Andi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 May 2025 09:48:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Andi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perlu perkasa sektor berpotensi untuk bantu usahawan bersaing global -Andi https://sabahmedia.com/2025/05/10/perlu-perkasa-sektor-berpotensi-untuk-bantu-usahawan-bersaing-global-andi/ https://sabahmedia.com/2025/05/10/perlu-perkasa-sektor-berpotensi-untuk-bantu-usahawan-bersaing-global-andi/#respond Sat, 10 May 2025 09:48:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73559
Read Time:55 Second

Oleh Siti Azizah Talata

TAWAU: Semua pihak khususnya kerajaan perlu terus memperkasa sektor ekonomi berpotensi tinggi bagi membolehkan usahawan tempatan bersaing di peringkat global.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, persaingan dalam pasaran hari ini semakin sengit dan menuntut penyesuaian serta sokongan berterusan terhadap pelbagai sektor.

“Dalam dunia yang semakin global dan mencabar ini, kita tidak boleh bergantung kepada satu sumber ekonomi semata-mata.

“Melalui program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), kita memberi tumpuan kepada sektor yang relevan seperti pembuatan, pertanian, perikanan, kraftangan dan pelancongan.

“Langkah ini bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan mengembangkan perniagaan mereka, malah membolehkan mereka memasarkan produk berkualiti tinggi ke pasaran yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri peringkat Borneo Tahun 2025 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Andi menyeru warga Tawau agar terus menyokong produk tempatan sebagai usaha memperkasa usahawan setempat.

“Dengan sokongan rakyat, kita bukan sahaja membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan, tetapi turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi mereka,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/10/perlu-perkasa-sektor-berpotensi-untuk-bantu-usahawan-bersaing-global-andi/feed/ 0 73559
Pemimpin Muda Perlu Kuasai Kemahiran Pengucapan Awam – Andi https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/#respond Tue, 14 Dec 2021 02:41:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9852
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam yang melibatkan para pimpinan mahasiswa/pelajar Sabah, pemimpin/aktivis belia dan badan bukan kerajaan (NGO) serta para penggiat media sosial bertempat di Hotel Palace dekat sini.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Disember hingga 14 Disember 2021 dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Andi Muhamad Suryady Bandy.

Andi dalam ucapan perasmiannya berkata, para pimpinan belia, NGO, pelajar, mahasiswa dan penggiat media sosial merupakan pemimpin di peringkat akar umbi yang perlu memiliki dan menguasai kemahiran dan seni pengucapan awam bagi memudahkan mereka menyampaikan setiap dasar dan polisi kerajaan bagi memastikan rakyat bukan sahaja memahami malah mendapat manfaat daripadanya.

Beliau turut berharap para peserta dapat terus mempraktikkan ilmu yang diperolehi melalui bengkel tersebut dengan mencari platform seperti forum, wacana, syarahan, dialog dan sebagainya.

Terdahulu, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim, dalam ucapannya menyatakan bengkel yang diadakan merupakan sebahagian daripada usaha IKRAR untuk mendekati rakyat khususnya anak muda bagi menyemarakkan lagi kebersamaan antara kerajaan dan rakyat.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Roslie Hussien, seorang fasilitator yang berpengalaman dalam bidang pengucapan awam, komunikasi dan kepimpinan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/feed/ 0 9852