Amaran hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Jan 2025 07:46:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Amaran hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok https://sabahmedia.com/2025/01/16/amaran-hujan-berterusan-tahap-buruk-di-sabah-hingga-esok/ https://sabahmedia.com/2025/01/16/amaran-hujan-berterusan-tahap-buruk-di-sabah-hingga-esok/#respond Thu, 16 Jan 2025 07:46:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67013
Read Time:1 Minute, 21 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Johor bermula esok hingga Ahad melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga Sabtu ini manakala di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat hingga esok.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di empat negeri hingga Ahad ini.

Jabatan itu memaklumkan Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak hingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) turut dikeluarkan MetMalaysia bagi kawasan perairan Sarawak dengan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmj dan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku hingga Ahad ini.

Keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Ahad dan keadaan itu berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/16/amaran-hujan-berterusan-tahap-buruk-di-sabah-hingga-esok/feed/ 0 67013
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah sehingga 7 malam ini https://sabahmedia.com/2025/01/15/amaran-ribut-petir-hujan-lebat-di-sabah-sehingga-7-malam-ini/ https://sabahmedia.com/2025/01/15/amaran-ribut-petir-hujan-lebat-di-sabah-sehingga-7-malam-ini/#respond Wed, 15 Jan 2025 07:56:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66977
Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Beberapa kawasan di Pantai Barat Sabah dijangka akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka akan berlaku di beberapa kawasan lain.

“Antaranya di Sandakan meliputi Telupid, Beluran dan Sandakan serta Kudat sehingga jam 7 malam ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Selain Sabah, beberapa kawasan lain di Semenanjung dan Sarawak turut mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/15/amaran-ribut-petir-hujan-lebat-di-sabah-sehingga-7-malam-ini/feed/ 0 66977