anifah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Nov 2025 23:00:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anifah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bongawan berpotensi jadi pusat strategik Minyak & Gas Sabah – Anifah https://sabahmedia.com/2025/11/20/bongawan-berpotensi-jadi-pusat-strategik-minyak-gas-sabah-anifah/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/bongawan-berpotensi-jadi-pusat-strategik-minyak-gas-sabah-anifah/#respond Wed, 19 Nov 2025 22:56:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86426
Read Time:2 Minute, 8 Second

BONGAWAN: Pembangunan Bongawan sebagai salah satu Hab Minyak dan Gas di Sabah akan menjadi antara teras strategik manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan ini jika diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 ini.

Calon GRS, Tan Sri Anifah Aman berkata, Bongawan memiliki potensi itu memandangkan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) turut diwujudkan di kawasan ini hasil usaha beliau semasa menjadi Ahli Parlimen Kimanis sebelum ini.

Pada masa sama katanya, usaha itu mampu direalisasikan susulan pengalaman dan hubungan baik beliau dengan pihak berkaitan khususnya luar negara semasa menjawat Menteri Luar sebelum ini.

“Ia bukan sekadar cadangan politik tetapi perancangan ini adalah satu agenda pembangunan yang saya yakin boleh direalisasikan berdasarkan pengalaman saya dan potensi dimiliki Bongawan.

“Kita berjaya mewujudkan SOGT di Kimanis yang kini menjadi tonggak industri tenaga di Sabah dan jika ini mampu dilakukan, tidak mustahil Bongawan juga dapat mengulangi kejayaan sama.

“Kita mahu pastikan pembangunan ini bukan lagi sekadar harapan kosong, sebaliknya jika Bongawan dijadikan hab minyak dan gas, rakyat Bongawan akan menjadi penerima manfaat utama,” katanya dalam satu ceramah di sini.

Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, pelbagai manfaat bakal dinikmati warga Bongawan menerusi kewujudan Hab Minyak dan Gas ini antaranya, pertuumbuhan ekonomi setempat yang pesat.

Bukan itu saja katanya, ia juga bakal melonjakkan peluang pekerjaan untuk masyarakat khususnya anak muda dalam semua keperluan tenaga kerja melibatkan secara langsung dan tidak langsung termasuk perkhidmatan sokongan industri.

Pada masa sama katanya, mampu melonjakkan ekonomi serta pemodenan insfrastruktur di Bongawan seperti jalan raya, pelabuhan kecil/logistik, sistem bekalan air, elektrik dan telekomunikasi yang akan ditingkatkan untuk menyokong hab industri.

“Banyak lagi manfaat daripada usaha ini yang akan menjadikan Bongawan sebagai tumpuan baru di Sabah, malah boleh menjadi zon strategik seperti Bintulu, Sarawak dan Kemaman di Terengganu.

“Ini sekaligus akan mewujudkan identiti baharu kepada Bongawan sebagai pusat industri tenaga Sabah, sekaligus dikenali di peringkat nasional,” katanya.

Sehubungan itu, Anifah menyeru menyeru sokongan dan mandat rakyat Bongawan untuk PRU17 ini bagi membuktikan aspirasi itu dapat direalisasikan demi kebaikan bersama.

“Izinkan saya menebus perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, kerana saya tidak mahu meninggalkan legasi yang tergantung dan saya mahu menebus semula apa yang tidak sempat diselesaikan.

“Ini demi memastikan masyarakat Bongawan benar-benar menikmati pembangunan yang mereka layak terima dan dengan mandat baharu ini, saya bersedia memimpin usaha menjadikan Bongawan nadi industri tenaga Sabah.

“Seterusnya memastikan pembangunan besar ini memberi manfaat terus kepada rakyat, bukan kepada pihak tertentu sahaja. Inilah masa untuk kita membawa Bongawan ke tahap yang lebih tinggi, melangkaui retorik, menuju pelaksanaan sebenar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/bongawan-berpotensi-jadi-pusat-strategik-minyak-gas-sabah-anifah/feed/ 0 86426
Arifin ingatkan jangan anggap enteng saingan, Anifah sandar sokongan belia di Bongawan https://sabahmedia.com/2025/11/15/arifin-ingatkan-jangan-anggap-enteng-saingan-anifah-sandar-sokongan-belia-di-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/arifin-ingatkan-jangan-anggap-enteng-saingan-anifah-sandar-sokongan-belia-di-bongawan/#respond Sat, 15 Nov 2025 07:01:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85886
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Normimie Diun

MEMBAKUT: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan Membakut, Tan Sri Anifah Aman dan Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, menyatakan keyakinan masing-masing dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 dengan fokus kepada sokongan rakyat dan pembangunan belia.

Anifah berkata sokongan akar umbi yang ditunjukkan sepanjang kempen merupakan petanda positif.

“Alhamdulillah, apabila saya melihat sokongan yang diberi oleh ahli-ahli kita, ia menunjukkan tanda yang baik. Insya-Allah kita akan menang dan saya bersama Datuk Arifin akan mewakili bukan sahaja parti tetapi negeri yang kita cintai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kesenian Islam di sini, hari ini.

Mengulas komposisi hampir separuh pengundi Bongawan yang terdiri daripada belia bawah 40 tahun, beliau menegaskan pendekatannya adalah memberi kefahaman dan harapan kepada golongan itu.

“Tidak perlu ‘tackle’. Kita beri pengertian dan beri mereka harapan mengenai apa yang akan kita lakukan untuk mereka, supaya mereka juga mampu menjaga keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, penyandang lima penggal DUN Membakut, Arifin mengingatkan bahawa saingan 10 penjuru bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

“Semua calon yang bertanding percaya mereka boleh bersaing. Kita di GRS yakin, insya-Allah. Namun kita tidak boleh anggap enteng, tidak boleh anggap remeh rakan-rakan yang turut bersaing,” katanya.

Beliau berkata keyakinan GRS adalah berdasarkan rekod kerja dan perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta perancangan pembangunan yang sedang digerakkan.

“Seperti yang dinyatakan Tan Sri Anifah, aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan belia adalah keutamaan. Pemerkasaan belia melalui pendidikan dan kemahiran merupakan fokus kami bersama,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Suzlan Suhaili mengumumkan 10 calon layak bertanding bagi merebut kerusi DUN Membakut manakala sembilan calon di DUN Bongawan bagi PRU DU Sabah ke-17 kali ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/arifin-ingatkan-jangan-anggap-enteng-saingan-anifah-sandar-sokongan-belia-di-bongawan/feed/ 0 85886
Hajiji umum Anifah sebagai calon GRS kerusi DUN Bongawan https://sabahmedia.com/2025/11/10/hajiji-umum-anifah-sebagai-calon-grs-kerusi-dun-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/hajiji-umum-anifah-sebagai-calon-grs-kerusi-dun-bongawan/#respond Mon, 10 Nov 2025 12:14:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85454
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Rhea Dharmin

BONGAWAN: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman disahkan bakal menjadi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 kelak.

Perkara terbabit diumumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

Beliau menyatakan keyakinannya dengan meletakkan bekas Ahli Parlimen Kimanis itu di DUN terbabit, GRS bakal memperolehi kemenangan.

“Kalau GRS, parti komponennya, jenteranya mantap, ditambah dengan sokongan rakyat dan bersatu padu, saya yakin Bongawan ini milik GRS dan kita mahu menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Rakyat Bongawan bertempat di Dewan Serbaguna Bongawan, di sini, hari ini.

Katanya, beliau mahu DUN Bongawan yang kini disandang oleh parti pembangkang, kembali diwakili parti kerajaan supaya boleh dimajukan seperti slogan Bongawan Maju.

Selain Bongawan, Hajiji juga menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan GRS untuk kembali membentuk kerajaan selepas PRU DU Sabah pada 29 November nanti.

Sementara itu, Hajiji mengingatkan pentingnya semua bersatu hati bagi memastikan wujud kestabilan politik di negeri ini yang diterjemahkan menerusi sokongan menjelang PRU DU Sabah kelak.

Menurutnya, jika kembali membentuk kerajaan, pelbagai program ekonomi akan dirancang untuk rakyat sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Berikutan itu, Hajiji mengingatkan agar rakyat tidak mempercayai dakyah pembangkang dan terpengaruh dengan retorik, fitnah dan pembohongan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/hajiji-umum-anifah-sebagai-calon-grs-kerusi-dun-bongawan/feed/ 0 85454
Hubungan baik antara negeri – Persekutuan harus dikekalkan – Anifah https://sabahmedia.com/2025/10/19/hubungan-baik-antara-negeri-persekutuan-harus-dikekalkan-anifah/ https://sabahmedia.com/2025/10/19/hubungan-baik-antara-negeri-persekutuan-harus-dikekalkan-anifah/#respond Sun, 19 Oct 2025 12:15:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83722
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Rhea Dharmin

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) berpandangan hubungan baik di antara kerajaan negeri dan Persekutuan harus dikekalkan.

Presiden PCS, Tan Sri Anifah Aman menyifatkan adalah sia-sia sekiranya kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk bermusuh dengan kerajaan Persekutuan.

“Satu ketika dahulu, saya menentang Kuala Lumpur (kerajaan Persekutuan) tapi akhirnya yang berkuasa bukan kita tapi Kuala Lumpur. Apabila kita mengkehendaki sesuatu, kita terpaksa bekerjasama dengan Persekutuan.

“Kenapa (jalin kerjasama dengan) Pakatan Harapan (PH)? PH daripada hemat saya, pengerusinya adalah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Misalnya Datuk Seri Hajiji Noor (Ketua Menteri Sabah) bermusah dengan Perdana Menteri, Sabah bermusah dengan kerajaan Persekutuan, akhirnya kita juga yang akan menerima (padah).

“Ini bukan senang untuk jelaskan kepada rakyat apa matlamat yang kita harus utamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Forum Khas GRS sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya GRS Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anifah yang juga merupakan bekas Menteri Luar itu turut menegaskan bahawa adalah penting bagi memastikan keamanan dan kestabilan politik bagi mengukuhkan ekonomi di Sabah.

Menurutnya, Sabah sering kali dilaporkan berdepan isu seperti konflik laut China Selatan dan kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) terutamanya di kawasan pantai timur negeri ini.

Katanya, tanpa keamanan di sesebuah negeri dan kestabilan politik akan menjejaskan peluang untuk pelabur datang membuat pelaburan.

“Kita semua tahu keamanan adalah penting dalam geopolitik semasa. Berdasarkan asas garis masa sekarang, Sabah mesti kekal stabil.

“Keamanan penting untuk kita terus berkembang dalam ekonomi. Sabah mempunyai posisi strategik tetapi sensitif (terutamanya) di kawasan pantai timur .. menangani PATI satu-satunya masalah kita. Satu ketika dahulu pelancong enggan datang ke Sabah kerana insiden yang pernah berlaku.

“Tidak ada pelabur akan melabur kalau (sesebuah) tempat itu tidak aman.

“Tanggungjawab kita kalau mahu pelabur datang, kita harus berusaha bukan sahaja (memastikan) keamanan tapi juga kestabilan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/19/hubungan-baik-antara-negeri-persekutuan-harus-dikekalkan-anifah/feed/ 0 83722
Anifah dilantik sebagai Senator https://sabahmedia.com/2023/03/20/anifah-dilantik-sebagai-senator/ https://sabahmedia.com/2023/03/20/anifah-dilantik-sebagai-senator/#respond Mon, 20 Mar 2023 03:53:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31124
Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai senator bagi penggal tiga tahun, mengangkat sumpah di Dewan Negara hari ini.

Senator Datuk Seri Anifah Aman.

Atas pelantikan itu, Anifah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan dan kepercayaan dalam mengesyorkan dan melantik beliau sebagai senator Parlimen Malaysia.

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat untuk negara dan rakyat Malaysia dalam kapasiti baharunya sebagai senator. Beliau komited untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik, dan kedaulatan undang-undang dan akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Katanya, sebagai bekas Menteri Luar, membawa bersama beliau pelbagai pengalaman dan pengetahuan ke Dewan Negara. Justeru, beliau berharap dapat menyumbang kepada perbincangan dan perbahasan bermakna yang akan membentuk masa depan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya di persada global.

Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) turut mengakui betapa pentingnya pelantikan itu, dan beliau amat berbesar hati dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau baru-baru ini dilantik oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebagai penasihat khas perhubungan antarabangsa dan pelaburan asing.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/20/anifah-dilantik-sebagai-senator/feed/ 0 31124
Anifah Dilantik Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2023/01/30/anifah-dilantik-penasihat-khas-kepada-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2023/01/30/anifah-dilantik-penasihat-khas-kepada-ketua-menteri/#respond Mon, 30 Jan 2023 07:45:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28741
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Mantan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anifah, 69 yang juga mantan Ahli Parlimen Kimanis menerima watikah pelantikan daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji yakin pelantikan Anifah, yang berpengalaman luas dalam perhubungan
antarabangsa dapat membantu Kerajaan Negeri dalam menjalin hubungan yang baik
dengan negara-negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama MOSTI dengan
jabatan dan agensi negeri serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan
di Sabah.

Hajiji mahu MOSTI menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk
penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/30/anifah-dilantik-penasihat-khas-kepada-ketua-menteri/feed/ 0 28741
UMNO Perlu Pastikan Janji Kembalikan Hak Sabah Menerusi MA63 Ditunaikan – Anifah https://sabahmedia.com/2021/09/15/umno-perlu-pastikan-janji-kembalikan-hak-sabah-menerusi-ma63-ditunaikan-anifah/ https://sabahmedia.com/2021/09/15/umno-perlu-pastikan-janji-kembalikan-hak-sabah-menerusi-ma63-ditunaikan-anifah/#respond Wed, 15 Sep 2021 11:51:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6363
Read Time:2 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya Umno perlu memastikan janji untuk mengembalikan hak Sabah yang termaktub didalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikotakan setelah parti itu kini berkuasa kembali, tuntut Presiden Parti Cinta Sabah Dato Sri Anifah Aman.

Katanya, tiada sebab hal ini dilengah-lengahkan atau diberi pelbagai alasan memandangkan Presiden Umno Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah membuat janji tersebut, malah mengatakan bahwa apa pun kekangan yang timbul akan diatasi demi memastikan ianya terlaksana.

“Presiden Umno telah berjanji kepada rakyat Sabah untuk melaksanakan MA63 100 peratus. Tiada lagi sebab untuk melengah-lengahkan atau member pelbagai alasan memandangkan parti itu sudah kembali berkuasa. Dari dulu sehingga kini saya amat menghormati YB Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi dan percaya beliau merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mengotakan janji,” katanya di dalam kenyataan sempena dengan Hari Malaysia disini hari ini.

Zahid, ketika berkempen di pilihanraya kecil Kimanis tahun lepas, telah berjanji bahawa sekiranya kerajaan Barisan Nasional menerusi Umno diberi mandat berkuasa semula akan “melaksanakan MA63 100 peratus.”

Parti Melayu tersebut kini telah kembali ke tampuk pimpinan tertinggi kerajaan setelah Dato Sri Ismail Sabri Yaacob, selaku Naib Presiden, dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Bagi pihak semua rakyat Sabah, saya menuntut janji ini daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno untuk memenuhi janji dan melaksanakan MA63 100 peratus. Saya ulangi, 100 peratus. 0.1 peratus luring pun kita tidak akan terima,” tegasnya.

Anifah juga menuntut kerajaan pusat pimpinan Umno itu juga tidak lagi menubuhkan jawatankuasa yang dipertanggungjawapkan untuk menkaji hal berkaitan MA63. Sebaliknya, rakyat kini ingin melihat samaada Zahid dan Umno memiliki integriti untuk memenuhi “janji yang bukan sembarang jani” tersebut.

“Kita tidak perlukan lagi jawatankuasa ditubuhkan. Ketika saya didalam kerajaan, perkara ini sudah sampai ke peringkat Kabinet pun.

“Lagipun, sekarang kami di Sabah perasan asal tukar kerajaan sebuah jawatankuasa baru ditubuhkan untuk mengkaji MA63 dan sebagainya,” katanya.

Menurut Anifah, yang merupakan salah seorang pemimpin politik veteran yang berpengalaman, rakyat Sabah sehingga merasa diri mereka diperbodohkan dengan taktik perlegah-lengahan dan diberikan harapan palsu oleh kerajaan pusat yang menubuhkan jawatankuasa yang terbukti tidak bertindak apa-apa langsung.

Lagipun, apa yang telah dijanjikan oleh Zahid di Kimanis sudah cukup terang, tambahnya.

“Beliau sudah berjanji MA63 akan dilaksanakan 100 peratus apabila Umno menawan Putrajaya semula. Kotakan lah janji tersebut. Rakyat Sabah sudah muak dengan janji-janji kosong,” kata Anifah.

Mantan Menteri Luar mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’Sri Ismail Sabri Yaakob diatas pelantikan sebagai Perdana Menteri dan yakin bahawa Perdana Menteri ketika ini amat memahami aspirasi rakyat Sabah dan oleh yang demikian akan memastikan segala hak keistimewaan negeri Sabah didalam MA63 akan dikembalikan.

Katanya, dia amat mengenali Ismail sebagai seorang pemimpin yang bepegang kuat kepada prinsip and berintegriti serta merupakan seorang individu yang sentiasa mengotakan janji.

Dengan keadaan politik negara yang tidak stabil, tekanan keatas kerajaan pimpinan Ismail ini untuk mengembalikan segala hak istimewa Sabah dan Sarawak kian memuncak.

Kedua-dua negeri Borneo ini telah lama menuntut hak mereka sebagai rakan dalam pembentukan Malaysia, bukannya sekadar negeri seperti negeri-negeri lain di Malaya. Sempena Hari Malaysia ini, kami harapkan ada pengumuman positif buat rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/15/umno-perlu-pastikan-janji-kembalikan-hak-sabah-menerusi-ma63-ditunaikan-anifah/feed/ 0 6363
Vaksin CanSino Perlu Diberi Keutamaan Kepada Sabah, Pastikan Bekalan Mencukupi – Anifah https://sabahmedia.com/2021/08/09/vaksin-cansino-perlu-diberi-keutamaan-kepada-sabah-pastikan-bekalan-mencukupi-anifah/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/vaksin-cansino-perlu-diberi-keutamaan-kepada-sabah-pastikan-bekalan-mencukupi-anifah/#respond Mon, 09 Aug 2021 06:13:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4341
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mahu bekalan vaksin dos tunggal CanSino dari negara China yang dijanjikan untuk keutamaan kepada Sabah sebelum ini dihantar mengikut jadual.

Katanya, negeri ini amat memerlukan vaksin berkenaan bagi membolehkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) khususnya di luar bandar dan pedalaman dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

“Pada ketika ini, penduduk luar bandar dan pedalaman terpaksa diberi vaksin dua dos yang mana para petugas terpaksa kembali ke lokasi sama selepas dua minggu pemberian dos pertama.

“Ini dilihat menjadi satu cabaran kepada petugas dimana faktor geografi Sabah yang berbukit bukau selain akses jalan raya yang juga memuaskan dan boleh mengakibatkan bahaya kepada petugas,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Anifah berkata, dengan adanya vaksin dos tunggal itu nanti para petugas hanya perlu datang ke kawasan terbabit sekali dan tidak perlu datang pada minggu berikutnya.

Katanya juga mahu kerajaan pusat terus menghantar bekalan vaksin yang lain dengan jumlah dan kuantiti yang tinggi agar Sabah dapat mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

“Saya difahamkan bekalan vaksin dos tunggal CanSino sebanyak 400,000 dos vaksin akan tiba ke Malaysia 15 Ogos ini dan saya mahu Sabah diberi keutamaan.

“Selain itu saya juga mahu bekalan vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan yang lain turut dihantar mengikut jadual yang ditetapkan serta jangan ada sebarang gangguan dalam proses penghantaran,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/vaksin-cansino-perlu-diberi-keutamaan-kepada-sabah-pastikan-bekalan-mencukupi-anifah/feed/ 0 4341
Longgar SOP, Bantu Ekonomi Rakyat Sabah – Anifah Aman https://sabahmedia.com/2021/06/30/longgar-sop-bantu-ekonomi-rakyat-sabah-anifah-aman/ https://sabahmedia.com/2021/06/30/longgar-sop-bantu-ekonomi-rakyat-sabah-anifah-aman/#respond Wed, 30 Jun 2021 06:37:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2286
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah perlu mempunyai pendirian tersendiri dan terbaik dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di negeri ini termasuk memberi kelonggaran sebahagian Prosedur Standard Operasi (SOP).

Bekas Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman berkata, meskipun ada kelonggaran diberikan, kerajaan juga perlu memastikan pematuhan SOP dikalangan rakyat perlu dipatuhi sebaiknya.

“Seperti yang sedia maklum, antara yang dibenarkan beroperasi dalam PPN Fasa Pertama ini antaranya makan di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel.  Ini sudah tentu meningkatkan lagi ekonomi rakyat yang kini sukar mencari pendapatan.

“Jika kita halang operasi seumpama ini, rakyat akan terbeban dan sudah pasti kes bunuh diri terus meningkat dan ekonomi negara khususnya di Sabah juga akan terjejas,”katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, jumlah kes di negeri ini juga masih ditahap sederhana dan boleh dikawal berbanding di Semenanjung yang mencatatkan sehingga empat angka.

“Justeru itu, tidak salah sekiranya kerajaan Sabah berpendirian untuk melonggarkan sebahagian SOP pada PPN Fasa Pertama ini kerana ianya bukan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi,”katanya.

Terdahulu, Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah akan melaksanakan PPN Fasa Pertama dengan mengekalkan sebahagian SOP yang ditetapkan sebelum ini. Dalam pelaksanaan PPN ini, beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi termasuk makan di dalam restoran selain kedai gunting rambut

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/30/longgar-sop-bantu-ekonomi-rakyat-sabah-anifah-aman/feed/ 0 2286