Angin Kencang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Dec 2024 02:03:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Angin Kencang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas https://sabahmedia.com/2024/12/22/angin-kencang-landa-semporna-35-rumah-dan-20-kenderaan-terjejas/ https://sabahmedia.com/2024/12/22/angin-kencang-landa-semporna-35-rumah-dan-20-kenderaan-terjejas/#respond Sun, 22 Dec 2024 01:58:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65823
Read Time:42 Second

SEMPORNA: Angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Semporna awal pagi tadi (22 Dis) telah menyebabkan 35 rumah dan 20 kenderaan mengalami kerosakan akibat insiden ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian berlaku sekitar jam 6.21 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna segera bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Di Kampung Selamat, sebanyak 20 buah rumah, sebuah masjid, dan lima kenderaan mengalami kerosakan. Sementara itu, di Kampung Seri Aman, 10 rumah dan 15 kenderaan turut terjejas. Secara keseluruhan, 35 rumah dan 20 kenderaan rosak akibat insiden ini.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, dan operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7:38 pagi.

Pemantauan bersama pihak Sabah Electricity juga dilakukan untuk memastikan keselamatan di kawasan yang terjejas, termasuk mengelakkan risiko litar pintas akibat wayar elektrik yang terputus.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/22/angin-kencang-landa-semporna-35-rumah-dan-20-kenderaan-terjejas/feed/ 0 65823
Rumah roboh dipukul ombak, angin kencang di Tanjung Aru Baru https://sabahmedia.com/2022/12/22/rumah-roboh-dipukul-ombak-angin-kencang-di-tanjung-aru-baru/ https://sabahmedia.com/2022/12/22/rumah-roboh-dipukul-ombak-angin-kencang-di-tanjung-aru-baru/#respond Thu, 22 Dec 2022 15:34:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26750
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Sebuah rumah roboh dipukul ombak dan angin kencang berikutan fenomena air laut pasang besar di Tanjung Aru Baru di sini, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berlaku rumah roboh di alamat Tanjung Aru Baru, Kota kinabalu akibat dipukul ombak dan angin kencang.

Katanya, menurut pengadu kesemua penghuni rumah telah keluar dengan selamat.

“Sebaik menerima maklumat sepasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi melaporkan terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, terdapat dua orang mangsa iaitu penghuni telah keluar dengan sendiri dari dalam rumah dan keadaan mereka selamat.

“Tindakan pasukan Bomba membuat pemantauan di sekitar kawasan dan seterusnya memberi nasihat kepada penduduk sekitar untuk berpindah ke kawasan yang selamat.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.15 malam tadi dan pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/22/rumah-roboh-dipukul-ombak-angin-kencang-di-tanjung-aru-baru/feed/ 0 26750
Lima Buah Kedai Lama Pekan Kimanis Roboh Akibat Angin Kencang https://sabahmedia.com/2021/10/12/lima-buah-kedai-lama-pekan-kimanis-roboh-akibat-angin-kencang/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/lima-buah-kedai-lama-pekan-kimanis-roboh-akibat-angin-kencang/#respond Tue, 12 Oct 2021 03:10:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7422
Read Time:37 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Sebanyak lima buah kedai lama Pekan Kimanis roboh akibat angin kencang yang berlaku dalam satu kejadian awal pagi Selasa. (12 Oktober 2021)

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.51 pagi tadi.

“Setiba pasukan anggota Bomba di lokasi kejadian mendapati lima buah bangunan kedai lama di Pekan Kimanis anggaran keluasan 100’x60′ kaki telah roboh.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kencang yang berlaku sekitar waktu subuh tadi” kata kenyataan media itu.

Seterusnya pasukan Bomba membuat pembersihan dan juga menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku.

“Walau bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian tersebut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.33 pagi,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/lima-buah-kedai-lama-pekan-kimanis-roboh-akibat-angin-kencang/feed/ 0 7422