ANAK MUDA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Oct 2025 02:38:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ANAK MUDA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anak muda yakin pilih GRS demi kestabilan dan masa depan Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/29/anak-muda-yakin-pilih-grs-demi-kestabilan-dan-masa-depan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/29/anak-muda-yakin-pilih-grs-demi-kestabilan-dan-masa-depan-sabah/#respond Wed, 29 Oct 2025 02:37:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84405
Read Time:2 Minute, 47 Second

KENINGAU: Sokongan anak muda Sabah terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini semakin kukuh, berikutan keyakinan mereka terhadap keupayaan gabungan itu menjamin kestabilan politik serta kesinambungan pembangunan negeri.

Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tambunan, Bingkor dan Liawan menegaskan, kestabilan politik yang dibawa oleh GRS menjadi asas utama kepada kemajuan Sabah, termasuk dalam memastikan hak, peluang dan masa depan generasi muda terus terpelihara daripada ketidaktentuan politik.

Menurut mereka, GRS merupakan satu-satunya gabungan politik yang memberikan tumpuan menyeluruh terhadap pembangunan modal insan dan pendidikan anak muda di Sabah.

“Melalui pelbagai inisiatif seperti BUDI, BAGUS dan SUKSES, kerajaan negeri menyediakan bantuan kepada pelajar pra-universiti, institusi teknikal serta pengajian tinggi.

“Selain itu, usaha memperluas akses pendidikan di luar bandar dan memperkukuh latihan kemahiran TVET turut dipergiatkan bagi melahirkan belia yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi global.

“Dari segi kebajikan, kerajaan negeri melalui program Rumah Mesra SMJ memperuntukkan tambahan 10 unit rumah khas bagi belia yang baru berkahwin di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai tahun depan,” kata Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat N.39 Tambunan, Ar-Rafi Yassin, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat N.40 Bingkor, Daffri Adzahari dan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat N.41 Liawan, Shahrastani Harimin dalam satu kenyataan bersama di sini, hari ini.

Tambah mereka, langkah itu memberi peluang kepada pasangan muda untuk memulakan kehidupan berkeluarga dalam suasana lebih stabil dan selesa.

Dalam kenyataan itu juga, dinyatakan program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) turut menyediakan bantuan kewangan RM300 sebulan selama 12 bulan kepada 100,000 penerima yang layak bukti nyata keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat termasuk golongan muda.

“Kerajaan turut memperkukuh ekosistem keusahawanan belia melalui skim SYABAS (Usahawan Belia) dan program Outreach Usahawan Muda, yang menyediakan latihan, bimbingan mentor serta akses pasaran.

“Bantuan geran permulaan sebanyak RM5,000 kepada usahawan belia yang layak memberi peluang untuk mengembangkan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan di peringkat komuniti”, katanya.

Menurutnya, pada masa sama, pelaburan industri berimpak tinggi seperti pembuatan elektronik dan sektor tenaga turut membuka ruang pekerjaan baharu kepada golongan muda.

Pelaburan syarikat SK Nexilis serta pembangunan Sabah Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) dijangka mencipta ribuan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, sementara penubuhan SMJ Energy Sdn. Bhd. memperlihatkan kesungguhan Sabah mengurus hasil minyak dan gas untuk manfaat rakyat sendiri.

Ar-Rafi Yassin berkata, anak muda hari ini memilih GRS kerana gabungan itu bukan sahaja menjanjikan kestabilan politik, tetapi turut menyediakan pelan pembangunan ekonomi yang jelas dan realistik untuk masa depan belia Sabah.

Sementara itu, Daffri Adzahari, menegaskan bahawa belia perlu bijak memilih kerajaan yang terbukti melaksanakan pelbagai inisiatif khusus untuk mereka.

“GRS telah membuktikan kesungguhan memperjuangkan kepentingan anak muda melalui dasar dan pelan tindakan yang nyata. Belia perlu terus menyokong kepimpinan yang konsisten dan berwawasan,” katanya.

Manakala Shahrastani Harimin pula berkata, golongan muda mahukan kepimpinan yang stabil dan berpandangan jauh.

“Politik yang tidak menentu hanya akan menjejaskan peluang pembangunan dan masa depan generasi muda. GRS adalah pilihan terbaik untuk memastikan kesinambungan dan kestabilan itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Sabah menegaskan komitmen mereka untuk terus memperjuangkan suara belia dalam setiap dasar dan perancangan pembangunan negeri.

Mereka turut menyeru semua anak muda Sabah agar bersatu di bawah panji GRS demi mengekalkan kestabilan politik yang menjadi tunjang kemajuan serta kesejahteraan negeri.

“GRS kekal sebagai pilihan terbaik anak muda demi masa depan Sabah yang lebih terjamin, progresif dan berdaya saing,” tegas mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/29/anak-muda-yakin-pilih-grs-demi-kestabilan-dan-masa-depan-sabah/feed/ 0 84405
Anak muda pemacu masa depan politik Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/26/anak-muda-pemacu-masa-depan-politik-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/anak-muda-pemacu-masa-depan-politik-sabah/#respond Sat, 26 Jul 2025 11:54:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77984
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Perwakilan yang hadir dalam Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan, bahawa Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan menjadi medan buat anak muda Sabah membuktikan peranan mereka sebagai penentu masa depan negeri.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sindumin, Walter Antahar@Fiqrie, ketika ditemui Sabah Media berkata, kawasan seperti Sindumin mencerminkan perubahan besar apabila pengundi muda lebih kehadapan berbanding jumlah pengundi lain.

“Sindumin ada 26,050 pengundi. Daripada jumlah itu, 8,000 adalah pengundi muda. Ini satu kelebihan kepada mana-mana pihak yang mampu menarik minat mereka,” katanya.

Edwin (kiri) dan Dean. – Foto Sabah Media/ Florieta Diet

Menurut beliau, politik hari ini lebih memihak kepada golongan muda berdasarkan pengamatan selama dua tahun setengah bekerja di lapangan.

“Kita tidak menafikan orang-orang lama, kerana orang lama dan muda berpisah tiada. Tetapi saya nampak trend sekarang menunjukkan pemuda di hadapan,” tambahnya.

Walter turut menekankan bahawa cabaran utama hari ini adalah persepsi yang dibentuk melalui media sosial. Isu-isu tular sering tidak menggambarkan realiti sebenar, malah kadang kala menjadi bahan ‘fitnah politik’.

“Isu hangat di media sosial bukan realiti sebenar. Ia lebih kepada ancaman politik. Namun saya yakin, kebijaksanaan dan kematangan orang muda hari ini sudah cukup untuk mereka menilai sendiri yang mana fakta dan yang mana agenda terselindung.

“Saya percaya belia Sabah hari ini tahu menilai mana yang baik, mana yang tidak. Jangan ragu dengan peranan anak muda,” katanya lagi.

Peningkatan ketara pengundi muda turut ditekankan oleh perwakilan dari DUN Labuk dalam daerah Beluran, Edwin Ahmad, yang menyatakan lebih 60 peratus pengundi muda kini berada dalam senarai pemilih.

“Tugas dalam perwakilan, kami akan terus mendekati anak muda di akar umbi menerusi pelbagai pendekatan program, aktiviti, dan gerak kerja yang memberi kefahaman,” jelas Edwin.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap kerajaan negeri hari ini yang disifatkan tidak meminggirkan luar bandar, khususnya dari segi peningkatan pendapatan rakyat dalam sektor pertanian, perikanan dan pelancongan.
Rakannya, Dean Daryl Peter, turut memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur sebagai bukti kesungguhan kerajaan yang perlu dijelaskan kepada belia.

“Saya nampak banyak pembangunan seperti naik taraf jalan gravel ke konkrit, pembinaan jeti awam dan rumah SMJ. Ini semua membawa manfaat nyata kepada rakyat luar bandar,” katanya.

Beliau menegaskan, usaha mendidik pengundi muda harus diteruskan agar mereka memahami keperluan kesinambungan dasar dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen semata-mata.

“Peranan kami dalam sayap Pemuda adalah beri kefahaman tentang politik kepartian dan pentingnya laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/anak-muda-pemacu-masa-depan-politik-sabah/feed/ 0 77984
PRN17 Sabah: Gagasan Rakyat sandarkan harapan kepada anak muda Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/26/prn17-sabah-gagasan-rakyat-sandarkan-harapan-kepada-anak-muda-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/prn17-sabah-gagasan-rakyat-sandarkan-harapan-kepada-anak-muda-sabah/#respond Sat, 26 Jul 2025 06:13:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77951
Read Time:2 Minute, 42 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Fairuz Renddan menyifatkan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang sebagai medan paling kritikal untuk anak muda Sabah membuktikan peranan mereka sebagai penentu masa depan negeri bukan semata-mata sebagai calon, tetapi sebagai pengundi yang menentukan hala tuju kepimpinan.

Beliau berkata, kira-kira 60 peratus pengundi pada PRN17 kali ini terdiri daripada golongan muda, satu angka besar yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana parti politik.

“Bukan soal nak jadi calon, tapi semua anak muda kena masuk gelanggang, maksud saya turun mengundi. Kitalah penentu masa depan negeri ini,” katanya kepada Sabah Media semasa Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menurutnya, kesiapsiagaan Pemuda Gagasan Rakyat bagi menghadapi PRN17 kini telah mencapai tahap hampir 90 peratus dengan jentera akar umbi dan program-program mendekati belia telah digerakkan sejak awal tahun ini di seluruh pelosok negeri.

Beliau turut menyeru agar semua jentera Pemuda terus mengekalkan momentum dan semangat tinggi serta menjiwai mood pilihan raya bagi memperhebatkan lagi gerak kerja di kawasan masing-masing.

Mengulas mengenai prestasi kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Fairuz berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sahaja berjaya memacu pembangunan ekonomi dan fizikal, malah turut memberi penekanan besar kepada aspek pendidikan dan kebajikan rakyat.

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk bantuan menyeluruh kepada pelajar daripada peringkat bayi baru lahir hingga ke sekolah menengah, penambahan nilai biasiswa, sokongan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelbagai bentuk bantuan menerusi agensi dan jabatan pendidikan.

“Presiden (Ketua Menteri) pernah menegaskan bahawa pendidikan adalah keutamaan beliau, dan itu memang terbukti melalui dasar serta bantuan yang kita lihat hari ini,” katanya.

Tambahnya, termasuk Kementerian Belia dan Sukan juga sentiasa mengiktiraf pencapaian anak muda Sabah dalam bidang sukan, termasuk menambah ganjaran pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) daripada RM5,000 kepada RM10,000 tahun lalu.

“Kerajaan hari ini bukan hanya membantu atlet untuk keluar dari negeri ini bertanding, tapi juga sediakan insentif dan sokongan yang jauh lebih besar daripada sebelum ini,” ujarnya.

Fairuz yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah turut menyatakan keyakinan bahawa GRS wajar diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir Sabah bagi memastikan kelangsungan perancangan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang baharu bermula selepas pandemik.

“Tempoh sebenar pelaksanaan dasar-dasar ini hanya bermula selepas dua tahun pertama kerana kita semua fokus kepada keselamatan dan kebajikan rakyat sewaktu COVID-19. Selepas itu barulah kita dapat laksana apa yang dirancang,” katanya.

Menurut beliau, terlalu banyak pencapaian dicapai dalam masa singkat ini, dan Sabah masih memerlukan kesinambungan pentadbiran agar perancangan yang telah disusun tidak terhenti separuh jalan.

“Saya yakin rakyat boleh menilai sendiri dan melihat dengan jelas usaha yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Bagi saya, tidak salah kalau rakyat beri peluang sekali lagi kepada GRS,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan menghadapi PRN, Fairuz berkata mana-mana parti pun pasti yakin akan menang, namun beliau melihat GRS mempunyai kekuatan tersendiri kerana kerajaan hari ini tidak hanya memfokuskan satu golongan, sebaliknya menyantuni semua lapisan masyarakat.

“Inilah kerajaan yang kita mahukan kerajaan yang fikir dari atas sampai ke bawah. Saya yakin dengan sentimen semasa dan pencapaian yang ada, GRS mampu kekalkan kedudukannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/prn17-sabah-gagasan-rakyat-sandarkan-harapan-kepada-anak-muda-sabah/feed/ 0 77951
Pengaruh media sosial berpotensi hakis semangat patriotik, jiwa merdeka dalam kalangan anak muda https://sabahmedia.com/2024/09/13/pengaruh-media-sosial-berpotensi-hakis-semangat-patriotik-jiwa-merdeka-dalam-kalangan-anak-muda/ https://sabahmedia.com/2024/09/13/pengaruh-media-sosial-berpotensi-hakis-semangat-patriotik-jiwa-merdeka-dalam-kalangan-anak-muda/#respond Fri, 13 Sep 2024 07:34:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60574
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Pengaruh media sosial yang kini terus berleluasa selain semakin pesat membangun dilihat berpotensi untuk menghakis semangat patriotik dan jiwa merdeka dalam kalangan anak muda.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata ia menjadi satu cabaran guru pada masa kini untuk mendidik generasi muda agar tidak melupakan sejarah perjuangan tokoh dahulu serta maksud jiwa Merdeka melalui pendidikan holistik. 

Katanya, aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah merupakan satu usaha bagi melahirkan generasi muda dengan elemen kemampanan, kesejahteraan, dan kelakuan dalam kehidupan seharian. 

“Kalau kita lihat program sebegini adalah sangat penting diadakan di seluruh sekolah, bukan hanya disini tapi diseluruh sekolah lain.

“Ini kerana, disinilah kita dapat memupuk semangat perpaduan, kebersatuan di dalam kalangan pelajar kerana kalau kita lihat dalam konteks kemerdekaan ini sangat penting khususnya dalam mengutamakan perpaduan, jadi konsep inilah perlu diadakan di peringkat sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini hari ini.

Mohammad Arif  berkata, ibubapa juga perlu sentiasa bersama dengan pihak sekolah untuk mendidik dan membimbing anak mereka untuk menyemai semangat kemerdekaan. 

“Semoga dengan adanya program dan aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada semua khususnya para murid.

“Generasi madani diharapkan  dapat mencerminkan prinsip keadilan, kesejahteraan dan perpaduan sosial supaya generasi muda ini lebih bertanggungjawab dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Dalam majlis itu, Bank Rakyat Berhad turut menyumbang zakat kepada lebih murid berkeperluan. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/13/pengaruh-media-sosial-berpotensi-hakis-semangat-patriotik-jiwa-merdeka-dalam-kalangan-anak-muda/feed/ 0 60574
Enam saintis muda wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71  https://sabahmedia.com/2022/06/26/enam-saintis-muda-wakil-malaysia-di-mesyuarat-nobel-laureate-ke-71/ https://sabahmedia.com/2022/06/26/enam-saintis-muda-wakil-malaysia-di-mesyuarat-nobel-laureate-ke-71/#respond Sun, 26 Jun 2022 03:52:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=17543
Read Time:1 Minute, 23 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Enam saintis muda negara diberi pengiktirafan mewakili Malaysia pada Mesyuarat Nobel Laureate ke-71 di Lindau, Jerman bermula hari ini hingga 1 Julai.

Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM) Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail berkata mereka ialah Dr Enis Nadia Md. Yusof, Dr Goh Choon Fu, Dr Nur Azzalia Kamaruzaman dan Dr Oh Wen Da kesemuanya daripada Universiti Sains Malaysia.

Saintis lain ialah Dr Sazlinda Kamaruzaman (Universiti Putra Malaysia) dan Dr Low May Lee daripada International Medical University Malaysia (IMU).

“Kesemua mereka akan disertai kira-kira 600 saintis muda lain dari seluruh dunia pada mesyuarat yang kini dilaksanakan secara fizikal selepas 2021 yang dilakukan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Malaysia menerusi ASM menghantar 81 saintis muda untuk mengambil bahagian pada mesyuarat itu sejak 2004.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan adalah satu platform terbaik kepada saintis muda yang juga peneraju sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik negara, bagi membina jaringan bersama saintis terbaik di peringkat antarabangsa. 

“Selain dapat bertemu dengan penerima Anugerah Nobel daripada pelbagai disiplin sains, mesyuarat ini memperkenalkan penyelidikan saintis muda kita kepada mereka dan seterusnya mungkin membuka peluang untuk bekerjasama dengan saintis berkenaan di makmal bertaraf dunia,” katanya. 

Mesyuarat Nobel ke-71 tahun ini didedikasikan untuk bidang kimia.

Dianggarkan sejumlah 35 pemenang Anugerah Nobel akan menyertai mesyuarat itu dengan membentangkan penyelidikan serta berkongsi pengalaman mereka bersama semua peserta.

Pencalonan wakil Malaysia bagi Mesyuarat Nobel itu dibuka kepada semua saintis muda institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara setiap tahun yang dikendalikan oleh ASM iaitu agensi seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/06/26/enam-saintis-muda-wakil-malaysia-di-mesyuarat-nobel-laureate-ke-71/feed/ 0 17543