Anugerah sukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Feb 2026 02:00:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anugerah sukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 16 anugerah sukan negeri Sabah bakal diserahkan malam ini https://sabahmedia.com/2026/02/06/16-anugerah-sukan-negeri-sabah-bakal-diserahkan-malam-ini/ https://sabahmedia.com/2026/02/06/16-anugerah-sukan-negeri-sabah-bakal-diserahkan-malam-ini/#respond Fri, 06 Feb 2026 02:00:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91090
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah Kali Ke-17 yang berlangsung malam ini bakal menyaksikan penyampaian sebanyak 16 kategori anugerah sebagai penghargaan tertinggi kepada atlet dan tokoh sukan negeri ini.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, majlis berprestij itu diadakan untuk mengiktiraf kecemerlangan atlet serta kepimpinan sukan Sabah sepanjang tahun 2023 hingga 2024.

“Ini merupakan penghargaan tertinggi kerajaan negeri kepada atlet, tokoh dan kepimpinan sukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Nizam Abu Bakar Titingan

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini pada Khamis.

Kemuncak majlis ialah penyampaian tiga anugerah utama iaitu Anugerah Olahragawan Lelaki, Anugerah Olahragawati Wanita Negeri Sabah, dan Anugerah Tokoh Sukan Negeri Sabah. 

Selain itu, anugerah turut merangkumi kategori atlet berpasukan lelaki dan wanita, atlet harapan, tokoh sukan, serta wartawan sukan yang menyumbang kepada pembangunan sukan negeri.

Majlis itu dijadual akan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Seri Dr Anil Sandhu; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Mansur Asun; Timbalan Setiausaha Tetap, Adanan @ Adnan Atin; Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Syed Ahmad Syed Abas; serta Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/06/16-anugerah-sukan-negeri-sabah-bakal-diserahkan-malam-ini/feed/ 0 91090
KM terima kunjungan JK Induk Anugerah Sukan Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/26/km-terima-kunjungan-jk-induk-anugerah-sukan-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/26/km-terima-kunjungan-jk-induk-anugerah-sukan-negeri-sabah/#respond Mon, 26 Jan 2026 09:25:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90419
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Anugerah Sukan Negeri Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Kunjungan itu diketuai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang turut menyampaikan jemputan rasmi serta memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai penganjuran Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2026.

Majlis berprestij yang diadakan setiap dua tahun sekali itu dijadualkan berlangsung pada 6 Februari depan di Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

Menurut Nizam, sebanyak 16 kategori anugerah akan disampaikan pada majlis berkenaan, bagi mengiktiraf kecemerlangan atlet Sabah yang mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Anugerah Tokoh Sukan Negeri Sabah.

Sementara itu, Hajiji merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada atlet Sabah yang mewakili kontinjen Malaysia dan berjaya menyumbang keseluruhan 10 pingat emas, 15 perak serta 15 gangsa pada Sukan PARA ASEAN (APG) Ke-13 yang berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand, dari 21 hingga 26 Januari 2026.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan atlet Sabah untuk bersaing di pentas antarabangsa serta menjadi inspirasi kepada generasi muda dalam bidang sukan.

Dalam temasya itu, atlet Sabah berjaya meraih lima pingat emas, tujuh perak dan tiga gangsa dalam acara olahraga; lima emas, lapan perak dan sembilan gangsa bagi acara renang; satu gangsa dalam acara powerlifting, dua gangsa bagi acara ping pong; serta masing-masing satu perak dan satu gangsa dalam acara lawn bowls (Demo Sukan).

Dua atlet dari Tuaran, Abdul Halim Mohammad dan Ivan Jovic Suan, turut mencuri tumpuan apabila masing-masing menyumbang lima dan tiga pingat emas menerusi acara renang dan olahraga. Atlet para olahraga Sabah, Wong Kar Gee yang merangkul emas acara lompat jauh lelaki T12, sekali gus mencipta rekod baharu APG dengan lompatan sejauh 6.83 meter.

Turut hadir pada kunjungan itu ialah Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Seri Dr Anil Sandhu, Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Mansur Asun; Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Syed Ahmad Syed Abas, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Mohd Asneh Mohd Noor serta Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Terrance Edward Pudin.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/26/km-terima-kunjungan-jk-induk-anugerah-sukan-negeri-sabah/feed/ 0 90419
MASN Sabah tampil kategori baharu, hargai jurulatih sukan Para https://sabahmedia.com/2023/10/25/masn-sabah-tampil-kategori-baharu-hargai-jurulatih-sukan-para/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/masn-sabah-tampil-kategori-baharu-hargai-jurulatih-sukan-para/#respond Wed, 25 Oct 2023 02:28:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44143
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Anugerah Jurulatih Para atau Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan kategori baharu dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri (MASN) Sabah 2021/2022.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata , penambahan kategori baharu itu bertujuan untuk menghargai para jurulatih sukan para yang telah memberikan sumbangan mengharumkan nama negeri ini.

“Kategori anugerah yang dipertandingkan adalah Olahragawan dan Olahragawati Terbaik, Olahragawan dan Olahragawati Para, Olahragawan dan Olahragawati Harapan, Berpasukan Lelaki dan Wanita, Jurulatih Terbaik serta Julatih Para.

“Lima anugerah lain ialah Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Khas, Anugerah Wartawan Terbaik, Anugerah Persatuan Sukan Terbaik dan Anugerah Tokoh Sukan, ” katanya ketika ditemui media selepas bersiaran langsung di Konti Sabah FM, di sini semalam.

Ellron berkata, hadiah kemenangan wang tunai pada tahun ini juga telah bertambah menjadi RM 137,000 secara keseluruhannya.

“Pada tahun 2012, hadiah wang kemenangan untuk Kategori Olahragawan dan Olahragawati Terbaik sahaja dinaikkan dari RM3,000 setiap seorang kepada RM5,000 dan jumlah tersebut menjadi RM10,000 pada penganjuran kali ini.

“Hadiah kemenangan untuk Kategori Persatuan Sukan Negeri Terbaik juga telah dinaikkan dari RM10,000 kepada RM20,000.

“Diharapkan ini dapat dijadikan pembakar semangat dan meningkatkan lagi usaha atlet -atlet kita di negeri Sabah untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Ellron berkata, pencalonan anugerah diuruskan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah dan agak sengit kerana penilaian mengambil kira penganjuran-penganjuran pelbagai acara sukan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Contohnya Olimpik/ Paralimpik TOKYO 2021, Sukan Sea Vietnam 2022, Sukan Para ASEAN 2022 (SOLO) , Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para Malaysia 2022 serta pelbagai kejohanan dunia melibatkan acara sukan silat, karate, bina badan, Muay Thai dan akuatik,” katanya.

Majlis bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-70 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin itu akan berlangsung Selasa depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/masn-sabah-tampil-kategori-baharu-hargai-jurulatih-sukan-para/feed/ 0 44143