Anggota kerja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Sep 2025 12:29:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anggota kerja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jenazah anggota kerja Sabah Electricity ditemui https://sabahmedia.com/2025/09/18/jenazah-anggota-kerja-sabah-electricity-ditemui/ https://sabahmedia.com/2025/09/18/jenazah-anggota-kerja-sabah-electricity-ditemui/#respond Thu, 18 Sep 2025 12:25:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81577
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity mengesahkan penemuan jenazah seorang anggota kerjanya yang dihanyutkan arus deras ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Kampung Tuntunan, Apin-Apin pada 16 September lalu.

Menerusi satu kenyataan media Sabah Electricity hari ini, memaklumkan mangsa, Masedeh Rosmin, 35, ditemui pada jam 6.18 petang tadi (18 Sept) di Sungai Liau, Kampung Laut oleh pasukan penyelamat Team Gelen Star sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Sabah Electricity amat berdukacita dengan kehilangan ini dan merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada keluarga arwah,” kata kenyataan itu.

Syarikat berkenaan turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam misi pencarian dan penyelamatan, khususnya Team Gelen Star, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta anggota kerja Sabah Electricity sendiri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/18/jenazah-anggota-kerja-sabah-electricity-ditemui/feed/ 0 81577