ancaman keselamatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 Oct 2025 08:00:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ancaman keselamatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penularan berita ancaman keselamatan di Ranau dalam siasatan https://sabahmedia.com/2025/10/31/penularan-berita-ancaman-keselamatan-di-ranau-dalam-siasatan/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/penularan-berita-ancaman-keselamatan-di-ranau-dalam-siasatan/#respond Fri, 31 Oct 2025 08:00:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84583
Read Time:45 Second

RANAU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penularan sebuah hantaran di media sosial yang mendakwa wujud ancaman keselamatan melibatkan kehadiran ‘pengait’ di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang ancaman keselamatan berlaku dan keadaan di Ranau adalah terkawal serta selamat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi sebelum menyebarkan maklumat di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, aktiviti harian penduduk berjalan seperti biasa dan pihak berkuasa sentiasa bersiap siaga memastikan keselamatan awam terpelihara.

“Kami menghargai keprihatinan masyarakat dan menyeru agar semua pihak kekal tenang serta terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menjaga keharmonian dan keselamatan bersama,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang insiden mencurigakan, kegiatan jenayah, salah laku atau dadah diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di talian 088-875222 atau melaporkannya di balai polis terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/penularan-berita-ancaman-keselamatan-di-ranau-dalam-siasatan/feed/ 0 84583