Anak Jati Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Oct 2024 06:10:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anak Jati Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anak jati Sabah, bermula berniaga air balang kini jadi usahawan berjaya https://sabahmedia.com/2024/10/17/anak-jati-sabah-bermula-berniaga-air-balang-kini-jadi-usahawan-berjaya/ https://sabahmedia.com/2024/10/17/anak-jati-sabah-bermula-berniaga-air-balang-kini-jadi-usahawan-berjaya/#respond Thu, 17 Oct 2024 07:30:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62346
Read Time:2 Minute, 44 Second

KLANG: Seorang anak jati Sabah tidak menyangka bermula dengan berniaga air balang berasaskan sarang burung walit secara kecil-kecilan menjadikannya ahli usahawan yang berjaya.

Pengarah urusan company DNA herbal pride industri sdn bhd, Nizam Ebin, 47, berasal dari Kampung Siasai Kumpang, Kota Belud, Sabah berkongsi pengalaman kejayaan beliau semasa ditemui kru Sabah Media di kilang tempat memproses produknya jenama Tsallee di Pandamaran, Klang pada Jumaat lalu.

Beliau pernah mengikuti kursus sebagai pelatih di Pusat Giat Mara, Kota Belud , Sabah, mengambil Kursus Kimpalan pada tahun 1996.

“Pada zaman itu belia-belia di kampung tidaklah banyak peluang pendedahan mengenai keusahawanan, hanya tertumpu pada seni, kemahiran dan perkhidmatan awam,” kata Nizam.

Menurutnya, untuk mencari peluang pekerjaan yg lebih baik beliau berhijrah ke Semenanjung dengan matlamat untuk mengubah nasib kehidupan keluarga.

“Pada ketika itu, kilang tempat saya bekerja, saya sebagai seorang kimpalan pada syarikat dari Taiwan yang memberi perkhidmatan menjual dan membaik pulih jentera industri seperti mini excavator.

“Pada tahun 2000 saya bertemu jodoh dengan orang Klang, Selangor, seawal perkahwinan kami ketika itu saya memang masih bekerja, isteri saya mencadangkan idea untuk berniaga pada setiap hujung minggu dan apa yang diniagakan harus cepat dan mudah, jadi saya kata menjual burger saja yang paling simple.

“Apabila kami baru dua bulan berniaga jual burger, berasa cabaran yang perlu saya hadapi dan bijak mengatur waktu agar tidak menganggu masa antara kerja dan menjual burger,” kongsinya.

Nizam berkata, sambutan jualan burger mereka sangat menggalakkan.

“Kami berniaga dikawasan perumahan taman tempat kami tinggal dan pada waktu itu sambutan sangat mengalakkan disebabkan tiada persaingan, saya beritahu isteri saya agar ambil produk Sabah berasaskan dari sarang burung walit dijadikan air minuman di campur dengan herba dan dijual dalam balang dengan harga RM 3 dan RM 5 secawan,” katanya.

Nizam berkata air balang yang dijual juga mendapat penerimaan dan permintaan yg baik dari pada pelanggan.

“Air balang yang kami jual juga mendapat sambutan dan permintaan dari pelanggan dan untuk memastikan bahan bekalan tidak terputus, saya sendiri turun pergi ke gua Gomantong, Sandakan, Sabah untuk membeli dan memproses semula disini, masa itu kami hanya beroperasi dari rumah,” katanya.

Jelas beliau lagi untuk meningkatkan lagi kualiti produknya, beliau harus mengikuti beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan.

“Untuk meningkatkan kualiti, produk kami berdaftar dan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti MARDI, JV, FAMA dan SIRIM.

“Bagi menampung permintaan yang tinggi kami menyewa permis kilang industri yang berstatus GMP dan HACCP,” katanya.

Beliau berkata produk jenama Tsallee boleh didapati di Mall Aeon, Mydin, Lulu, Rosyamart, NSK dan kini ianya semakin berkembang ke pasaran global iaitu di Naning, China dan China Town di USA.

“Sebagai seorang usahawan saya perlu tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap setiap produk agar produk kekal bertahan di pasaran.

“Buat belia-belia Sabah yang berada di sini Selangor, jangan takut untuk mencuba dalam bidang keusahawanan, sama -samalah kita memperingati diri sendiri gagal sekali tidak semestinya gagal selama lamanya, kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu beliau berharap kepada pihak kerajaan negeri dan pusat, sekiranya dapat membantu beliau dalam penambahan peralatan mesin dan packging.

“Dengan bantuan tersebut, kami boleh menampung pengeluaran produk untuk dieksport ke negara China, ini juga sekali gus dapat meningkat kan ekonomi negeri Sabah dan juga Malaysia amnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/17/anak-jati-sabah-bermula-berniaga-air-balang-kini-jadi-usahawan-berjaya/feed/ 0 62346
KPM disaran beri peluang anak jati Sabah isi kekurangan guru di negeri ini – KGKS https://sabahmedia.com/2023/02/08/kpm-disaran-beri-peluang-anak-jati-sabah-isi-kekosongan-tenaga-pengajar-di-negeri-ini-kgks/ https://sabahmedia.com/2023/02/08/kpm-disaran-beri-peluang-anak-jati-sabah-isi-kekosongan-tenaga-pengajar-di-negeri-ini-kgks/#respond Wed, 08 Feb 2023 08:04:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29239
Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan pengambilan guru dari kalangan anak jati Sabah untuk mengisi kekurangan guru di negeri ini.

Presidennya Mohd Kifflee Alli berkata,
ini adalah susulan isu pengangguran yang serius di Sabah dan perlu dilihat secara holistik serta ditangani secara bersama oleh semua pihak, salah satunya melalui penglibatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memanfaatkan tenaga graduan daripada kalangan anak jati di negeri Sabah sebagai pendidik.

“Mewakili siswazah dan belia yang sedang menganggur di Sabah, kami Kesatuan Guru- Guru Kerajaan Sabah menyarankan agar Kementerian Pendidikan Malaysia memberi peluang kepada graduan daripada kalangan anak jati Sabah untuk mengisi kekurangan guru di negeri ini.

“Ini adalah sebagai langkah mengatasi kadar pengangguran selain bagi mengelakkan lebih ramai tenaga kerja di negeri ini berhijrah ke luar untuk mencari rezeki,” katanya pada sidang media di pejabat KGKS di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan kutipan data yang dibuat oleh KGKS, terdapat seramai 111 orang
graduan di negeri ini ingin memohon menjadi guru manakala 74 orang calon yang sudah memohon Contract Of Service (COS) pada tahun 2021 namun tidak dipanggil untuk ditemuduga.

“Justeru, kami mencadangkan agar KPM segera melaksanakan tindakan serampang dua mata dengan mewujudkan permohonan khas jawatan guru kepada graduan anak jati negeri Sabah sebagai langkah mengatasi masalah kekurangan guru sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di negeri bawah bayu ini.

“Selain itu, KGKS juga memohon supaya guru-guru COS yang sedang berkhidmat dan masih berstatus kontrak agar dipermudahkan laluan mereka menjadi guru tetap sekiranya mempunyai kelayakan,” tegasnya.

Terdahulu, memetik laporan berita Bernama baru-baru ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon supaya Kementerian Pendidikan menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, berkata, kekurangan guru di Sabah dan Sarawak antaranya disebabkan dasar hanya 10 peratus kuota guru dari Semenanjung yang boleh ditempatkan di wilayah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Mohd Kifflee turut memaklumkan data kadar pengangguran di Sabah pada suku ketiga tahun lepas iaitu 8.2 peratus seramai 174,200 orang perlu dilihat secara serius.

“Kami tidak mahu lebih ramai bakat di negeri ini keluar berhijrah keluar seperti apa yang berlaku pada tahun 2020 apabila seramai 45,900 orang tenaga kerja Sabah dilaporkan oleh Kementerian Sumber Manusia berhijrah mencari peluang kerja di luar. Ini merupakan isu ‘brain drain’ yang sangat kronik bagi negeri ini.

“Oleh itu, mekanisme terbaik yang boleh diambil oleh sektor pendidikan pada ketika ini bagi menangani isu kekurangan guru di Sabah adalah dengan memanfaatkan terlebih dahulu bakat dalam kalangan graduan siswazah negeri ini yang ingin menjadi guru,” ujarnya.

Tambah beliau, bukan sahaja isu kekurangan guru dapat diatasi, malah sedikit sebanyak KPM juga akan dianggap prihatin terhadap masalah pengangguran dan kehilangan tenaga mahir di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/08/kpm-disaran-beri-peluang-anak-jati-sabah-isi-kekosongan-tenaga-pengajar-di-negeri-ini-kgks/feed/ 0 29239
Adelinah Anak Jati Sabah Dipilih Sertai Ekspedisi Mendaki Gunung Everest 2022 https://sabahmedia.com/2022/02/25/adelinah-anak-jati-sabah-dipilih-sertai-ekspedisi-mendaki-gunung-everest-2022/ https://sabahmedia.com/2022/02/25/adelinah-anak-jati-sabah-dipilih-sertai-ekspedisi-mendaki-gunung-everest-2022/#respond Fri, 25 Feb 2022 07:27:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12533
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang anak jati Sabah, pelari sukan ekstrem Adelinah Lintanga terpilih sebagai salah seorang peserta yang akan menyertai program Ekspedisi Everest 2022.

Pendaki solo negara, Ravichandran Tharumalingam berkata, Adelinah atau dikenali sebagai Narna Bunga berusia 37 tahun dipilih sebagai salah seorang peserta dari Sabah untuk menyertai misi ke Puncak Everest kerana kriteria beliau seorang yang sangat gemar kepada sukan ekstrem serta mencipta nama dalam sukan larian ekstrem dunia selain beliau juga terbukti mempunyai kekuatan fizikal dan mental dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Ravi (kiri) bersama Adelinah semasa Pelancaran Program Keluarga Malaysia – “Everest Expedition 2022, Journey To The Top By Sabahan” di Kota Kinabalu.

“Saya berharap akan mendapat sokongan penuh dari kerajaan dan rakyat Sabah untuk membawa Narna bersama-sama peserta lain mendaki puncak tertinggi dunia Gunung Everest bermula pada April ini,” katanya semasa Pelancaran Program Keluarga Malaysia – “Everest Expedition 2022, Journey To The Top By Sabahan”.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Ekspedisi pendakian akan bermula pada April ini dan dijangka berakhir 1 Jun 2022 yang diketuai oleh Ravi bersama empat orang termasuk Adelinah, Fazilah Shahren dari Sarawak, Elan Ghovan, 64, Negeri Sembilan dan Caine Yow, 67, dari Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Syarikat My Pro Wrestling Sdn Bhd (MyPW) turut menyumbangkan produk Air Tenaga MyPW kepada semua pendaki negara yang akan menyertai Ekspedisi Everest tersebut.

MyPW yang merupakan syarikat berteraskan sukan gusti profesional dan kini merupakan pengeluarkan air minuman beroksigen, amat berbesar hati untuk bersama Pendaki Gunung, Ravi Everest, di dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest di mana mereka akan membekalkan produk minuman beroksigen MyPW yang penuh khasiat tenaga dan tinggi oksigen yang akan membantu Ravi Everest untuk mencapai matlamat pendakiannya ke Puncak Everest kali ini.

Menurut syarikat yang diterajui oleh Datin Maria Abdullah itu, adalah visinya untuk menjadikan air MyPW merentas sempadan dan benua bagi semua atlet di dalam bidang kesukanan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/25/adelinah-anak-jati-sabah-dipilih-sertai-ekspedisi-mendaki-gunung-everest-2022/feed/ 0 12533