Anak Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Sep 2026 02:13:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anak Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anak Sabah wakili Malaysia ke program kepimpinan IATSS Forum di Jepun https://sabahmedia.com/2026/09/09/anak-sabah-wakili-malaysia-ke-program-kepimpinan-iatss-forum-di-jepun/ https://sabahmedia.com/2026/09/09/anak-sabah-wakili-malaysia-ke-program-kepimpinan-iatss-forum-di-jepun/#respond Wed, 09 Sep 2026 11:40:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103118
Read Time:3 Minute, 41 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Anak jati Sabah, Razman Durhan, 27, mencipta pengalaman membanggakan apabila menjadi satu-satunya peserta dari Sabah yang mewakili Malaysia dalam program kepimpinan IATSS Forum di Jepun, Mei lalu.

Razman

https://www.facebook.com/share/v/1923RHiXc8 – video Sabah Media/ Erdie AB Wahid

Pegawai Pelaburan dan Inspektorat Projek Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) itu menyertai program berkenaan selama lapan minggu bersama tiga lagi wakil Malaysia.

Program IATSS Forum yang dianjurkan International Association of Traffic and Safety Sciences (IATSS) itu menghimpunkan golongan profesional muda dari 10 negara Asia dengan matlamat melahirkan pemimpin masa depan yang mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat dan rantau masing-masing.

Razman yang berasal dari Kinabatangan berkata, peluang menyertai program itu bermula selepas beliau mengisi borang permohonan secara dalam talian sebelum melalui proses saringan dan temu duga bersama Jawatankuasa Kebangsaan IATSS Forum Malaysia.

“Alhamdulillah, saya antara calon yang terpilih mengikuti program ini di Jepun. Pengalaman selama lapan minggu banyak membuka perspektif saya mengenai kepimpinan, pembangunan dan cara sesebuah negara menangani cabaran,” katanya ketika ditemui Sabah Media pada Rabu.

Menurutnya, antara pengalaman paling bermakna ialah melihat sendiri tahap kesiapsiagaan Jepun dalam menghadapi bencana alam, khususnya gempa bumi dan tsunami.

Beliau turut mengalami sendiri gempa bumi ketika berada di Jepun yang dilaporkan berukuran 6.9 pada skala Richter.

“Sebagai orang yang pertama kali mengalami gempa bumi, memang agak takut. Tetapi masyarakat di sana kelihatan begitu tenang kerana mereka sudah dididik dan dilatih untuk berdepan situasi seperti itu,” katanya.

Razman berkata, pendidikan kesiapsiagaan bencana yang diterapkan sejak di bangku sekolah memberi gambaran kepadanya mengenai kepentingan membentuk masyarakat yang sentiasa bersedia menghadapi bencana.

Katanya, penggunaan teknologi sistem amaran awal turut menarik perhatiannya apabila makluman kecemasan dapat disampaikan terus kepada peranti orang ramai tanpa memerlukan aplikasi khusus.

“Apabila gempa berlaku, kita menerima notifikasi terus pada peranti. Sistem sebegini menunjukkan bagaimana teknologi dan kesiapsiagaan masyarakat digabungkan bagi mengurangkan risiko,” katanya.

Menurut Razman, pengalaman itu memberi gambaran bahawa Sabah juga boleh terus memperkukuh sistem sedia ada dengan memanfaatkan teknologi serta meningkatkan kerjasama antara kerajaan dan masyarakat.

“Perbezaannya memang ketara, tetapi ia sesuatu yang boleh kita pelajari. Kita perlu melihat apa yang sesuai untuk diaplikasikan di Sabah dan bagaimana kita boleh terus mengejar kemajuan teknologi seperti yang digunakan di Jepun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara paling penting yang dibawa pulang bukan hanya berkaitan teknologi, sebaliknya nilai kepimpinan, konsensus serta hubungan rapat antara kerajaan dengan masyarakat.

Razman berkata, pendekatan berasaskan bukti dan data yang sahih perlu diberi perhatian dalam merangka dasar supaya setiap keputusan benar-benar bersesuaian dengan keperluan masyarakat.

“Setiap perancangan perlu berasaskan bukti dan data yang sahih. Pada masa sama, kita perlu membina konsensus dengan komuniti supaya rakyat memahami mengapa sesuatu dasar itu dilaksanakan,” katanya.

Sebagai pegawai Ko-Nelayan, beliau melihat pengalaman itu amat relevan dalam usahanya membantu meningkatkan taraf ekonomi komuniti nelayan di Sabah.

Katanya, antara tanggungjawabnya ialah memastikan projek dan pelaburan yang dibawa masuk mampu memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam meningkatkan pendapatan serta memudahkan urusan nelayan.

“Kita mahu projek yang dibawa masuk benar-benar membantu meningkatkan pendapatan nelayan dan memudahkan urusan mereka. Itu antara sumbangan yang boleh saya lakukan melalui bidang yang saya ceburi,” katanya.

Dalam pada itu, Razman percaya generasi muda perlu mula mempersiapkan diri sebagai pemimpin masa depan.

Katanya, penyertaan dalam IATSS Forum turut memberinya peluang membina jaringan dengan peserta dari pelbagai negara serta memahami perspektif berbeza mengenai kepimpinan, pembangunan dan isu masyarakat.

“Kita berada dalam satu fasa di mana generasi hari ini perlu bersedia untuk memimpin pada masa akan datang. Kita tidak tahu siapa yang akan menjadi pemimpin seterusnya.

“Perubahan sepatutnya bermula daripada diri sendiri. Kita perlu membangunkan diri untuk menjadi pemimpin yang baik sebelum mampu memberi manfaat kepada orang di sekeliling,” katanya.

Beliau turut menggalakkan lebih ramai anak muda Sabah merebut peluang menyertai IATSS Forum pada tahun depan.

“Saya mengalu-alukan rakan-rakan dari Sabah untuk tampil dan terlibat dalam program IATSS Forum. Ini peluang yang sangat baik untuk kita keluar daripada zon selesa, membina keyakinan dan membawa perspektif Sabah ke peringkat antarabangsa.

“Jangan fikir tentang diri sendiri sahaja. Kita perlu mula cakna terhadap kepimpinan, masyarakat dan kepentingan negeri Sabah,” katanya.

Untuk rekod, IATSS Forum merupakan program pembangunan kepimpinan antarabangsa yang memberi penekanan kepada pembelajaran bersama, pembangunan kemahiran, kajian lapangan dan pemahaman terhadap isu sosial serta pembangunan mampan.

Permohonan bagi program IATSS Forum 2027 kini dibuka sehingga 30 September 2026, dengan dua sesi lapan minggu masing-masing dijadualkan pada Mei hingga Julai dan September hingga November 2027.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/09/anak-sabah-wakili-malaysia-ke-program-kepimpinan-iatss-forum-di-jepun/feed/ 0 103118
Kerajaan Negeri pastikan akses pendidikan untuk semua anak Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/25/kerajaan-negeri-pastikan-akses-pendidikan-untuk-semua-anak-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/25/kerajaan-negeri-pastikan-akses-pendidikan-untuk-semua-anak-sabah/#respond Sun, 25 Jan 2026 02:54:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90366
Read Time:1 Minute, 17 Second

TAMPARULI: Kerajaan Negeri komited untuk memastikan tiada anak Sabah, khususnya daripada kumpulan B40, tercicir dalam mendapatkan akses kepada peluang pendidikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 sebelum ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk bantuan persekolahan dan biasiswa bagi menyokong proses pembelajaran serta merapatkan jurang pendidikan.

“Inisiatif bantuan pendidikan ini akan diteruskan di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya pada majlis penyampaian cermin mata kepada murid sekolah oleh Sabah Electricity sempena program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di SK Tamparuli di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai.

“Sehubungan itu, saya ingin menegaskan bahawa semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya kumpulan B40.

“Sumbangan kepada masyarakat bukan sekadar satu pilihan, tetapi merupakan satu tanggungjawab selaras dengan mandat penubuhan GLC itu sendiri.

“Saya mahu setiap GLC terus melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat yang berimpak tinggi, berfokus dan mampan, khususnya dalam memperkasa pendidikan, kebajikan serta pembangunan modal insan rakyat Sabah,” katanya.

Selain itu, Hajiji berkata setiap inisiatif yang dilaksanakan akan dipantau secara telus dan sistematik, dengan laporan berkala dikemukakan kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan keberkesanan dan akauntabiliti program.

“Pendekatan holistik yang mengimbangi prestasi operasi, kelestarian kewangan dan tanggungjawab sosial adalah selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri di bawah Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya.

Ketua Menteri turut menasihati para penerima sumbangan CSR agar menjadikan bantuan tersebut sebagai motivasi untuk terus berusaha dan kekal fokus dalam pelajaran mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/25/kerajaan-negeri-pastikan-akses-pendidikan-untuk-semua-anak-sabah/feed/ 0 90366
KM mahu lebih ramai anak Sabah sandang jawatan tinggi di Persekutuan https://sabahmedia.com/2026/01/23/km-mahu-lebih-ramai-anak-sabah-sandang-jawatan-tinggi-di-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2026/01/23/km-mahu-lebih-ramai-anak-sabah-sandang-jawatan-tinggi-di-persekutuan/#respond Fri, 23 Jan 2026 05:19:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90215
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap lebih ramai anak Sabah yang berkelayakan dapat menyandang jawatan-jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam Persekutuan, termasuk di Putrajaya.

Beliau berkata, anak Sabah perlu bersikap lebih terbuka dan bersedia menerima penempatan di luar negeri ini, termasuk di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, bagi memastikan penyertaan yang lebih seimbang dalam pentadbiran Persekutuan.

“Anak-anak Sabah yang berkelayakan perlu menolak stigma tidak mahu bertugas di luar Sabah. Banyak jawatan kosong dalam perkhidmatan Persekutuan ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia dan telah dipohon oleh anak Sabah.

“Apabila ditawarkan jawatan, termasuk jawatan tinggi, walaupun penempatan di Semenanjung, mereka perlu menerimanya supaya lebih ramai anak Sabah dapat berkhidmat dan menyumbang dalam jabatan-jabatan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi SPA Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Hajiji berkata, penglibatan lebih ramai anak Sabah dalam perkhidmatan awam Persekutuan bukan sahaja membuka peluang pembangunan kerjaya, malah dapat memperkukuh kefahaman serta penyertaan rakyat Sabah dalam sistem pentadbiran negara secara menyeluruh.

Sementara itu, Dr Ahmad Jailani dalam taklimatnya memaklumkan bahawa trend permohonan anak Sabah untuk menyertai perkhidmatan awam Persekutuan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata, secara purata kira-kira 2,000 anak Sabah dilantik ke dalam perkhidmatan awam Persekutuan setiap tahun, khususnya untuk berkhidmat di negeri ini.

Menurutnya, bagi memudahkan urusan pengambilan dan temu duga, SPA Malaysia akan membuka sebuah lagi pusat temu duga baharu di Sabah tahun ini, iaitu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keningau..

“Ketika ini, pusat temu duga SPA di Sabah terletak di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Ketua Menteri mengenai pelaksanaan program ‘outreach’ SPA di Sabah, termasuk penglibatan dalam Kampung Angkat MADANI, selain jalinan kerjasama dan hubungan rapat yang berterusan antara SPA Malaysia dan SPA Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/23/km-mahu-lebih-ramai-anak-sabah-sandang-jawatan-tinggi-di-persekutuan/feed/ 0 90215
Anak Sabah, saintis Malaysia pertama buat penyelidikan di Antartika https://sabahmedia.com/2023/03/10/anak-sabah-saintis-malaysia-pertama-buat-penyelidikan-di-antartika/ https://sabahmedia.com/2023/03/10/anak-sabah-saintis-malaysia-pertama-buat-penyelidikan-di-antartika/#respond Fri, 10 Mar 2023 05:50:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30611
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan tahniah kepada anak kelahiran Ranau, Profesor Dr Justin Sentian sebagai saintis Malaysia pertama yang menjalankan penyelidikan musim sejuk di Antartika.

Ketua Menteri berkata, ia adalah detik yang membanggakan bagi semua rakyat Sabah kerana Dr Justin juga akan mengibarkan bendera Sabah, di samping bendera kebangsaan sepanjang tempoh program penyelidikan Musim Sejuk selama enam bulan bermula 15 Mac di Stesen Pangkalan Profesor Julio Escudero di Pulau King George, Antartika.

“Ia amat bermakna dan saya pasti semua rakyat Sabah dan Malaysia akan berbangga dengan Prof Dr Justin Sentian. Semoga berjaya,” kata Hajiji selepas menyerahkan bendera Negeri kepada Dr Justin di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Saintis atmosfera kutub dari Fakulti Sains dan Sumber Asli Universiti Malaysia Sabah itu akan menjalankan penyelidikannya bertajuk “Tropospheric Ozone and Halocarbons Variations in the Antarctic Peninsula Under Extreme Weather Conditions” berkata: “Antartik adalah titik yang baik dan tepat untuk memerhatikan perubahan iklim, antara lain. Variasi
menyatakan akan ada kesan rama-rama di seluruh dunia,” katanya.

“Saya berbangga untuk berkongsi peluang hebat ini sebagai saintis Malaysia pertama yang membawa bendera kita ke Antartika. Saya berharap isyarat simbolik ini akan memberi motivasi kepada penyelidik lain, terutamanya generasi yang lebih muda di Sabah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang, khususnya sains.

Penyelidikan Dr Justin dengan kerjasama Universiti Santiago, Chile sebahagiannya dibiayai oleh geran penyelidikan daripada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) selama tiga tahun bermula pada 2023.

Ini bukan penyelidikan pertama Dr Justin di Antartika. Dia berada di sana dalam program penyelidikan Musim Panas selama tiga bulan pada 2018.

Kerjasama penyelidikan dengan Universiti Santiago adalah untuk meningkatkan pembinaan kapasiti penyelidikan, khususnya mengenai pemodelan kimia atmosfera dan rangkaian penyelidikan akademik dan saintifik di peringkat antarabangsa.

YPASM akan mengadakan majlis pelepasan Dr Justin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 19 Mac ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/10/anak-sabah-saintis-malaysia-pertama-buat-penyelidikan-di-antartika/feed/ 0 30611