anggota penguatkuasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Jul 2023 09:14:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anggota penguatkuasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPRM tahan tiga individu termasuk anggota penguatkuasa https://sabahmedia.com/2023/07/14/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-anggota-penguatkuasa/ https://sabahmedia.com/2023/07/14/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-anggota-penguatkuasa/#respond Fri, 14 Jul 2023 09:14:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38233
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguatkuasa kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.

Sumber berkata, suspek berusia 35 tahun yang bertugas di Tawau dipercayai bersubahat dengan dua lelaki berusia antara 40 hingga lewat 50-an yang bertindak sebagai orang tengah bagi melepaskan warganegara asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ditahan ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 6 petang, semalam.

Beliau berkata, warga Indonesia terbabit yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dipercayai keluar dari daerah Tawau ke Kuala Lumpur tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, semua suspek akan ditahan selama 24 jam bagi tujuan siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/14/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-anggota-penguatkuasa/feed/ 0 38233