Anak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Apr 2024 00:42:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anak Ketua Polis Lahad Datu maut tertembak diri sendiri https://sabahmedia.com/2024/04/17/anak-ketua-polis-lahad-datu-maut-tertembak-diri-sendiri/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/anak-ketua-polis-lahad-datu-maut-tertembak-diri-sendiri/#respond Wed, 17 Apr 2024 00:30:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52648
Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Anak kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu maut dipercayai tertembak diri sendiri di rumahnya di Lahad Datu, semalam.

Difahamkan mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu.

Anak remaja perempuan itu dipercayai bermain dengan pistol milik bapanya yang tertinggal di rumah.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Terdahulu media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/anak-ketua-polis-lahad-datu-maut-tertembak-diri-sendiri/feed/ 0 52648
Anak ahli politik menyamar pegawai kanan SPRM, didakwa di mahkamah https://sabahmedia.com/2024/01/10/anak-ahli-politik-menyamar-pegawai-kanan-sprm-didakwa-di-mahkamah/ https://sabahmedia.com/2024/01/10/anak-ahli-politik-menyamar-pegawai-kanan-sprm-didakwa-di-mahkamah/#respond Wed, 10 Jan 2024 08:29:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47785
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Seorang anak lelaki ahli politik yang menyamar sebagai pegawai kanan SPRM didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh Aries Ryan Phillip Among, 29, mengaku tidak bersalah masing-masing atas dua pertuduhan utama dan alternatif di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Menurut pertuduhan utama, pertama, Aries telah menipu Mohd Zaidi Abdullah, 60, dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya melalui aplikasi WhatsApp pada 24 Jun 2023 jam 11.46 pagi di sebuah rumah di Jalan Kepayan.

Dia didakwa mendorong Zaidi memasukkan wang RM8,000 ke dalam akaun bank milik orang lain untuk sumbangan lembu korban.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Aries didakwa menipu Zaidi dengan menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, juga menerusi aplikasi WhatsApp pada 30 Jun 2023 jam 11.22 pagi, di lokasi sama.

Aries didakwa mendorongnya untuk memasukkan wang sebanyak RM27,000 untuk sumbangan menghadiri konvokesyen anak lelaki Azam Baki di Sydney, Australia, dan RM14,300 lagi untuk tujuan pinjaman. Kedua-duanya telah dimasukkan ke dalam dua akaun bank yang berbeza.

Hukuman kerana menipu secara peribadi memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan alternatif pertama dan kedua, Aries didakwa menipu Zaidi melalui WhatsApp dan mendorongnya untuk memasukkan kesemua wang berjumlah RM49,300 ke dalam tiga akaun bank berbeza.

Kedua-dua pertuduhan alternatif adalah mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Aries dibenarkan diikat jamin RM40,000, dengan RM5,000 untuk didepositkan ke mahkamah dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah seterusnya memerintahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali; tidak mengganggu saksi pendakwaan, dan pasportnya diserah kepada mahkamah sementara menunggu kes itu diselesaikan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) SPRM Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Amirul Amin.

Mahkamah menetapkan 14 Feb ini untuk pengurusan kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/10/anak-ahli-politik-menyamar-pegawai-kanan-sprm-didakwa-di-mahkamah/feed/ 0 47785