Ambulan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Sep 2024 12:14:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ambulan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jetama Sdn Bhd sumbang ambulan, bantu lebih ramai terima manfaat pengangkutan perubatan https://sabahmedia.com/2024/09/09/jetama-sdn-bhd-sumbang-ambulan-bantu-lebih-ramai-terima-manfaat-pengangkutan-perubatan/ https://sabahmedia.com/2024/09/09/jetama-sdn-bhd-sumbang-ambulan-bantu-lebih-ramai-terima-manfaat-pengangkutan-perubatan/#respond Mon, 09 Sep 2024 11:59:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60408
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Sabah Development Berhad (SDB) menerusi anak syarikatnya, Jetama Sdn Bhd telah menyumbang sebuah ambulan kepada Persatuan Perkhidmatan Ambulan Lions (LASS) Kota Kinabalu.

Pengerusi SDB, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata,  sumbangan yang dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah bagi memastikan lebih ramai masyarakat mendapat manfaat pengangkutan perubatan yang lebih cepat dan boleh dipercayai.

Selain itu katanya, ia juga turut menjadi contoh kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain dalam memenuhi tanggungjawab memperkasakan komuniti yang dilayani.

“Pendekatan yang dilaksanakan Jetama Sdn Bhd ini adalah contoh yang wajar diikuti semua GLC dan syarikat senarai awam dalam membantu masyarakat.

“Bagi SDB, khususnya Jetama, CSR syarikat ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan rakyat di seluruh negeri.

“Kita sentiasa komited untuk melaksanakan program CSR kepada rakyat Sabah kerana sebagai GLC, ia lebih mudah dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Replika Kunci daripada Jetama kepada LASS Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jetama, Datuk Yusof Abdul Mannan dan timbalannya, Datuk Juhari Janan; Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Ahmad Naim Uddang dan Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui.

Majlis itu sebagai simbolik penyerahan sebuah ambulans serba lengkap untuk kegunaan persatuan berkenaan dalam menyediakan perkhidmatan kecemasan di sekitar Kota Kinabalu.

Frankie berkata, sumbangan CSR seumpama itu juga akan diperluaskan ke kawasan lain seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna, bergantung kepada keperluan penduduk.

Terdahulu dalam ucapannya, Frankie berkata sebagai GLC, peranan Jetama bukan saja dalam pembangunan infrastruktur atau korporat tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan perkhidmatan kesihatan masyarakat. 

“Penyediaan sebuah ambulans hari ini adalah bukti kepada visi bersama kita untuk mewujudkan Sabah yang lebih selamat dan sihat.

“LASS melakukan kerja luar biasa dalam menyediakan perkhidmatan yang cepat dan menyelamatkan nyawa kepada mereka yang memerlukan. 

“Kerjasama ini adalah peluang bagi kami untuk memberi kembali dan memperkukuh kapasiti untuk terus memberikan perkhidmatan yang amat bernilai kepada masyarakat.

“Dengan sumbangan ini, kami berharap dapat meningkatkan kecekapan dan capaian Perkhidmatan Ambulans Lions, memastikan lebih ramai orang mendapat manfaat daripada pengangkutan perubatan yang lebih pantas dan boleh dipercayai,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/09/jetama-sdn-bhd-sumbang-ambulan-bantu-lebih-ramai-terima-manfaat-pengangkutan-perubatan/feed/ 0 60408
Tidak Benar Kerajaan Beli 500 buah Ambulan Secara Tergesa-Gesa https://sabahmedia.com/2021/06/22/tidak-benar-kerajaan-beli-500-buah-ambulan-secara-tergesa-gesa/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/tidak-benar-kerajaan-beli-500-buah-ambulan-secara-tergesa-gesa/#respond Tue, 22 Jun 2021 06:31:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1738
Read Time:1 Minute, 7 Second

SUARA.TV

PUTRAJAYA: Kementeri Kesihatan Malaysia menafikan kerajaan membuat pembelian 500 buah ambulan secara perolehan terus seperti dakwaan bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Iklan tawaran tender terbuka untuk perolehan 490 jenis ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik di seluruh negara telah dikeluarkan pada 17 Jun 2021 lalu.

Dalam satu kenyataan media Kementerian Kesihatan memaklumkan Menterinya, Dr Adham Baba, memaklumkan dalam sidang media beberapa hari lepas, “bahawa KKM akan mulakan tender 500 ambulans ini dan bagi ambulans lain kita akan gunakan sistem ‘leasing’ mengikut zon agar isu logistik pesakit COVID-19 di mana-mana jua dapat diatasi,”

YB Menteri Kesihatan berkata demikian ketika majlis penyerahan ‘Negative Pressure Ambulance’ bagi membawa pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS pada 19 Jun 2021.

Dalam kenyataan tersebut tidak disebut kesemua 500 ambulans itu bercirikan ‘Negative Pressure Ambulance’ sebagaimana yang disalahfahami dan dilapor oleh pihak tertentu.

KKM melihat keperluan ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini untuk melawan
pandemik COVID-19 pada masa ini dan di masa hadapan.

Ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara.

Sementara sumber memaklumkan kepada SuaraTV, perolehan ini telah dirancang sejak zaman Dr Dzulkefly lagi dan hanya diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk perolehan tahun ini.-SUARATV

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/tidak-benar-kerajaan-beli-500-buah-ambulan-secara-tergesa-gesa/feed/ 0 1738