anak bulan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Feb 2025 12:18:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anak bulan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 28 Feb https://sabahmedia.com/2025/02/20/tarikh-lihat-anak-bulan-ramadan-pada-28-feb/ https://sabahmedia.com/2025/02/20/tarikh-lihat-anak-bulan-ramadan-pada-28-feb/#respond Thu, 20 Feb 2025 11:17:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69094
Read Time:1 Minute, 54 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur :  Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Jumaat, 28 Feb bersamaan dengan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Menurut kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan adalah pada petang Jumaat, 28 Feb 2025 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari itu di 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Di Perak, lokasinya di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pulau Pinang (Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh) serta Kedah (Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar). 

Lokasi lain ialah di Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu; serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan. 

Selain itu, Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; dan Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; dan di Pahang melibatkan Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188 juga menjadi lokasi melihat anak bulan.

Turut terlibat adalah di Menara Universiti Malaysia Sabah; Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/20/tarikh-lihat-anak-bulan-ramadan-pada-28-feb/feed/ 0 69094
Anak bulan Zulhijjah dirakam pencerap Dark Sky Malaysia https://sabahmedia.com/2024/06/08/anak-bulan-zulhijjah-dirakam-pencerap-dark-sky-malaysia/ https://sabahmedia.com/2024/06/08/anak-bulan-zulhijjah-dirakam-pencerap-dark-sky-malaysia/#respond Fri, 07 Jun 2024 23:51:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55665
Read Time:54 Second

Putatan:  Pencerap dari kumpulan Dark Sky Malaysia, Muhammad Luqmanul Hakim Muharam berjaya mencerap anak bulan Zulhijjah menerusi peralatan Skywatcher AZEQ5, Skywatcher Quattro 200P serta Sony A7sii pada jam 6:50 petang di sini semalam.

Cerapan tersebut diperakui oleh semua Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Sabah yang diketuai Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Anak bulan yang dirakamkan oleh Dark Sky Malaysia.

Turut sama adalah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Abdul Manap Lakariba, Ketua Hakim Syarie Sabah Ahadin Arinen dan Pengarah Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Negeri Sabah Datuk Norjeli Dais.

Bungsu (kanan) menandatangani perakuan rukyah hilal Negeri Sabah

Cerapan yang bermula pada jam 6.28 petang waktu Maghrib itu gagal mengesan sebarang imej pada waktu tersebut sehingga Muhammad Luqmanul berjaya merakam imej lengkung yang merupakan anak bulan zulhijjah pada jam 6.50 petang di Balai Cerap Al-Biruni.

Cerapan rasmi anak bulan Zulhijjah dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara oleh ahli jawatankuasa hilal negeri-negeri petang semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/08/anak-bulan-zulhijjah-dirakam-pencerap-dark-sky-malaysia/feed/ 0 55665