman berbeza amat penting dalam menyokong serta memberi sumbangan secara sukarela bagi mengekalkan dan memperkembangkan pembangunan pelajar.

Kira-kira 270 bekas murid dan guru-guru daripada Alumni GPS dan SRK Pekan Tawau empat Dekad 50an, 60an, 70an dan 80an menyertai majlis tersebut.

SK Bandar Tawau ataupun SRK Pekan Tawau merupakan sekolah Melayu pertama dibina di Tawau pada tahun 1925.

Pembinaan sekolah ini adalah atas bantuan penuh kerajaan Chartered Company dan pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai “Government Vernacular School Tawau“.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/28/alumni-diminta-turun-padang-bantu-kecemerlangan-sekolah-nizam/feed/ 0 28650