Amalkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Jul 2023 07:59:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Amalkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Amalkan budaya berintegriti dalam kalangan pejawat awam – Shahelmey https://sabahmedia.com/2023/07/03/amalkan-budaya-berintegriti-dalam-kalangan-pejawat-awam-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2023/07/03/amalkan-budaya-berintegriti-dalam-kalangan-pejawat-awam-shahelmey/#respond Mon, 03 Jul 2023 07:56:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37584
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya menggesa semua warga kementerian, jabatan dan agensi khususnya dibawah Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) agar mengamalkan budaya berintegriti dalam kalangan pejawat awam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, budaya berintegriti dalam kalangan pejawat awam amatlah penting. Justeru itu, setiap penjawat awam adalah dituntut untuk melaksanakan tugas dan kuasa dengan penuh Amanah dan tanggungjawab, tulus dan telus, profesional berakauntabiliti serta patuh dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pelancaran Minggu Integriti Kementerian Kerja Raya Sabah Bersama Jabatan Dan Agensi 2023 di Hotel Hilton di sini, hari ini.

Minggu Integriti ini merupakan satu inisiatif Kementerian untuk menyemarakkan lagi budaya integriti dan memupuk akauntabiliti khususnya di kalangan warga Kementerian ini dan penjawat awam secara amnya.

Menurut Shahelmey, ketirisan integriti biasanya berpunca daripada kelemahan dalaman individu itu sendiri yang ada kalanya mengatasi segala prosedur, struktur norma dan system kerja sedia ada. Boleh disimpulkan bahawa nilai integriti itu wujud dalam diri setiap individu dan ianya boleh diperkukuhkan lagi dengan penerapan amalan beretika dan disiplin yang tinggi.

“Justeru itu, saya berharap agar semua warga Kementerian ini mempunyai kekuatan diri yang utuh bagi mencerminkan watak dan keperibadian yang unggul.

“Sebenarnya, Integriti bukan hanya tertumpu kepada isu-isu berkaitan rasuah sahaja. Ianya merupakan satu konsep yang jauh lebih besar dan luas. Amalan kerja harian juga menuntut integriti, kita perlu berintegriti dalam konteks ketepatan waktu bekerja, berintegriti dalam menyampaikan maklumat, berintegriti dalam memberi perkhidmatan terbaik.

“Hatta, mengamalkan budaya berintegriti dalam hubungan sesama rakan sekerja di sesebuah organisasi juga adalah satu amalan yang sangat mulia dan digalakkan,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu beliau turut menyarankan kepada semua warga kementerian, jabatan dan agensi dibawah KKRS agar perlu mempunyai disiplin dan jati diri yang kental.

“Nilai-nilai murni seperti kemandirian, kecekalan, kekitaan dan semangat kebersamaan perlu diterapkan bagi membina kekuatan watak yang unggul dan berwibawa,” katanya.

Minggu Integriti KKRS ini dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya Sabah bersama Jabatan dan Agensi dibawahnya pada 3 Julai hingga 9 Julai 2023.

Antara Pengisian Pelancaran Minggu Integriti KKRS pada pagi ini adalah sesi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan pengukuhan ceramah.

KKRS adalah merupakan Kementerian/Jabatan yang ketiga dalam tahun ini melaksanakan Program Minggu Integriti selepas Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) dan Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah.

Penganjuran Program Minggu Integriti KKRS ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi dan membudayakan amalan integriti di kalangan penjawat awam kerajaan
Negeri khususnya bagi warga kerja di Kementerian Kerja Raya Sabah dan semua jabatan dan agensi-agensinya secara menyeluruh, berkesan dan berterusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/03/amalkan-budaya-berintegriti-dalam-kalangan-pejawat-awam-shahelmey/feed/ 0 37584
Ellron Menyeru Masyarakat Amalkan Cara Hidup Sihat https://sabahmedia.com/2022/01/22/ellron-menyeru-masyarakat-amalkan-cara-hidup-sihat/ https://sabahmedia.com/2022/01/22/ellron-menyeru-masyarakat-amalkan-cara-hidup-sihat/#respond Sat, 22 Jan 2022 10:20:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11420
Read Time:1 Minute, 43 Second

SOOK: Masyarakat diseru supaya mengamalkan budaya hidup yang sihat dengan mengambil kira penjagaan kesihatan yang rapi dan tidak memudaratkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Angin berkata, mengamalkan cara hidup yang sihat seperti pengambilan makanan yang seimbang serta melakukan aktiviti rutin kecergasan harian pastinya akan meminimakan terdedahnya kepada penyakit yang berbahaya seperti kanser dan seumpamanya.

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah itu, masih melihat masyarakat masih kurang menitikberatkan terhadap kesedaran mengenai penyakit kanser.

Program kesedaran inilah merupakan antara inisiatif murni bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser agar sentiasa peka dan melakukan saringan awal kanser serta menjalani rawatan awal untuk kesembuhan yang tinggi.

“Masyarakat Sabah terutamanya di daerah-daerah pedalaman Sabah masih kurang peka terhadap kesedaran mengenai penyakit kanser, program sebegini perlu dianjurkan bagi membolehkan mereka menyedari akan bahaya penyakit kanser serta langkah-langkah pencegahannya,” katanya semasa majlis penutupan program Kesedaran Penyakit Kanser di Sook hari ini.

Di kesempatan itu beliau turut memuji akan usaha Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) kerana telah kedua kalinya menganjurkan program kesedaran ini yang mana, program kesedaran pertama dianjurkan pada November tahun lepas di Kampung Seri Menanti, Sook.

Program ini dianjurkan bersama oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sook dan PSKS serta mensasarkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi di setiap kampung, Mukim Sook.

Beliau dalam ucapan penutupnya juga berharap agar pemimpin-pemimpin kampung yang menyertai program tersebut dan berkongsi pengetahuan serta ilmu yang mereka timba sepanjang program ini kepada penduduk kampung.

“Program seperti ceramah kanser, sesi soal jawab serta pemeriksaan kesihatan pastinya memberikan satu pengetahuan yang baru kepada para peserta, kongsikanlah ilmu ini kepada warga kampung agar mereka juga sentiasa peka terhadap status kesihatan mereka,” tambahnya.

Dalam pada itu, Datuk Ellron Angin hadir bagi merasmikan penutupan program yang disertai seramai lebih 52 peserta terdiri daripada Ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Mukim Sook.

Hadir sama dalam program tersebut Ahli Majlis Tertinggi Julitah Kadir selaku wakil Presiden PSKS, Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Jre Jreneus Pagut, PPM Sook Tony Talasoy serta warga pemimpin-pemimpin kampung Mukim Sook.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/22/ellron-menyeru-masyarakat-amalkan-cara-hidup-sihat/feed/ 0 11420