Anggota polis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Mar 2023 13:03:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anggota polis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggota polis dituduh kes rasuah di Sandakan https://sabahmedia.com/2023/03/21/anggota-polis-dituduh-kes-rasuah-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2023/03/21/anggota-polis-dituduh-kes-rasuah-di-sandakan/#respond Tue, 21 Mar 2023 13:03:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31241
Read Time:1 Minute, 20 Second

SANDAKAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, pada Selasa atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,500 pada 30 Jun 2021.

Tertuduh, Mohd Razif Hashim, 30, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Anak Juga.

Menurut pertuduhan, pada 30 Jun 2021 jam lebih kurang 11.30 pagi, bertempat di dalam kereta Proton Saga di kawasan berhampiran Pasar Bandar Sibuga Jaya, Batu 8, di dalam Daerah Sandakan, tertuduh telah menerima suapan iaitu wang tunai sebanyak RM3,500.00 daripada Said Shah sebagai dorongan untuk tertuduh memulangkan semula barang-barang milik Said Shah iaitu sebuah motosikal Honda Wave Dash, buku-buku hutang dan dua buah pasport milik Said Shah yang telah tertuduh rampas dalam kejadian langgar pada 27 Jun 2021.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Mohd Razif boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan
didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Rekhraj Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.00 (Deposit RM2,000.00) serta seorang penjamin tempatan.

Manakala tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta dikehendaki melapor diri di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan setiap dua bulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

18 Mei ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/21/anggota-polis-dituduh-kes-rasuah-di-sandakan/feed/ 0 31241
186 anggota dan pegawai polis memantau proses penamaan calon di Semporna https://sabahmedia.com/2022/11/05/186-anggota-dan-pegawai-polis-memantau-proses-penamaan-calon-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2022/11/05/186-anggota-dan-pegawai-polis-memantau-proses-penamaan-calon-di-semporna/#respond Sat, 05 Nov 2022 06:18:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=23979
Read Time:1 Minute, 12 Second

SEMPORNA: Seramai 186 anggota dan pegawai polis bertugas memastikan kelancaran proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen P.189 Semporna dan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.66 Bugaya di Dewan Masyarakat Semporna.

Ketua Polis Daerah, Supt. Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, anggota dan pegawai telah mula bersedia seawal jam 3 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna sebelum ke lokasi bermula jam 5 pagi.

Tinjauan media di lokasi menyaksikan calon yang hadir untuk proses penamaan calon mula berkumpul bersama penyokong seawal jam 7.30 pagi dan mula memasuki dewan penamaan pada jam 9 pagi.

Parlimen P.189 Semporna merekodkan sebanyak 72,169 pemilih berdaftar menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Nixon Abdul Habi (GRS-BERSATU), Arastam Im Pandorog (PH-PKR) dan Ab Rajik Rajak Hamid (Pejuang) dan penyandang kerusi Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN).

Kesemua penyokong parti yang hadir berada 50 meter dari pusat penamaan.

Manakala N.66 Bugaya pula merekodkan 32,761 pemilih berdaftar menyaksikan pertembungan tujuh penjuru iaitu Jamil Hamzah (WARISAN), Abd Aziz Mohd Ibno (BN-UMNO), Nazmahwati Walli (Parti Bangsa Malaysia), Arastam Im Pandorog (PH-PKR), Karil Pg Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), dan Zulfadzli Shi Ahmad (Bebas).

Proses penerimaan borang calon tamat jam 10 pagi dan pengumuman sah calon bertanding telah dilakukan Pengurus Pilihan Raya P.189 Semporna dan N.66 Bugaya, Juraimin Jadil.

Tidak ada insiden buruk berlaku sepanjang proses penamaan calon itu berlangsung dengan semua penyokong parti mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/05/186-anggota-dan-pegawai-polis-memantau-proses-penamaan-calon-di-semporna/feed/ 0 23979