Anak tiri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Oct 2025 09:48:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anak tiri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki dipenjara 12 tahun, 2 sebat lakukan amang seksual terhadap anak tiri https://sabahmedia.com/2025/10/15/lelaki-dipenjara-12-tahun-2-sebat-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-tiri/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/lelaki-dipenjara-12-tahun-2-sebat-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-tiri/#respond Wed, 15 Oct 2025 09:48:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83352
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki Pakistan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri yang merupakan warga tempatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 44 tahun selepas memutuskan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal tterhadap anak tirinya yang berusia 11 tahun kira-kira jam 1 pagi pada 29 Dis 2022 di sebuah kampung dalam daerah Penampang.

Tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Semasa rayuan, tertuduh, yang diwakili peguam Edward Paul, meminta agar mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara yang lama, kerana tertuduh ingin membuka lembaran baru dan bersatu semula dengan keluarganya di Pakistan setelah selesai menjalani hukuman.

Menurut Edward, tertuduh berasal dari Pakistan, meninggalkan keluarganya di Pakistan untuk mencari pekerjaan di Sabah. Tambahnya, tertuduh mempunyai seorang isteri dan tujuh anak di Pakistan.

“Dia menyesal dengan apa yang telah dilakukannya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama lagi,” kata Edward.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat dengan mengambil kira mangsa adalah anak tiri tertuduh.

Fazriel berkata, kes itu melalui perbicaraan penuh sebelum sabitan, yang menunjukkan tertuduh tidak menunjukkan penyesalan yang sebenar.

Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil lima saksi, manakala pihak pembelaan memanggil dua saksi, termasuk tertuduh sendiri.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai hukumannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/lelaki-dipenjara-12-tahun-2-sebat-lakukan-amang-seksual-terhadap-anak-tiri/feed/ 0 83352
Lelaki rogol anak tiri dipenjara 21 tahun, 12 sebatan https://sabahmedia.com/2025/06/13/lelaki-rogol-anak-tiri-dipenjara-21-tahun-12-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/06/13/lelaki-rogol-anak-tiri-dipenjara-21-tahun-12-sebatan/#respond Fri, 13 Jun 2025 10:37:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75490
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 21 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah merogol anak tirinya.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 46 tahun selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Lelaki itu didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun pada jam 1.57 petang, 30 Disember 2021, di sebuah rumah di Inanam.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan, namun permohonan lelaki itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dibenarkan.

Mahkamah turut mengarahkan lelaki itu diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun serta menjalani sesi kaunseling pemulihan sepanjang tempoh tahanan.

Semasa perbicaraan, tujuh saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Peguam Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip yang baru dilantik oleh tertuduh pada hari keputusan, merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman minimum dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama lelaki itu.

Menurut Nurul, lelaki berkenaan telah memohon maaf kepada anak tiri serta ahli keluarganya, selain tetap melaksanakan tanggungjawab menyara isteri dan mangsa.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh.

Nurul Shafeerah berkata tertuduh telah membuang masa mahkamah kerana perbicaraan berlarutan begitu lama dan saksi-saksi yang dibawa oleh tertuduh juga tidak relevan sekali gus melambatkan proses perbicaraan.

Nurul Shafeerah menambah, walaupun tertuduh telah memohon maaf, trauma yang dialami mangsa akan kekal menjadi sejarah hitam dalam hidupnya.

Beliau menegaskan bahawa hukuman berat perlu dikenakan sebagai pengajaran dan pencegahan kerana undang-undang harus melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk jenayah seksual.

“Undang-undang diwujudkan untuk melindungi kanak-kanak bawah umur 16 tahun daripada eksploitasi seksual oleh individu berpengaruh ke atas mereka atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa, sebab itu Seksyen 376(3) memperuntukkan hukuman minimum penjara lapan tahun,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/13/lelaki-rogol-anak-tiri-dipenjara-21-tahun-12-sebatan/feed/ 0 75490
Polis tahan lelaki warga asing, kes rogol anak tiri berusia 15 tahun https://sabahmedia.com/2024/11/29/polis-tahan-lelaki-warga-asing-kes-rogol-anak-tiri-berusia-15-tahun/ https://sabahmedia.com/2024/11/29/polis-tahan-lelaki-warga-asing-kes-rogol-anak-tiri-berusia-15-tahun/#respond Fri, 29 Nov 2024 02:12:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64584
Read Time:1 Minute, 6 Second

TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes rogol anak tirinya berumur 15 tahun di kawasan perkampungan, di Kalabakan semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum tampil membuat laporan Polis.

Katanya, mangsa sebelum itu mengadu sakit perut telah dihantar ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tawau, pagi Selasa lalu.

Menurutnya, mangsa telah menceritakan perbuatan terkutuk itu kepada ibu saudaranya setelah pihak hospital memaklumkan tahap kesihatan mangsa kepadanya.

“Berdasarkan siasatan awal, perbuatan tersebut berlaku sejak mangsa yang berusia 11 tahun sehingga yang terbaru pada bulan lalu di rumahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata sepasukan Polis dari Balai Polis Kalabakan yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Kalabakan telah memberkas seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun pada jam 12.30 tengahari di sekitar kawasan Kampung Murut, Kalabakan kerana dipercayai terlibat dengan kes berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan. Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

“Pihak polis menyeru kepada orang ramai agar memainkan peranan dan melaporkan sebarang tanda-tanda penderaan seksual bagi melindungi golongan yang lemah, terutama kanak-kanak dan remaja, daripada menjadi mangsa keganasan seksual,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/29/polis-tahan-lelaki-warga-asing-kes-rogol-anak-tiri-berusia-15-tahun/feed/ 0 64584
Bapa cabul anak tiri berusia 6 tahun, dihukum penjara 10 tahun, 3 sebatan https://sabahmedia.com/2024/11/27/bapa-cabul-anak-tiri-berusia-6-tahun-dihukum-penjara-10-tahun-3-sebatan/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/bapa-cabul-anak-tiri-berusia-6-tahun-dihukum-penjara-10-tahun-3-sebatan/#respond Wed, 27 Nov 2024 09:19:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64519
Read Time:1 Minute, 0 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mencabul anak tirinya kanak-kanak perempuan berusia enam tahun antara bulan November 2023 dan 13 November 2024.

Tertuduh berusia 24 tahun membuat pengakuan bersalah itu dihadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal.

Menurut fakta kes pertuduhan, tertuduh yang juga merupakan bapa tiri mangsa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa antara bulan November 2023 sehingga 13 November 2024.

Berikutan daripada kejadian itu pengadu iaitu nenek mangsa berusia 62 tahun telah membuat laporan polis pada 5 November 2024 jam 9 malam.

Pada 13 November 2024 jam 5.45 pagi bertempat di di sebuah rumah tidak bernombor, Jalan Seguntor, Batu 10, Sandakan, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah menangkap seorang lelaki kerana disyaki terlibat didalam kes yang disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bersabit laporan Sandakan/018323/24. Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/bapa-cabul-anak-tiri-berusia-6-tahun-dihukum-penjara-10-tahun-3-sebatan/feed/ 0 64519