Anjur Program – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 04 Oct 2023 07:52:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anjur Program – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UCSF anjur Program “Artistry In Science Outreach” di Penimbawan Tuaran https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/#respond Wed, 04 Oct 2023 07:52:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43051
Read Time:1 Minute, 10 Second

TUARAN: Seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan menyertai Program “Artisty In Science Outreach” anjuran University College Sabah Foundation (UCSF) dengan kerjasama Sabah Economic and Education Society, baru-baru ini.

Program itu merupakan antara aktiviti “University Social Responsibility” (USR) UCSF yang memberi penekanan kepada aspek sains dan juga seni.

Rombongan UCSF seramai 10 orang yang diketuai oleh Naib Canselornya, Dr Rafiq Idris mengembara menggunakan bot dari jeti Kampung Serusop, Tuaran ke SK Penimbawan bagi menjayakan program itu.

Menurut Dr.Rafiq, antara pengisian program itu yang melibatkan murid-murid tahun 6 memberi fokus kepada aspek sains dan alam semula jadi.

Katanya, sesi lain memfokuskan kepada murid-murid tahun 4 dan 5 dengan penekanan kepada aktiviti berkaitan seni serta alam semula jadi.

Beliau berkata, UCSF akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti seumpama itu bagi mendekatkan dan mendedahkan masyarakat tentang peluang pendidikan di UCSF.

“UCSF akan terus mendekati dan bersama komuniti, serta sedia membantu berdasarkan bidang kepakaran universiti”, katanya.

Beliau turut memberikan dorongan dan suntikan semangat kepada murid-murid SK Penimbawan pada majlis penutup program itu yang diadakan di sekolah tersebut.

Sementara itu, Guru Besar SK Penimbawan, Ajelan Setuh mengalu-alukan kunjungan rombongan UCSF dan percaya program suntikan semangat pendidikan itu lebih berkesan kerana ianya melibatkan pihak institusi pendidikan tinggi itu sendiri.

Manakala Pegawai Libat Sama Komuniti UCSF, Sharmimiee berkata, keterlibatan universiti dalam masyarakat merupakan sesuatu pendekatan yang sangat baik dan akan diteruskan ke komuniti yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/feed/ 0 43051
M4M Anjur Program Minds For Malaysia: Bridging The Skills Gap https://sabahmedia.com/2021/09/05/m4m-anjur-program-minds-for-malaysia-bridging-the-skills-gap/ https://sabahmedia.com/2021/09/05/m4m-anjur-program-minds-for-malaysia-bridging-the-skills-gap/#respond Sun, 05 Sep 2021 06:24:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5848
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pihak Minds For Malaysia (M4M) yang bertanggungjawab menganjurkan program Minds For Malaysia: Bridging The Skills Gap pada 9 Oktober depan mendapat pengiktirafan dari kerajaan Sabah.

Pengerusi M4M Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, kerajaan negeri mengiktiraf program M4M apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju untuk bekerjasama menganjurkan program tersebut sebagai antara agenda untuk pembangunan belia seiring dengan keperluan industri dan meningkatkan kesedaran dan mendidik para pelajar, graduan dan belia mengenai kepentingan melengkapkan diri dalam kemahiran dan skil abad ke-21.

“Datuk Seri Hajiji Noor juga akan dijemput sebagai salah seorang pengucaptama dalam program ini yang bakal berlangsung secara dalam talian pada 9 Oktober depan,” kata Jaziri dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Jaziri, Minds For Malaysia: Bridging The Skills Gap adalah satu persidangan secara dalam talian yang bertujuan untuk membina kesedaran dan mendidik graduan mengenai keperluan menguasai kemahiran abad ke-21 (21st century skills) sebagai kebolehpasaran mereka dalam menjamin peluang pekerjaan dan memanam sifat keusahawanan sekaligus mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada yang lain.

Katanya, Ahli panel terhormat yang terdiri daripada pakar industri, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan akan berkongsi pengalaman serta nasihat mengenai kemahiran insaniah yang sangat diperlukan graduan bagi menjamin peluang pekerjaan apabila menamatkan pengajian.

Dalam program tersebut, panelis terdiri daripada pakar-pakar tempatan dan antarabangsa antaranya dari Jepun, New Zealand, Indonesia dan wakil daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

“Program tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik para pelajar, graduan dan belia mengenai kepentingan IR4.0 dan inovasi digital terutama dalam memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia.

“Oleh itu usaha M4M yang akan berkolaborasi dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta Kerajaan Negeri Sabah dalam program ini adalah seiring dengan usaha untuk membantu dalam pembangunan belia dan graduan yang akan menyumbang kepada kelangsungan di negeri Sabah khususnya,”ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/05/m4m-anjur-program-minds-for-malaysia-bridging-the-skills-gap/feed/ 0 5848