anjuran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Aug 2023 10:18:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anjuran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kumpulan Yayasan Sabah sertai Perkhidmatan Komuniti Bergerak anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/#respond Sat, 19 Aug 2023 10:18:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40364
Read Time:39 Second

KALABAKAN : Seiring dengan kluster Kesejahteraan Rakyat di bawah konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, Kumpulan Yayasan Sabah turut menjayakan program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Program ini melibatkan lebih 35 buah jabatan dan agensi diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan di sini hari ini.

Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan beberapa perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Manakala Sabah Softwoods Bhd. juga turut serta dengan mengadakan temuduga pengambilan pekerjaan dan Benta Edible Oil Sdn. Bhd. menjual minyak masak rahmah jenama Bess.

Program ini dihadiri oleh Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan merangkap Ahli Parlimen P191 Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri N71 Tanjung Batu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/feed/ 0 40364
SK Kirokot Ranau Johan Menangi Pingat Emas Dalam Pertandingan Antarabangsa Anjuran MIICA https://sabahmedia.com/2021/10/18/sk-kirokot-ranau-johan-menangi-pingat-emas-dalam-pertandingan-antarabangsa-anjuran-miica/ https://sabahmedia.com/2021/10/18/sk-kirokot-ranau-johan-menangi-pingat-emas-dalam-pertandingan-antarabangsa-anjuran-miica/#respond Mon, 18 Oct 2021 08:46:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7622
Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kirokot Ranau mengharumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah di peringkat antarabangsa apabila muncul sebagai johan dan memenangi Pingat Emas dalam satu pertandingan anjuran MIICA (Malaysian Innovation, Invention and Creativity Association).

Pertandingan tersebut diadakan secara maya kerana pandemik Covid-19. Antara negara yang menjadi tuan rumah ialah Turkey, Indonesia, Nigeria dan juga Malaysia.

Tajuk yang dibentangkan ialah “Facemask 2.0 – Creating clean environment and reduce waste through recycling”.

Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing berkata, beliau sangat berbangga dengan kejayaan cemerlang SK Kirokot Ranau di peringkat antarabangsa.

“Ini membuktikan bahawa kita mampu bersaing, Ranau Hebat!,” kata Majus.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta yang mewakili Malaysia seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara itu, iaitu Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend, yang telah membentangkan kajian medium bahasa Inggeris dengan cemerlang.

“Situasi pandemik dan norma baharu pendidikan tidak menghalang SK Kirokot untuk terus menghasilkan kejayaan bermakna ini.

“Ini sudah pasti akan menyuntik semangat sekolah-sekolah yang lain bukan sahaja di Ranau tetapi di seluruh Malaysia,” kata Majus.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Michael Bahinding iaitu Guru Besar SK Kirokot; Jurulatih Utama dan Guru Ikon Inovasi Pendidikan Ranau, Hallsen Justin; Penolong Kanan KOKUM; Konys Berimbun, Yang Dipertua PIBG SK Kirokot; serta semua para ibubapa yang terlibat.

“Saya berasa amat bersyukur kerana SK Kirokot berjaya memasuki peringkat antarabangsa, ini adalah berkat semua warga pendidik di dalam bidang Inovasi sekolah ini,” ujar Michael.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam turut mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/18/sk-kirokot-ranau-johan-menangi-pingat-emas-dalam-pertandingan-antarabangsa-anjuran-miica/feed/ 0 7622
SySCO-19 anjuran PEMADAM UMS Tarik Penyertaan Negara Asia Tenggara https://sabahmedia.com/2021/08/27/sysco-19-anjuran-pemadam-ums-tarik-penyertaan-negara-asia-tenggara/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/sysco-19-anjuran-pemadam-ums-tarik-penyertaan-negara-asia-tenggara/#respond Fri, 27 Aug 2021 03:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5332
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Symposium on Coping of Strategy During Pandemic Covid-19 (SySCO-19) anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya meraih 600 penyertaan temasuk dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

Bertemakan “Keluarga Pemangkin Pembangunan Negara”, simposium yang diadakan secara maya pada 21 Ogos 2021 dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Dalam ucapannya beliau berkata, peranan keluarga amat penting dalam membentuk kemenjadian generasi baharu yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara pada masa akan datang.

“Menerusi SySCO-19, peserta didedahkan dengan kepentingan pembangunan keluarga ketika berhadapan krisis kesihatan global akibat pandemik Covid-19

“Ia antara lain membincangkan isu-isu kekeluargaan yang timbul pada masa ini serta cadangan strategi penyelesaian yang boleh diambil.

“Penglibatan tetamu jemputan dari rantau Asia Tenggara juga merancakkan lagi perbincangan sekali gus menjana pelbagai idea bagi menangani cabaran-cabaran kehidupan yang sedang dihadapi,” kata Raman.

Turut hadir, Pengerusi Institute for Life-Ready Graduate, Prof. Dr Mohd Shafry Mohd Rahim.

Dalam pada itu pengarah program, Jesei Gadung Clement merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan simposium tersebut.

“Terima kasih kepada semua pembentang, universiti dan organisasi yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuk PEMADAM Kebangsaan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan UMS.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada University of the Immaculate Conception Filipina, Mae Fah Luang UniversitiThailand, dan BERSAMA Indonesia,” katanya.

Program SySCO-19 turut memberi anugerah Pembentang Terbaik kepada pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Dr Noor Hassline Mohamed dengan pembentangan bertajuk “Tanggungjawab Keluarga dalam Menguruskan Masalah Mental semasa pandemik Covid-19”.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/sysco-19-anjuran-pemadam-ums-tarik-penyertaan-negara-asia-tenggara/feed/ 0 5332