Antarabangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Jan 2024 08:16:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Antarabangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lapangan Terbang Tawau lakar sejarah buka laluan penerbangan carter antarabangsa pertamanya https://sabahmedia.com/2024/01/24/lapangan-terbang-tawau-lakar-sejarah-buka-laluan-penerbangan-carter-antarabangsa-pertamanya/ https://sabahmedia.com/2024/01/24/lapangan-terbang-tawau-lakar-sejarah-buka-laluan-penerbangan-carter-antarabangsa-pertamanya/#respond Wed, 24 Jan 2024 08:16:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48438
Read Time:1 Minute, 27 Second

TAWAU: Tawau melakar sejarah penerbangan carter sulung dari Nanjing (NKG), China ke Tawau (TWU) pada Selasa, menandakan satu kejayaan bagi Lapangan Terbang Tawau, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Beliau berkata Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dengan bangganya mengumumkan permulaan penerbangan carter yang menghubungkan Nanjing, China ke Tawau, Sabah oleh Firefly Airlines, dan Tourism Malaysia (TM) turut memainkan peranan dalam pembangunan laluan penerbangan baharu ini.

Menurut Christina, penerbangan carter ini merupakan penerbangan antarabangsa pertama untuk Lapangan Terbang Tawau membawa masuk ketibaan pertama seramai 157 penumpang pada jam 5.55 pagi Selasa.

Beliau berkata Firefly akan mengendalikan penerbangan carter tiga kali seminggu, yang dijadualkan tiba di Tawau setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, dengan kapasiti 540 tempat duduk seminggu sehingga akhir Mac ini.

“Kami sangat mengalu-alukan rakan-rakan Cina kami dan berharap dapat mempamerkan khazanah budaya dan alam semula jadi Sabah yang unik.

“Pelancaran penerbangan terus dari Nanjing ke Tawau adalah bukti daya tarikan wilayah kita yang semakin meningkat sebagai destinasi pelancongan. Saya teruja laluan baharu ini akan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan Tawau sebagai destinasi antarabangsa yang terkemuka.

“Pada masa ini, Sabah menerima 42 penerbangan berjadual mingguan dari Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou dan Wuhan ke Kota Kinabalu dengan kapasiti 7,520 tempat duduk seminggu,” kata Christina dalam satu kenyataan semalam.

Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Ken Pan mewakili Christina pada majlis menyambut ketibaan penumpang penerbangan itu.

Peranan beliau adalah untuk mengawasi kelancaran ketibaan penerbangan dengan Pengurusan Lapangan Terbang Tawau bagi pihak ejen pelancongan di China.

Turut hadir Pengurus Kanan Pemasaran STB Humphrey Ginibun yang mewakili Lembaga Pengarah.

Pelancong yang berpangkalan di China yang berminat untuk menerokai keindahan Tawau boleh menempah penerbangan mereka dengan mudah melalui pelbagai agensi pelancongan dalam talian (OTAs) iaitu Ly.com, Ctrip, Qunar dan Fliggy.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/24/lapangan-terbang-tawau-lakar-sejarah-buka-laluan-penerbangan-carter-antarabangsa-pertamanya/feed/ 0 48438
Gangguan bekalan disebabkan harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa – Armizan https://sabahmedia.com/2023/11/12/gangguan-bekalan-disebabkan-harga-gula-mentah-tinggi-di-pasaran-antarabangsa-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/11/12/gangguan-bekalan-disebabkan-harga-gula-mentah-tinggi-di-pasaran-antarabangsa-armizan/#respond Sun, 12 Nov 2023 13:49:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45118
Read Time:1 Minute, 54 Second

BERNAMA

PITAS: Gangguan bekalan gula yang berlaku di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Bagi mendepani isu itu, beliau berkata kerajaan meluluskan permit import (AP) kepada 43 syarikat bagi membawa masuk 557,080 tan metrik gula supaya bekalan untuk rakyat sentiasa stabil tetapi hanya 22,547 tan metrik atau 4.05 peratus dapat dibawa masuk sehingga Khamis lepas.

Beliau berkata kenaikan harga gula mentah sebanyak 52 peratus di peringkat antarabangsa pada masa ini menyebabkan peningkatan kos pengeluaran kepada pengilang tempatan namun pada masa sama harga gula dikawal oleh kerajaan.

“Mengelak kerugian berterusan mereka (pengilang tempatan) kurangkan pengeluaran menyebabkan gangguan bekalan gula (di pasaran tempatan) dan mereka merayu harga dinaikkan tetapi kerajaan belum ambil keputusan…kerajaan kaji unjuran harga gula antarabangsa dan dijangka meningkat.

“Jadi pendekatan kita sejak awal tahun ini kita buka AP import, malangnya jumlah gula dibawa masuk itu rendah, isunya kembali tidak mampu bawa masuk gula itu kerana harga tinggi di antarabangsa. Jadi kerajaan sedang mencari jalan selesaikan isu ini supaya bekalan gula cukup untuk rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas dan meninjau Program Jualan Ramah di sini hari ini.

Armizan berkata pihaknya ada menerima aduan tentang gangguan bekalan gula terutama yang dikawal pada harga RM2.85 sekilogram di pasaran Sabah juga negeri lain, namun penyelesaian isu itu perlu mengambil kira tahap bekalan gula dan bukan harga semata-mata.

“Kerajaan dalam proses mempertimbangkan langkah jangka panjang berkaitan bekalan gula sebab tanggungjawab kerajaan bukan hanya lihat harga gula munasabah, rendah dan dikawal tetapi juga pastikan kestabilan bekalan gula itu.

“Kalau kawal harga rendah tetapi akhirnya bekalan tidak mencukupi itu pun akan datangkan isu kepada rakyat jadi kita kena buat pertimbangan sewajarnya. Isunya memang harga gula di pasaran antarabangsa tinggi yang mula dihadapi sejak 2021,” katanya.

Beliau menolak dakwaan bekalan gula dimonopoli pihak tertentu sehingga menyebabkan gangguan bekalan itu kerana kerajaan telah memberikan AP import barangan itu kepada 43 syarikat sebelum ini dan harga purata gula import antara RM3,400 hingga RM3,500 satu tan metrik. – Bernama

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/12/gangguan-bekalan-disebabkan-harga-gula-mentah-tinggi-di-pasaran-antarabangsa-armizan/feed/ 0 45118