Anak bulan ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Feb 2026 12:16:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anak bulan ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tarikh melihat anak bulan Ramadan 17 Februari ini https://sabahmedia.com/2026/02/12/tarikh-melihat-anak-bulan-ramadan-17-februari-ini/ https://sabahmedia.com/2026/02/12/tarikh-melihat-anak-bulan-ramadan-17-februari-ini/#respond Thu, 12 Feb 2026 12:16:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91542
Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR : Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang Selasa, 17 Februari 2026, bersamaan 29 Syaaban 1447H.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan telah diperkenankan untuk melaksanakan cerapan rukyah di 29 lokasi di seluruh negara pada petang berkenaan.

Antara lokasi yang terlibat ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; serta beberapa lokasi di Selangor termasuk Bukit Melawati, Bukit Jugra dan Sabak Bernam.

Turut menjadi lokasi cerapan ialah Pantai Pasir Panjang di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pulau Pinang; beberapa stesen cerapan di Kedah termasuk Kampung Pulau Sayak, Langkawi dan Menara Alor Setar; serta beberapa lokasi di Terengganu dan Kelantan.

Di Sabah dan Sarawak, cerapan akan dijalankan di Pusat Falak Miri, Teluk Bandung dan Pusat Falak Bintulu di Sarawak, manakala di Sabah melibatkan Balai Cerap Al-Biruni, Putatan serta Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Selain itu, lokasi lain termasuk Bukit Tanjong Batu dan Gunung Brinchang di Pahang; Menara 188 Kuantan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; serta Menara Pandang Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa kaedah penetapan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan gabungan rukyah dan hisab.

Pengumuman rasmi tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui siaran media pada malam 17 Februari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/12/tarikh-melihat-anak-bulan-ramadan-17-februari-ini/feed/ 0 91542
Tarikh lihat anak bulan Ramadan 10 Mac https://sabahmedia.com/2024/03/03/tarikh-lihat-anak-bulan-ramadan-10-mac/ https://sabahmedia.com/2024/03/03/tarikh-lihat-anak-bulan-ramadan-10-mac/#respond Sun, 03 Mar 2024 12:17:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50473
Read Time:1 Minute, 36 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad,10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Menurutnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui melalui radio dan televisyen.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Selain itu Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Lokasi melihat anak bulan di Perak adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah. 

Lokasi lain ialah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan. 

Selain itu Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; dan di Pahang adalah di Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188.

Turut menjadi lokasi melihat anak bulan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.-  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/03/tarikh-lihat-anak-bulan-ramadan-10-mac/feed/ 0 50473