Amang seksual – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Oct 2025 09:33:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Amang seksual – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes amang seksual: Penjawat awam dipenjara 11 tahun, 1 sebat https://sabahmedia.com/2025/10/30/kes-amang-seksual-penjawat-awam-dipenjara-11-tahun-1-sebat/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/kes-amang-seksual-penjawat-awam-dipenjara-11-tahun-1-sebat/#respond Thu, 30 Oct 2025 09:33:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84505
Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang staf Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan satu sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, empat tahun lalu.

Sharif Hardi Roman Sh. Miasin, 37, didapati bersalah melakukan kesalahan itu pada 4 Januari 2022, jam 4.40 petang, di dalam tandas VVIP, Block B, JPN di sini.

Tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus turut memerintahkan Sharif Hardi menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah Seksyen 26 SOACA dan kemudiannya diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun mengikut Seksyen 27 akta yang sama, selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Semasa menjatuhkan hukuman, Elsie menyatakan bahawa tertuduh telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam di JPN untuk mendekati mangsa yang ketika itu datang jauh dari Tawau selepas tertuduh menawarkan bantuan untuk mendapatkan dokumen.

Tambahnya, tertuduh kemudian memperdaya mangsa, yang ketika itu berusia 15 tahun, ke dalam tandas dan melakukan amang seksual fizikal terhadapnya.

Elsie berkata mahkamah telah mengambil kira kepentingan awam, tahap keseriusan kesalahan serta bukti kukuh yang memenuhi semua elemen di bawah Seksyen 14(d) SOACA.

Sharif Hardi diperintahkan menjalani hukuman bermula hari ini, namun mahkamah membenarkan permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Semasa rayuan, peguam Datuk Seri Rakhbir Singh yang mewakili Sharif Hardi meminta hukuman ringan dengan alasan anak guamnya merupakan pesalah kali pertama dan hadir ke mahkamah pada setiap prosiding bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira keseriusan jenayah yang dilakukan, di mana tertuduh telah melakukan perbuatan keji terhadap mangsa.

Beliau berkata, kejadian itu telah meninggalkan trauma mendalam kepada mangsa dan akan kekal menjadi episod hitam sepanjang hidupnya.

Nurul Shafeerah turut memaklumkan bahawa kes tersebut telah melalui perbicaraan penuh dengan tujuh orang saksi dipanggil memberi keterangan, yang secara tidak langsung melibatkan masa dan sumber semua pihak.

“Hukuman berat perlu dijadikan pengajaran kepada tertuduh serta amaran kepada orang lain bahawa mana-mana individu yang melakukan perbuatan keji seperti ini akan berdepan akibatnya.

Mahkamah bertanggungjawab memastikan hukuman yang dijatuhkan menjadi pencegahan kepada mereka yang berniat melakukan kesalahan serupa, terutama apabila kes seumpama ini semakin meningkat,” katanya.

Sharif Hardi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu pada 14 Januari 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/kes-amang-seksual-penjawat-awam-dipenjara-11-tahun-1-sebat/feed/ 0 84505
Lelaki dipenjara 12 tahun, 2 sebat lakukan amang seksual terhadap anak tiri https://sabahmedia.com/2025/10/15/lelaki-dipenjara-12-tahun-2-sebat-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-tiri/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/lelaki-dipenjara-12-tahun-2-sebat-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-tiri/#respond Wed, 15 Oct 2025 09:48:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83352
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki Pakistan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri yang merupakan warga tempatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 44 tahun selepas memutuskan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal tterhadap anak tirinya yang berusia 11 tahun kira-kira jam 1 pagi pada 29 Dis 2022 di sebuah kampung dalam daerah Penampang.

Tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Semasa rayuan, tertuduh, yang diwakili peguam Edward Paul, meminta agar mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara yang lama, kerana tertuduh ingin membuka lembaran baru dan bersatu semula dengan keluarganya di Pakistan setelah selesai menjalani hukuman.

Menurut Edward, tertuduh berasal dari Pakistan, meninggalkan keluarganya di Pakistan untuk mencari pekerjaan di Sabah. Tambahnya, tertuduh mempunyai seorang isteri dan tujuh anak di Pakistan.

“Dia menyesal dengan apa yang telah dilakukannya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama lagi,” kata Edward.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat dengan mengambil kira mangsa adalah anak tiri tertuduh.

Fazriel berkata, kes itu melalui perbicaraan penuh sebelum sabitan, yang menunjukkan tertuduh tidak menunjukkan penyesalan yang sebenar.

Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil lima saksi, manakala pihak pembelaan memanggil dua saksi, termasuk tertuduh sendiri.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai hukumannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/lelaki-dipenjara-12-tahun-2-sebat-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-tiri/feed/ 0 83352
Amang seksual anak kandung, lelaki mengaku tidak bersalah https://sabahmedia.com/2025/06/09/amang-seksual-anak-kandung-lelaki-mengaku-tidak-bersalah/ https://sabahmedia.com/2025/06/09/amang-seksual-anak-kandung-lelaki-mengaku-tidak-bersalah/#respond Mon, 09 Jun 2025 08:03:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75268
Read Time:48 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan hakim Hurman Hussain.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 23 April lalu di sebuah bilik di daerah Putatan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) SOACA dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 14(a) SOACA memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, manakala Seksyen 16 memperuntukkan tambahan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada dua kali.

Mahkamah menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin memandangkan dia dan mangsa tinggal di kediaman yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/09/amang-seksual-anak-kandung-lelaki-mengaku-tidak-bersalah/feed/ 0 75268
Lelaki dipenjara 9 tahun, 2 sebat amang seksual anak perempuan https://sabahmedia.com/2025/06/06/lelaki-dipenjara-9-tahun-2-sebat-amang-seksual-anak-perempuan/ https://sabahmedia.com/2025/06/06/lelaki-dipenjara-9-tahun-2-sebat-amang-seksual-anak-perempuan/#respond Fri, 06 Jun 2025 09:22:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75143
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 51 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dengan dua sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki itu yang mengekalkan pengakuan bersalahnya apabila kesnya disebut semula untuk fakta kes dan hukuman.

Lelaki itu dipenjara tujuh tahun dan dua sebatan kerana melakukan kesalahan terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun pada jam 7 malam, 16 Disember 2024 di sebuah rumah di sebuah kampung dalam daerah Menumbok, Beaufort.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan dengan gadis itu, lelaki itu turut dipenjara dua tahun lagi sebagai hukuman tambahan mengikut Seksyen 16(1) SOACA yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat sekurang-kurangnya dua sebatan.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Alya menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran memandangkan kes itu merupakan kesalahan serius dan semakin kerap berlaku.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan bahawa kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi. Tertuduh tiba-tiba masuk ke dalam tandas rumah dan melakukan perbuatan tersebut.

Mangsa melawan, dan tertuduh berhenti serta beredar selepas terdengar bunyi motosikal anak lelakinya, iaitu abang mangsa, di luar rumah.

Mangsa yang ketakutan telah melarikan diri ke rumah ibu saudaranya di Kuala Penyu pada keesokan harinya. Namun, sekitar jam 8 malam pada hari yang sama, tertuduh telah mengambil semula mangsa dan membawanya ke Balai Polis Kuala Penyu untuk memaklumkan kepada pihak polis bahawa mangsa telah dijumpai.

Sebelum tiba di balai polis, tertuduh telah mengarahkan mangsa supaya tidak mendedahkan perkara sebenar tentang sebab dia melarikan diri dari rumah dan meminta mangsa memberitahu bahawa dia pergi ke rumah ibunya.

Tertuduh juga mengugut bahawa sekiranya mangsa ‘banyak cerita’, dia akan dipenjarakan.

Pada 21 Mei 2025, tertuduh juga telah memukul mangsa kerana enggan membasuh pakaian, dan kejadian itu disaksikan oleh abang mangsa.

Mangsa kemudian memaklumkan kepada ibu angkatnya mengenai kejadian yang dialaminya, dan ibu angkat tersebut telah membawanya ke Balai Polis Menumbok untuk membuat laporan polis.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/06/lelaki-dipenjara-9-tahun-2-sebat-amang-seksual-anak-perempuan/feed/ 0 75143
Lelaki mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap anak perempuan https://sabahmedia.com/2025/06/03/lelaki-mengaku-bersalah-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-perempuan/ https://sabahmedia.com/2025/06/03/lelaki-mengaku-bersalah-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-perempuan/#respond Tue, 03 Jun 2025 09:20:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75012
Read Time:59 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Tertuduh berusia 51 tahun melakukan kesalahan itu pada 18 Disember 2024 di sebuah rumah di sebuah kampung dalam daerah Menumbok, Beaufort.

Hakim Marlina Ibrahim bagaimanapun menangguhkan hukuman pada 5 June ini dan memerintahkan tertuduh ditahan reman sementara menunggu kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan tarikh yang sama bagi fakta kes dibacakan terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan tertuduh dengan mangsa, hukuman tambahan dikenakan di bawah Seksyen 16(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan.

Lelaki itu memohon untuk dijamin, namun mahkamah tidak membenarkannya.

Terdahulu, pihak pendakwaan membantah permohonan jaminan terhadap lelaki itu dengan alasan mereka tinggal serumah.

Namun, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin tempatan serta syarat melaporkan diri ke balai polis sekali sebulan.

Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Alya, mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/03/lelaki-mengaku-bersalah-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-perempuan/feed/ 0 75012
Lelaki dipenjara, disebat kerana amang seksual kekasih bawah umur https://sabahmedia.com/2025/04/29/lelaki-dipenjara-disebat-kerana-amang-seksual-kekasih-bawah-umur/ https://sabahmedia.com/2025/04/29/lelaki-dipenjara-disebat-kerana-amang-seksual-kekasih-bawah-umur/#respond Tue, 29 Apr 2025 11:18:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72901
Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap teman wanitanya yang masih di bawah umur.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shafiee Paluh selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani sesi kaunseling semasa tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman.

Mohd Shafiee didapati bersalah melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 16 tahun pada 19 Jun 2021 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi di dalam sebuah kereta yang diletakkan di jalan masuk berbatu menuju ke sebuah kampung dalam daerah Kota Belud.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, peguam bela Datuk Rakhbir Singh memohon anak guamnya dikenakan bon berkelakuan baik memandangkan Mohd Shafiee adalah pesalah pertama dan mangsa merupakan teman wanitanya.

Rakhbir turut memaklumkan mahkamah bahawa Mohd Shafiee telah berkahwin dan mempunyai dua anak, dengan isterinya baru sahaja melahirkan anak kedua mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sofia Sawayan memohon agar hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kerana kes melibatkan mangsa bawah umur yang menjadi mangsa seksual oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Sofia turut berhujah bahawa hukuman berat perlu dikenakan bukan sahaja sebagai pengajaran kepada tertuduh, tetapi juga sebagai mesej kepada masyarakat.

Mahkamah membenarkan permohonan Mohd Shafiee untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi. Mohd Shafiee juga dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu kesnya selesai.

Sepanjang perbicaraan, tujuh saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/29/lelaki-dipenjara-disebat-kerana-amang-seksual-kekasih-bawah-umur/feed/ 0 72901
Amang seksual: Guru berdepan 8 pertuduhan libatkan empat murid https://sabahmedia.com/2025/04/28/amang-seksual-guru-berdepan-8-pertuduhan-libatkan-empat-murid/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/amang-seksual-guru-berdepan-8-pertuduhan-libatkan-empat-murid/#respond Mon, 28 Apr 2025 08:35:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72820
Read Time:49 Second

Oleh J. Evachel John

KUDAT: Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan amang seksual terhadap empat murid Darjah 5.

Lowoyon Elod Jiviol, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim A. Akhiruddin @ Boy Acho.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap empat murid — dua lelaki dan dua perempuan antara 31 Disember 2024 dan 3 Januari 2025, sekitar jam 7.30 pagi hingga 8 pagi, di dalam bilik darjah sebuah sekolah rendah di daerah ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan, serta menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh supaya tidak mengganggu pengadu dan mangsa sepanjang tempoh perbicaraan.

Tertuduh diwakili peguam Sylyester Kuan, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/amang-seksual-guru-berdepan-8-pertuduhan-libatkan-empat-murid/feed/ 0 72820
Mangsa enggan teruskan kes, lelaki bebas dua pertuduhan amang seksual https://sabahmedia.com/2025/04/21/mangsa-enggan-teruskan-kes-lelaki-bebas-dua-pertuduhan-amang-seksual/ https://sabahmedia.com/2025/04/21/mangsa-enggan-teruskan-kes-lelaki-bebas-dua-pertuduhan-amang-seksual/#respond Mon, 21 Apr 2025 10:25:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72416
Read Time:51 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 34 tahun telah dibebaskan dan dibebaskan (DNA) daripada dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain membebaskan lelaki itu daripada kedua-dua pertuduhan selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa mangsa dan ayahnya enggan meneruskan kes tersebut.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) ketika kes itu disebut bagi mengetahui keputusan surat representasi.

Bagaimanapun, peguam Mohammad Syazwan yang mewakili tertuduh meminta agar anak guamnya dilepaskan dan dibenaskan (DNA) memandangkan mangsa dan bapanya tidak berminat meneruskan kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 malam pada Jun 2023 di sebuah rumah dalam sebuah kampung di Ranau.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan pada masa dan tempat yang sama.

Pada 27 Mei 2024, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan wang jaminan yang dibayar lelaki itu dikembalikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/21/mangsa-enggan-teruskan-kes-lelaki-bebas-dua-pertuduhan-amang-seksual/feed/ 0 72416
Pemandu dipenjara 20 tahun, 3 sebatan amang seksual dua budak Tabika https://sabahmedia.com/2025/03/25/pemandu-dipenjara-20-tahun-3-sebatan-amang-seksual-dua-budak-tabika/ https://sabahmedia.com/2025/03/25/pemandu-dipenjara-20-tahun-3-sebatan-amang-seksual-dua-budak-tabika/#respond Tue, 25 Mar 2025 08:07:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71082
Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang pemandu yang diberi kepercayaan untuk menghantar dan mengambil dua kanak-kanak dari Tabika dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mereka.

Rusli Japar, 54, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Rusli melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang dari Tabika ke rumah, serta di sebuah rumah tanpa nombor di daerah Tuaran, antara Mac hingga Disember 2024.

Bagi pertuduhan ketiga, Rusli melakukan kesalahan yang sama terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di dalam sebuah kereta ketika menghantar mangsa dari rumah ke Tabika pada tahun 2022.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, hukuman bagi pertuduhan pertama dan kedua diperintahkan berjalan serentak, tetapi berasingan dengan pertuduhan ketiga, yang melibatkan mangsa lain.

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan, 26 Februari 2025.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan selama dua tahun semasa dalam tahanan serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun setelah selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes mangsa bagi pertuduhan pertama dan kedua memaklumkan kejadian cabul tersebut kepada ibunya, manakala mangsa bagi pertuduhan ketiga memberitahu ayahnya. Laporan polis dibuat pada 26 Februari 2025, yang membawa kepada penangkapan tertuduh.

Dalam rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan atas alasan mempunyai seorang isteri dan dua anak. Dia juga memohon agar hukuman penjara dijalankan serentak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Yousof Tahir Mahmood menegaskan bahawa hukuman berat perlu dikenakan kerana tertuduh bukan sahaja mengkhianati kepercayaan keluarga mangsa tetapi juga menyebabkan trauma kepada kanak-kanak berusia lima tahun.

Pendakwaan juga menegaskan bahawa kes ini adalah serius, melibatkan kepentingan awam, selain mengambil kira peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Oleh itu, pendakwa meminta hukuman penjara bagi setiap pertuduhan dijalankan berasingan kerana masa dan tempat kejadian adalah berbeza.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/25/pemandu-dipenjara-20-tahun-3-sebatan-amang-seksual-dua-budak-tabika/feed/ 0 71082