Anak kandung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 12 Sep 2026 05:50:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anak kandung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ibu maut dipercayai ditikam anak kandung https://sabahmedia.com/2026/09/12/ibu-maut-dipercayai-ditikam-anak-kandung/ https://sabahmedia.com/2026/09/12/ibu-maut-dipercayai-ditikam-anak-kandung/#respond Sat, 12 Sep 2026 05:23:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103258
Read Time:1 Minute, 15 Second

TAMBUNAN: Seorang wanita berusia 56 tahun maut selepas dipercayai ditikam anak kandungnya menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir, berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang, pada Jumaat (11 Sep).

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di perut yang dipercayai akibat ditikam menggunakan senjata tajam.

“Susulan kejadian itu, polis mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga anak kandung mangsa.

“Suspek kemudian berjaya dikesan dan ditahan penduduk kampung di sebuah sulap di Kampung Sukung, Tambunan, sebelum dibawa ke Balai Polis Tambunan menggunakan kenderaan penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebaik tiba di perkarangan Balai Polis Tambunan, tangkapan rasmi terhadap suspek dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Beliau berkata, pasukan penyiasat dan forensik turut menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta merampas beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar kematian.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan tekanan yang dialami suspek, yang baru sahaja melalui proses perceraian.

Bagaimanapun, Erwansyah berkata, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang melengkapkan siasatan bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai kronologi kejadian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kes berkenaan.

“Kerjasama orang ramai amat dihargai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/12/ibu-maut-dipercayai-ditikam-anak-kandung/feed/ 0 103258
Rogol anak kandung: Bapa dipenjara 18 tahun, 10 sebatan https://sabahmedia.com/2025/11/14/rogol-anak-kandung-bapa-dipenjara-18-tahun-10-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/rogol-anak-kandung-bapa-dipenjara-18-tahun-10-sebatan/#respond Fri, 14 Nov 2025 11:35:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85777
Read Time:53 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zaini Fishir, menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 33 tahun selepas tertuduh tiba-tiba menukar pengakuan kepada bersalah ketika perbicaraan sedang berlangsung.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil lima saksi untuk memberi keterangan.

Tertuduh mengaku merogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun di sebuah bilik di Putatan pada 23 April tahun ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Semasa rayuan, tertuduh memohon maaf atas perbuatannya.

“Saya menyesali perbuatan saya. Saya mohon hukuman diringankan kerana anak-anak saya masih kecil. Banyak tanggungjawab yang perlu saya selesaikan,” katanya sambil memaklumkan bahawa beliau menghidap darah tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Eugenie A Gilbert, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat sebagai pengajaran.

“Dalam kes ini, tertuduh ialah bapa mangsa sendiri, yang sepatutnya menjadi orang yang membimbing mangsa dan melindungi mangsa,” katanya.

Tamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/rogol-anak-kandung-bapa-dipenjara-18-tahun-10-sebatan/feed/ 0 85777
Rogol anak kandung, lelaki dipenjara 15 tahun, 10 sebatan https://sabahmedia.com/2025/04/24/rogol-anak-kandung-lelaki-dipenjara-15-tahun-10-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/04/24/rogol-anak-kandung-lelaki-dipenjara-15-tahun-10-sebatan/#respond Thu, 24 Apr 2025 13:21:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72618
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun, menyatakan hasrat untuk bertemu mangsa bagi memohon maaf.

Tertuduh, seorang pemotong rumput berusia 49 tahun, mengaku bersalah merogol anak perempuannya pada 28 Mac lalu, waktu malam di sebuah kampung di daerah Papar.

Dia membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Dalam rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dan menyatakan penyesalan atas perbuatannya.

“Saya harap diberi peluang untuk bertemu dengan anak saya. Saya mahu minta maaf,” katanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun, serta tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, kejadian itu terbongkar apabila mangsa memaklumkan kepada ibu saudaranya bahawa dia telah dirogol oleh bapanya. Wanita itu kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Siasatan mendapati pada malam kejadian, tertuduh telah memasuki bilik mangsa dan merogolnya. Mangsa tidak melawan kerana ketakutan.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon agar hukuman berat dikenakan, memandangkan tertuduh adalah bapa kandung kepada mangsa, dan menekankan bahawa insiden itu memberi kesan trauma yang mendalam terhadap remaja berkenaan.

“Sebagai bapa kandung, tertuduh sepatutnya melindungi anaknya, bukan menghancurkan masa depannya. Kini, mangsa bukan sahaja mengalami trauma, malah perlu menanggung stigma sebagai mangsa rogol oleh ayah sendiri,” katanya.

Bryan turut menegaskan bahawa kes seumpama ini adalah jenayah serius yang semakin meningkat dengan kadar membimbangkan di Sabah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan selama dua tahun dalam tahanan, serta dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman penjara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/24/rogol-anak-kandung-lelaki-dipenjara-15-tahun-10-sebatan/feed/ 0 72618