anggota Bomba – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Mar 2023 09:57:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anggota Bomba – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggota Bomba cedera terkena renjatan elektrik semasa operasi https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/ https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/#respond Thu, 23 Mar 2023 09:57:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31336
Read Time:52 Second

PAPAR: Seorang anggota Bomba mengalami kecederaan terkena renjatan elektrik semasa melakukan operasi pemadaman api dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Sabok Kinarut dekat sini tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengahari itu, mangsa Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mohd Qayyum Hamzah, 26, terkena renjatan elektrik dan mengalami cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, berkata anggota yang cedera adalah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Papar menggunakan jentera Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 12.08 tengahari tadi (23 Mac).

“Setiba pasukan Bomba dari BBP Papar mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal telah terbakar 90 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan sumber air dari jentera.

“Bagaimanapun operasi terkawal pada jam 12:37 tengahari dan sebaik sahaja memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.20 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/feed/ 0 31336
6 buah rumah terbakar, anggota Bomba terjatuh dari bumbung cuba padam api https://sabahmedia.com/2022/12/31/6-buah-rumah-terbakar-anggota-bomba-terjatuh-dari-bumbung-cuba-padam-api/ https://sabahmedia.com/2022/12/31/6-buah-rumah-terbakar-anggota-bomba-terjatuh-dari-bumbung-cuba-padam-api/#respond Sat, 31 Dec 2022 12:17:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27216
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota Bomba terjatuh dari bumbung rumah semasa cuba memadamkan api dalam satu kebakaran melibatkan enam buah rumah teres di Sunny Garden dekat sini, petang tadi. (31 Dis)

Pasukan Bomba cuba memadam api dalam satu kejadian kebakaran melibatkan enam buah rumah di Sunny Garden petang tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 2.36 petang tadi (31 Disember 2022).

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah teres jenis separuh kekal berukuran 30X40 kaki setiap rumah.

“Sebuah rumah terbakar 90 peratus, empat buah rumah terbakar 50 peratus dan sebuah rumah terbakar 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran melalui sumber air dari tangki jentera dan pili Bomba berhampiran.

“Terdapat seorang anggota Bomba terjatuh dari bumbung semasa membuat pemadaman namun tidak menghadapi sebarang kecederaan.

“Seterusnya anggota (mangsa) berumur 43 tahun itu dihantar ke hospital menggunakan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Mangsa dalam keadaan stabil.

“Operasi terkawal pada jam 3 petang dan operasi ditamatkan pada jam 4.36 petang tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/31/6-buah-rumah-terbakar-anggota-bomba-terjatuh-dari-bumbung-cuba-padam-api/feed/ 0 27216