Anggur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 30 Apr 2025 03:31:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anggur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggur segar ada sisa racun perosak, syarikat didenda RM8,500 https://sabahmedia.com/2025/04/30/anggur-segar-ada-sisa-racun-perosak-syarikat-didenda-rm8500/ https://sabahmedia.com/2025/04/30/anggur-segar-ada-sisa-racun-perosak-syarikat-didenda-rm8500/#respond Wed, 30 Apr 2025 03:31:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72946
Read Time:2 Minute, 22 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat dijatuhi hukuman denda sebanyak RM8,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mengimport “Fresh Grape” (buah anggur segar) yang mengandungi residu racun perosak.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas syarikat Phoenix Series (S) Sdn. Bhd. selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan waran levi dikeluarkan sekiranya Syarikat tersebut gagal membayar denda.

Syarikat tersebut didakwa mengimport makanan “Fresh Grape” yang mengandungi residu racun perosak jenis Chlorpyrifos sebanyak 0.068 mg/kg, yang dikesan pada 7 November 2024 kira-kira jam 11.50 pagi di Kampung Darau, Jalan Tuaran Bypass.

Sebagai pengimport, syarikat berkenaan didapati telah melanggar Peraturan 41(3)(c), Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Peraturan ini menyatakan tiada seorang pun boleh mengimport, menyediakan untuk jualan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi 0.01 miligram atau lebih bagi setiap kilogram apa-apa residu racun perosak, jika racun perosak itu tidak dinyatakan bagi makanan itu dalam Jadual Keenam Belas atau Codex Alimentarius.

Dalam kes ini, kandungan Chlorpyrifos dalam buah anggur segar tersebut iaitu 0.068 mg/kg telah melebihi had yang dibenarkan, iaitu 0.01 mg/kg.

Syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13B(1) dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) di bawah Akta yang sama.

Hukuman bagi Seskyes ini memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika Sabit keselahan.

Menurut fakta kes, pegawai dari Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu telah mengambil sampel buah anggur segar secara rawak, seberat tidak kurang daripada satu kilogram, mengikut Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sampel tersebut kemudiannya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu untuk dianalisis oleh juruanalisis. Pada 11 Disember 2024, laporan Perakuan Juruanalisis dari makmal berkenaan mengesahkan bahawa sampel itu mengandungi Chlorpyrifos pada kadar 0.068 mg/kg.

Semasa rayuan pengarah syarikat berkenaan memohon agar hukuman denda dikurangkan.

Namun, pegawai pendakwa John Raynold Anak Achon meminta hukuman sewajarnya dan berbentuk pengajaran memandangkan kesalahan ini merupakan kesalahan yang serius yang melibatkan kesihatan dan kesejahteraan orang awam.

Jelasnya Chlorpyrifos ialah racun perosak organofosfat yang digunakan secara meluas dalam pertanian untuk mengawal pelbagai serangga dan perosak. la telah menjadi topik tindakan pengawalseliaan dan kebimbangan kesihatan awam kerana potensi kesan buruknya terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.

“Ia boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan orang awam yang terkena pendedahan racun tersebut pada kulit termasuk kebas, kesemutan, gatal-gatal, rasa terbakar, kehilangan kawalan pundi kencing serta sawan.

“Bagi orang awam memakan makanan yang mengandungi lebihan racun tersebut akan menyebabkan ransangan kepada sistem saraf seperti mengalami loya, muntah berpanjangan, sakit perut, dan cirit-birit yang seterusnya tidak sedarkan diri dan koma dan boleh menyebabkan kematian,”katanya sambil menengaskan pentingnya menitikberatkan aspek keselamatan makanan.

Syarikat telah melunaskan hukuman denda tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/30/anggur-segar-ada-sisa-racun-perosak-syarikat-didenda-rm8500/feed/ 0 72946
Hasil Anggur Keluaran Tempatan Miliki Kualiti Tinggi https://sabahmedia.com/2021/12/06/hasil-anggur-keluaran-tempatan-miliki-kualiti-tinggi/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/hasil-anggur-keluaran-tempatan-miliki-kualiti-tinggi/#respond Mon, 06 Dec 2021 11:20:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9417
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAMPARULI: Hasil anggur keluaran tempatan dari JonGrapevines & Figs Garden memiliki kualiti tinggi terutama dari segi saiz dan rasa yang setanding buah diimport.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Datuk Jahid Jahim berkata, JonGrapevines & Figs Garden telah membuktikan hasil tanaman anggurnya mempunyai kualiti yang tinggi, sekali gus menunjukkan bahawa tanaman itu sesuai diusahakan secara komersial di Borneo, khususnya Sabah.

“Ini membuka peluang kepada pengusaha tempatan, terutama mereka yang menceburi bidang pertanian untuk mencuba tanaman anggur sebagai bidang baru yang mempunyai masa depan serta menjanjikan keuntungan,” kata Jahid semasa mengadakan lawatan ke JonGrapevines & Figs Garden di Kampung Bantayan, Tamparuli, sini pada Ahad.

Rombongan KPLBS diketuai oleh Jahid semasa lawatan itu disambut oleh Penasihat Teknik Jongrapevines, Jontih Enghihon, Pengurus, Nonie Bansunin dan Penolong Pengurus, Jonovan Jontih.

Menurut Jontih dalam taklimat beliau, penanaman anggur tersebut dimulakan sebagai hobi di keliling rumah semasa beliau bekerja di Ipoh, Perak pada sekitat tahun 2011-2013. 

Setelah ditukar balik ke Sabah pada 2014, beliau mula menanam fig (buah tin) di keliling rumah selain anggur.

Sekitar 2015 beliau membina Greenhouse yang pertama di kebun beliau di Bantayan, Greehouse ke-2 dalam 2016, Greenhouse ke-3 pada 2017, dan yang ke-4, ke-5 dan ke-6 pada tahun lalu.

Pada 2018 Jon Grapevines dan Figs Garden Enterprise didaftar secara rasminya dan sekali gus menyaksikan permulaan agrotourism yakni kebun itu dibuka kepada pelawat.

Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli turut berpesan kepada para belia agar tidak takut untuk mencuba satu bidang yang baharu, dan menjadikan Jontih sebagai contoh usahawan dan sumber inspirasi untuk berjaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/hasil-anggur-keluaran-tempatan-miliki-kualiti-tinggi/feed/ 0 9417