Anggota tentera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 12:46:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anggota tentera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Operasi cari anggota tentera hilang di Pulau Mataking diteruskan https://sabahmedia.com/2025/09/14/operasi-cari-anggota-tentera-hilang-di-pulau-mataking-diteruskan/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/operasi-cari-anggota-tentera-hilang-di-pulau-mataking-diteruskan/#respond Sun, 14 Sep 2025 12:44:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81249
Read Time:1 Minute, 13 Second

SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diteruskan bagi mengesan seorang anggota tentera, Prebet (Pbt) Muhammad Zulkarnain Jaffar dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), yang dilaporkan hilang sejak 12 September lalu ketika bertugas dalam Operasi PASIR di perairan Pulau Mataking.

Operasi pencarian seorang lagi anggota tentera yang masih hilang Pbt Mohammad Zulkarnain diteruskan hari ini. – Foto ihsan ATB 2 Tawau

Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pencarian hari kedua meliputi kawasan seluas 108 batu nautika persegi yang dibahagi kepada 15 sektor.

Operasi disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM) serta ATB 2 sendiri.

Antara aset yang digerakkan ialah kapal KD Sri Johor, bot perintas serta pesawat EC725 dan CN235 MSA.

“Keadaan laut berombak antara 0.5 hingga satu meter dengan angin timur tenggara 10 hingga 20 kilometer sejam, namun operasi tetap dijalankan secara giat pada siang dan malam,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, jenazah seorang lagi anggota tentera, Pbt Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, yang ditemui dalam operasi berkenaan telah diserahkan kepada keluarga dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Toh Puan Rahmah, Kampung Kuala Pari Tengah, Ipoh pada tengah malam tadi. Urusan pengebumian dilaksanakan oleh 5 RAMD.

ATB 2 turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan komitmen untuk meneruskan usaha pencarian sehingga Pbt Muhammad Zulkarnain ditemui.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/operasi-cari-anggota-tentera-hilang-di-pulau-mataking-diteruskan/feed/ 0 81249
Enam anggota tentera bebas tuduhan bunuh rakan sekerja https://sabahmedia.com/2025/04/15/enam-anggota-tentera-bebas-tuduhan-bunuh-rakan-sekerja/ https://sabahmedia.com/2025/04/15/enam-anggota-tentera-bebas-tuduhan-bunuh-rakan-sekerja/#respond Tue, 15 Apr 2025 12:45:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72038
Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini membebaskan enam anggota tentera yang didakwa atas tuduhan membunuh rakan sekerja mereka yang berusia 26 tahun, lima tahun lepas.

Kesemua tertuduh iaitu Mohamad Zaki Gusam, 31, Mohd Farhan Mohd Fudzi, 33, Mohamad Faeszudin Mohamad Jaes, 34, Mohammad Hasrul Faiz Mustaffa, 35, Mohd Borhan Zakaria, 36, dan Muhammad Nazri Mohd Kahar, 29, dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ismail Brahim yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh.

Perbicaraan yang bermula pada 16 Mac 2023 menyaksikan pihak pendakwaan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan sebelum menutup kes pada 17 Januari lalu.

Kesemua tertuduh yang berasal dari Semenanjung didakwa secara bersama membunuh Muhammad Faiz Harun, 26, di Pos Mapan-Mapan, Kampung Mapan-Mapan, Pitas antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi pada 22 Mac 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Peguam Hamid Ismail mewakili Mohamad Zaki, Mohd Farhan dan Mohammad Hasrul, manakala tiga tertuduh lain diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani dan Lovely Natasya Charles.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/15/enam-anggota-tentera-bebas-tuduhan-bunuh-rakan-sekerja/feed/ 0 72038