anjur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 Jan 2024 08:19:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anjur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah anjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri 10 Feb ini https://sabahmedia.com/2024/01/15/sabah-anjur-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-peringkat-negeri-10-feb-ini/ https://sabahmedia.com/2024/01/15/sabah-anjur-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-peringkat-negeri-10-feb-ini/#respond Mon, 15 Jan 2024 08:13:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48004
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri pada 10 Februari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula dari jam 11:00 pagi hingga 2:00 petang.

Acara sambutan adalah anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Seri Pelancongan Sabah (SPS) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Menterinya yang juga selaku Pengerusi Penganjur, Datuk Christina Liew berkata, beliau berbesar hati mengumumkan acara sambutan itu pada hari ini bagi menyahut seruan kerajaan menggalakkan perpaduan, keharmonian kepelbagaian kaum dalam satu acara atau program yang dilaksanakan berteraskan Malaysia Madani, Sabah Maju Jaya.

Katanya, sambutan tahun ini adalah bertemakan Tahun Naga yang bertuah dalam zodiak Cina.

“Antara tetamu kehormat yang dijangka akan hadir memeriahkan majlis iaitu Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Disamping kami juga amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk turut sama meraikan sambutan yang meriah itu.

“Kami menjangkakan kehadiran 10,000 tetamu. Selain pelbagai hidangan makanan yang disajikan, sambutan kali ini menjanjikan persembahan kebudayaan yang menakjubkan, termasuk tarian singa, pertunjukan mercun, pameran kebudayaan, serta persembahan nyanyian dan tarian oleh artis tempatan dari Sabah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, objektif utama acara ini adalah untuk mempamerkan kekayaan kepelbagaian budaya Sabah, memupuk perpaduan dan keharmonian dikalangan rakyatnya.

Hadir sama pada sidang media, Setiausaha Tetap KePKAS Josie Lai Mei Sing dan Presiden FCAS, Tan Sri T.C Goh.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/15/sabah-anjur-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-peringkat-negeri-10-feb-ini/feed/ 0 48004
PIBG SK Darau KK anjur Program Kesihatan 6 Jan 2024, warga setempat dijemput hadir https://sabahmedia.com/2023/12/19/pibg-sk-darau-kk-anjur-program-kesihatan-6-jan-2024-warga-setempat-dijemput-hadir/ https://sabahmedia.com/2023/12/19/pibg-sk-darau-kk-anjur-program-kesihatan-6-jan-2024-warga-setempat-dijemput-hadir/#respond Tue, 19 Dec 2023 13:08:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46806
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Darau Kota Kinabalu (SKDKK) akan menganjurkan Program Hidup Sihat Lestari pada 6 Januari 2024 bertempat di perkarangan SKDKK bermula jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Jurucakap Ahli Jawatankuasa PIBG SK Darau KK, Aliuddin Majid berkata, program ini adalah satu program khas untuk warga SKDKK dan bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang lestari kepada seluruh warga SKDKK.

“Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang berupaya memberikan kesan positif kepada pembangunan lestari seseoarang individu, institusi keluarga dan masyarakat.

“Konsep Gaya Hidup Sihat ini juga merupakan satu kempen hasil cetusan dan keprihatinan kerajaan Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cerdas, sejahtera dan bebas daripada sebarang penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang sedentari.

“Oleh yang demikian, program ini akan menjadi satu platform untuk pendedahan dan memberi kesedaran kepada semua peserta berkaitan amalan gaya hidup sihat yang lestari agar hidup dan kerja peserta mencapai tahap cemerlang seterusnya memberi impak positif kepada pencapaian misi dan visi organisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, dijangkakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud akan merasmikan program tersebut.

Sambil mengalu-alukan kehadiran warga SKDKK dan penduduk setempat untuk menghadiri program itu, Aliuddin berkata, antara aktiviti yang akan diadakan seperti ceramah kesihatan, ceramah keibubapaan dan program derma darah.

“Selain itu, ada juga terdapat gerai-gerai pameran, cabutan tiket bertuah dan apa yang istimewa enam cabutan misteri pengunjung bertuah turut diadakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/19/pibg-sk-darau-kk-anjur-program-kesihatan-6-jan-2024-warga-setempat-dijemput-hadir/feed/ 0 46806
Biro Kesihatan Wanita Gagasan Rakyat anjur Program Kemanusian: Jolly & Jingle Caregiver Initiative https://sabahmedia.com/2023/12/15/biro-kesihatan-wanita-gagasan-rakyat-anjur-program-kemanusian-jolly-jingle-caregiver-initiative/ https://sabahmedia.com/2023/12/15/biro-kesihatan-wanita-gagasan-rakyat-anjur-program-kemanusian-jolly-jingle-caregiver-initiative/#respond Fri, 15 Dec 2023 06:56:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46594
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Dalam semangat kegembiraan musim perayaan Krismas, Biro Kesihatan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah mengadakan program kemanusiaan yang menyentuh hati, iaitu “Jolly & Jingle Caregiver Initiative di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah, kelmarin.

Program tersebut diketuai oleh Pengerusi Biro Kesihatan merangkap Exco Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Dr Davina Datuk Markus Majihi dan dilancarkan oleh Pengarah Hospital Likas, Dr Marcus Netto.

Ia bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan komuniti kepada penjaga-penjaga yang telah lama bergelut dengan cabaran dalam perjalanan rawatan pesakit kanser .

Biro Kesihatan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah turut memberikan sumbangan berupa selimut, bantal leher, dan makanan khusus kepada  penjaga-penjaga yang setia menjaga pesakit tercinta mereka.

Inisiatif ini juga mencerminkan semangat kepedulian dan empati semasa musim perayaan, diharapkan sumbangan kecil ini dapat memberikan sedikit keceriaan dan semangat positif untuk mereka terus kuat dan tabah.

Dalam ucapan program oleh Pengerusi Biro Kesihatan, Dr Davina Datuk Markus Majihi, berkata peranan penjaga amatlah besar, malah mereka perlu terus kuat walaupun ada kalanya berdepan saat beremosi kerana melihat orang tersayang dalam kesakitan dan kesedihan. Kami menghargai pengorbanan dan ketabahan mereka. Mereka adalah HERO sejati yang patut diberikan penghargaan.

Turut hadir di Majlis Pelancaran ini, Timbalan Pengarah (Perubatan I), Dr Christine Lu, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Adrian Allan,  Matron Anita Abd Malek dan jururawat – jururawat yang memberikan sokongan menyeluruh dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang terbaik.

Biro Kesihatan juga mengucapkan terima kasih kepada penaja utama, HERO Sabah dan Hayat Technologies, yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif ini.

Inisiatif ini bukan hanya memberikan bantuan fizikal tetapi juga untuk mewujudkan rangkaian sokongan tempatan untuk bertukar pengalaman dan memberi sokongan, supaya bersama-sama kita dapat menjadi sumber kekuatan dan harapan bagi penjaga-penjaga pesakit kanser.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/15/biro-kesihatan-wanita-gagasan-rakyat-anjur-program-kemanusian-jolly-jingle-caregiver-initiative/feed/ 0 46594
UCSF & JBS anjur Kelas Asas Bahasa Korea https://sabahmedia.com/2023/10/24/icsf-jbs-anjur-kelas-asas-bahasa-korea/ https://sabahmedia.com/2023/10/24/icsf-jbs-anjur-kelas-asas-bahasa-korea/#respond Tue, 24 Oct 2023 08:44:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44116
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 peminat bahasa Korea menyertai program Skill for Life: Basic Korean Language yang berlangsung di Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) di sini, baru-baru ini.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sabah dan Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik, UCSF.

Matlamatnya adalah untuk menyediakan pengenalan yang komprehensif kepada bahasa dan komunikasi Korea.

Program ini terdiri daripada bengkel bersemuka sehari, yang merupakan sesi kedua program.

Para peserta terdiri daripada belia dari kawasan Kota Kinabalu. Selain bengkel fizikal, terdapat juga tiga sesi kelas dalam talian.

Program ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran pembelajaran bahasa dalam kalangan belia melalui kedua-dua kelas dalam talian dan fizikal.

Program ini diketuai oleh guru bahasa Korea berpengalaman, Lee Kyung-Eun, yang telah lama mengajar di Kota Kinabalu.

Salah satu objektif utama program ini adalah untuk memudahkan komunikasi dalam bahasa asing.

Penyelarasan program telah dijalankan oleh Norhayati dari JBS dan Noorashiqin, Ketua Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik (CLGD) dari UCSF.

Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang, makanan turut disediakan untuk para peserta.

Program ini dimulakan dengan sesi interaktif mengenai Hangul, abjad Korea dan sebutannya. Ucapan salam, perkenalan diri, dan dialog ringkas turut dipraktikkan, yang menjadi kemuncak pada hari itu.

Dalam pada itu, para peserta turut berkongsi pandangan mereka tentang program tersebut.

Salah seorang peserta, Annisa meluahkan rasa tertariknya dengan bahasa Korea dan menyatakan bahawa bengkel itu merupakan titik permulaan yang sempurna untuknya.

Manakala, Kelvin menyebut bahawa amalan komunikasi dengan guru itu membuatkannya bersemangat untuk meneroka lebih lanjut tentang bahasa tersebut.

Pengerusi program JBS, Dayangku Rahimah Pg Hassan juga turut menggalakkan para peserta untuk terus membina asas yang diletakkan semasa program.

Sementara itu, Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris merakamkan ucapan terima kasih kepada Penasihat JBS, Metchella Febrynna Metha kerana memilih UCSF sebagai tempat program dan peluang untuk menjalankan program melalui Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik.

Beliau berharap kerjasama ini akan diteruskan agar CLDG diiktiraf sebagai Hab Bahasa Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/24/icsf-jbs-anjur-kelas-asas-bahasa-korea/feed/ 0 44116