anak muda Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Dec 2023 15:48:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anak muda Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Golongan muda perlu bertemu komuniti, lihat dan nilai keharmonian masyarakat setempat https://sabahmedia.com/2023/12/19/golongan-muda-perlu-bertemu-komuniti-lihat-dan-nilai-keharmonian-masyarakat-setempat/ https://sabahmedia.com/2023/12/19/golongan-muda-perlu-bertemu-komuniti-lihat-dan-nilai-keharmonian-masyarakat-setempat/#respond Mon, 18 Dec 2023 16:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46752
Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu: Anak muda tempatan digesa untuk mendapatkan maklumat secara realiti dan tidak bergantung penuh dengan maklumat yang diperoleh secara maya. 

Pengarah Smart Sabah, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi berkata, anak muda perlu turun kepada komuniti khususnya ke kawasan-kawasan perkampungan untuk mengetahui dan mengenali dunia sebenar. 

“Anak muda bila turun kepada masyarakat kampung, kamu boleh secara terus melihat dan menilai keharmonian masyarakat yang sebenar. 

“Dari pemerhatian itu juga, anak muda akan secara tidak langsung boleh membawa masyarakat untuk lebih maju ke hadapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Program Belia Sayang Kampung (BSK) di Kampung Rampayan, Menggatal di sini.

Razali pada masa sama berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), iaitu Smart Sabah akan sentiasa bersedia menyokong segala program-program belia yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat setempat seperti program BSK.  

“Tidak dinafikan, peranan anak muda sangat penting dalam masyarakat kita masa kini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan menyatakan penghargaannya kepada semua pihak terlibat khususnya kepada rakan-rakan strategik yang menjayakan program BSK tersebut. 

“Program ini merupakan program ketiga selepas diadakan di daerah Beaufort dan Kota Belud. 

“Kami berharap agar penduduk kampung terutamanya ketua kampung untuk menyokong program-program seumpama ini,” katanya. 

Pengerusi Penganjur, Mohammad Nazrul Nordin pula berkata, program mendapat sambutan cukup baik dari penduduk setempat. 

“Sasaran kehadiran pengunjung kami adalah sehingga 500 orang dan setakat petang ini, sasaran itu berjaya kita capai. MBS juga akan meneruskan program ini ke daerah-daerah lain di Sabah pada tahun depan,” katanya. 

Tambah Nazrul, BSK merupakan satu program menyantuni masyarakat yang melibatkan belia setempat serta beberapa rakan strategik MBS sama ada dari agensi kerajaan mahupun agensi swasta. 

“Menerusi program ini juga, para belia berpeluang untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah seperti melakukan gotong royong pembersihan rumah, mendengar ceramah, melukis mural dan berskuan. 

“Manakala, bagi penduduk setempat pula, ia secara tidak langsung membantu mereka untuk menjana pendapatan dengan menjual produk mereka sendiri. 

“Selain itu, para pengunjung turut berpeluang untuk membeli barang keperluan menerusi Jualan Rahmah sekali gus menikmati pemeriksaan mata secara percuma,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/19/golongan-muda-perlu-bertemu-komuniti-lihat-dan-nilai-keharmonian-masyarakat-setempat/feed/ 0 46752
Hala Tuju SMJ: Peranan, pengupayaan anak muda Sabah diperkasa melalui pelbagai inisiatif https://sabahmedia.com/2023/10/01/hala-tuju-smj-peranan-pengupayaan-anak-muda-sabah-diperkasa-melalui-pelbagai-inisiatif/ https://sabahmedia.com/2023/10/01/hala-tuju-smj-peranan-pengupayaan-anak-muda-sabah-diperkasa-melalui-pelbagai-inisiatif/#respond Sun, 01 Oct 2023 09:11:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42895
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), pembangunan modal insan diletakkan sebagai teras penting, peranan serta pengupayaan anak muda Sabah terus diperkasa melalui pelbagai inisiatif, kata Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri, Azrul Ibrahim.

Azrul berkata, dalam konteks mahasiswa, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa program seperti Felo SMJ, hi-tellent termasuk Dewan Belia Sabah. Program ini berperanan mengangkat bakat kepimpinan dalam kalangan anak muda Sabah.

“Selain itu, kerajaan negeri turut menubuhkan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) sebagai badan yang akan menaungi persatuan-persatuan mahasiswa (Sabah) seluruh negara. SEMESTA menjadi one stop centre untuk partisipasi mahasiswa,” katanya semasa menyampaikan ucapan perkongsian mengenai peranan dan pencapaian Hala Tuju SMJ (konteks mahasiswa dan anak muda) dalam program Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu (30 Sept).

Menurut Azrul lagi, beberapa platform turut disediakan kerajaan bagi menghimpunkan pimpinan dan penggerak pelajar. Antaranya penganjuran Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) yang telah memasuki edisi kedua pelaksanaanya pada tahun ini.

Katanya, melalui MPPS, idea dan aspirasi anak muda digarap dan dijadikan sebagai program, inisiatif, dasar dan polisi kerajaan. Antaranya cadangan pelaksanaan Rumah Transit Belia SMJ yang telah diluluskan kerajaan negeri. Program ini pasti akan memanfaatkan golongan anak muda yang memerlukan.

“Sebagai teras penting dalam Hala Tuju SMJ, modal insan negeri ini akan terus diperkasakan. Pelaburan besar dalam bidang pendidikan melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pendidikan yang dibiayai kerajaan negeri dan Yayasan Sabah, termasuk penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) pasti akan melonjak kebitaraan anak muda negeri ini,” jelas beliau.

Sehubungan dengan itu, Azrul turut mengalu-alukan para mahasiswa perlu mengambil peluang sebaiknya atas pelbagai inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Pengiktirafan kepada anak muda bagi memperkasa kebersamaan antara rakyat dan kerajaan dilihat menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/01/hala-tuju-smj-peranan-pengupayaan-anak-muda-sabah-diperkasa-melalui-pelbagai-inisiatif/feed/ 0 42895