Anugerah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Jul 2026 00:22:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Anugerah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 127 pelajar cemerlang Sabah bakal terima ABCNS, BKNS dan Anugerah MUIS https://sabahmedia.com/2026/07/28/127-pelajar-cemerlang-sabah-bakal-terima-abcns-bkns-dan-anugerah-muis/ https://sabahmedia.com/2026/07/28/127-pelajar-cemerlang-sabah-bakal-terima-abcns-bkns-dan-anugerah-muis/#respond Mon, 27 Jul 2026 22:48:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100656
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Seramai 127 pelajar cemerlang Sabah bakal menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS), Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dan Anugerah Cemerlang Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang dijadual akan disampaikan Khamis ini.

Anugerah dan biasiswa yang akan disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik cemerlang pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-37 itu dijadual akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Majlis berprestij itu dianjurkan secara kolaboratif oleh Kumpulan Yayasan Sabah, BKNS dan MUIS sebagai usaha memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti serta memperluaskan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang daripada pelbagai aliran pendidikan di negeri ini.

Daripada keseluruhan penerima, seramai 50 pelajar cemerlang SPM akan menerima ABCNS, 60 pelajar cemerlang STPM dan Matrikulasi akan menerima BKNS yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, manakala 17 pelajar cemerlang STAM akan menerima Anugerah Cemerlang MUIS.

Bersempena ulang tahun ke-60 Yayasan Sabah, jumlah penerima ABCNS turut ditingkatkan daripada 40 kepada 50 orang sebagai tanda komitmen berterusan institusi itu dalam menghargai kecemerlangan akademik serta melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, penganugerahan tersebut bukan sekadar menghargai pencapaian akademik, malah menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berjiwa kepimpinan dan bersedia memikul tanggungjawab membangunkan negeri.

Beliau berkata, generasi muda merupakan aset paling berharga kepada negara dan masa depan Sabah bergantung kepada keupayaan melahirkan anak-anak muda yang berilmu, berdaya tahan serta berintegriti.

“ABCNS bukan sekadar satu bentuk penghargaan terhadap kecemerlangan akademik pelajar, malah merupakan pemangkin dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berjiwa kepimpinan serta bersedia memikul tanggungjawab untuk membangunkan negeri.

“Kami percaya bahawa generasi muda merupakan aset paling berharga bagi negara. Masa depan Sabah bergantung kepada keupayaan kita membentuk anak-anak muda yang berilmu, berdaya tahan dan berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua bakal penerima supaya menjadikan pengiktirafan tersebut sebagai titik permulaan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi serta terus mengekalkan disiplin, ketekunan dan semangat menimba ilmu.

Menurut beliau, kecemerlangan bukan hanya diukur melalui anugerah yang diterima, tetapi juga melalui usaha berterusan untuk memperbaiki diri, mengembangkan potensi serta menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Penganjuran majlis berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah bersama Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan MUIS dalam memperkasa pendidikan berkualiti serta melahirkan generasi berilmu, kompeten dan berdaya saing.

Majlis berkenaan turut dijangka menghimpunkan kira-kira 1,000 pelajar daripada pelbagai sekolah sekitar Kota Kinabalu sebagai platform inspirasi dan motivasi untuk menyemai budaya kecemerlangan akademik dalam kalangan generasi muda.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/28/127-pelajar-cemerlang-sabah-bakal-terima-abcns-bkns-dan-anugerah-muis/feed/ 0 100656
AlHassan Abdul raih pingat emas TYT Sabah, berkat jaga solat dan cinta Al-Quran https://sabahmedia.com/2025/08/13/alhassan-abdul-raih-pingat-emas-tyt-sabah-berkat-jaga-solat-dan-cinta-al-quran/ https://sabahmedia.com/2025/08/13/alhassan-abdul-raih-pingat-emas-tyt-sabah-berkat-jaga-solat-dan-cinta-al-quran/#respond Wed, 13 Aug 2025 03:16:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79160
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sentiasa menjaga solat lima waku selain membaca Al-Quran setiap hari menjadi antara rahsia kejayaan AlHassan Abdul, 26, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Ke-19 Tahun 2025.

Anak kelahiran Kg. Sindanan, Penampang itu berkata, selain menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan, beliau menghafal 30 juzuk al-Quran serta mengulang bacaan mengikut juzuk setiap hari.

“Insya-Allah, saya membaca Al-Quran setiap hari walaupun hanya satu muka surat. Surah kegemaran saya ialah Surah Al-Fath kerana maksudnya adalah ‘pembuka’. 

”Saya percaya jika diamalkan, Allah akan membuka jalan untuk kita menuju ke arah-Nya, Insya-Allah,” katanya yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik.

Anak kepada pasangan Abdul Abdullah dan Jauliah Jakiri ini bercita-cita menjadi pendakwah berilmu, beramal dan berakhlak mulia selaras ajaran Islam, di samping mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW serta menyebarkan syiar Islam di bumi Borneo.

Dari segi kokurikulum, beliau pernah menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri 2024 dan 2025 (1-20 juz), Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Bahagian Keningau 2023, selain memegang pelbagai jawatan dalam program di IPDAS termasuk Pengarah Program Mekar Madani 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/13/alhassan-abdul-raih-pingat-emas-tyt-sabah-berkat-jaga-solat-dan-cinta-al-quran/feed/ 0 79160
UMS raih penganugerahan sijil pematuhan SAGA https://sabahmedia.com/2024/12/02/ums-raih-penganugerahan-sijil-pematuhan-saga/ https://sabahmedia.com/2024/12/02/ums-raih-penganugerahan-sijil-pematuhan-saga/#respond Mon, 02 Dec 2024 01:44:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64746
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih pengiktirafan terhadap aspek pematuhan sistem perakaunan standard dalam pengurusan kewangannya apabila dianugerahkan Sijil Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (SAGA)  oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Penghargaan tersebut disampaikan oleh Akauntan Negara Malaysia, Nor Yati Ahmad kepada Bendahari UMS, Badrul Hisham Ismail, yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dalam Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA (MASS) Tahun 2024 yang berlangsung Wyndham Acmar Hotel, Klang baru-baru ini.

Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kejayaan UMS dalam memenuhi standard pengurusan kewangan berasaskan Government Resource Planning (GRP 9.0) yang dikendalikan oleh vendor yang dilantik dan diintegrasikan dengan pelbagai subsistem kewangan dalaman universiti melalui kerjasama antara Jabatan Digital dan Jabatan Bendahari UMS.

Menurut Badrul, kejayaan tersebut hasil usaha bersama seluruh pasukan yang bekerja keras memastikan pematuhan kepada 12 kriteria fungsian dan 8 kriteria teknikal yang digariskan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2018.

“Alhamdulillah, anugerah ini membuktikan komitmen UMS untuk mengekalkan pengurusan kewangan yang telus, berintegriti, dan sistematik.

“Ini juga memperkukuh usaha kami untuk mengurangkan kesilapan serta memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan tepat dan terkini,” katanya.

Tambah beliau, pematuhan kepada piawaian tinggi tersebut diyakini dapat mempertingkatkan keberkesanan pengurusan sumber kewangan UMS, sekali gus menyokong objektif universiti sebagai institusi pengajian tinggi yang cemerlang.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi pemacu kepada UMS untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih telus dan berkesan dalam pengurusan kewangan,” ujar Badrul.

Majlis anugerah tersebut turut menyaksikan penyertaan pelbagai agensi kerajaan yang diiktiraf atas kejayaan masing-masing dalam mengukuhkan pengurusan kewangan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh JANM.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/02/ums-raih-penganugerahan-sijil-pematuhan-saga/feed/ 0 64746
Dr. Velerie Juarai Malaysia Teacher Prize 2024 https://sabahmedia.com/2024/10/24/dr-velerie-juarai-malaysia-teacher-prize-2024/ https://sabahmedia.com/2024/10/24/dr-velerie-juarai-malaysia-teacher-prize-2024/#respond Thu, 24 Oct 2024 01:09:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62661
Read Time:1 Minute, 32 Second

Dr. Velerie Wheelervon Primus, seorang guru pendidikan khas dari Sekolah Rendah Bingkor, Keningau, telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize 2024 dalam satu majlis yang berlangsung di Auditorium Khazanah, Asia School of Business, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr. Velerie menerima hadiah wang tunai RM 50,000, bersama trofi dan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek. Malaysia Teacher Prize, anjuran Pemimpin GSL dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Global Teacher Prize, merupakan anugerah paling berprestij di negara ini bagi menghargai sumbangan luar biasa guru-guru. Pada tahun ini, sebanyak 2,209 permohonan diterima dari seluruh negara, sebelum 10 finalis teratas disenarai pendek.

Dr. Velerie, yang juga merupakan penerima Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang Kebangsaan dan Anugerah Perdana Belia Sabah 2024, telah berjaya menarik perhatian melalui projek bilik multisensori yang beliau bangunkan. Projek ini telah memberi impak besar kepada murid-murid berkeperluan khas dengan menyediakan terapi pekerjaan secara konsisten, yang membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran akademik dan pengurusan kehidupan harian.

Beliau menjadikan prinsip “Miracles do happen” sebagai pegangan, dengan keyakinan bahawa setiap murid berpotensi untuk mencapai kejayaan luar biasa. Guru besar sekolah, Sylvester Balang, menyatakan bahawa Dr. Velerie bukan sahaja berjaya mengasah kemahiran literasi asas dan kemahiran hidup murid-muridnya, malah beliau turut menjadi contoh kepada rakan sejawat dalam meneroka inovasi dan penyelidikan untuk memperbaiki perkembangan murid secara menyeluruh.

Dalam ucapannya, Dr. Velerie meluahkan rasa syukur dan rendah diri atas penghargaan yang diterimanya, melihatnya sebagai bukti kepada advokasi beliau dalam menyediakan pendidikan terbaik untuk kanak-kanak neurodivergen. Anugerah ini, katanya, adalah pengiktirafan kepada usaha kerasnya dan memberi dorongan untuk terus memperjuangkan kurikulum pendidikan khas yang inklusif. Beliau kini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan beberapa organisasi pendidikan untuk memperbaharui kurikulum tersebut.

Anugerah ini memperkukuh lagi semangat Dr. Velerie dalam misinya untuk memastikan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat peluang pendidikan yang sebaik mungkin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/24/dr-velerie-juarai-malaysia-teacher-prize-2024/feed/ 0 62661
Ab Jamal terima anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan https://sabahmedia.com/2024/09/17/ab-jamal-terima-anugerah-maulidur-rasul-peringkat-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2024/09/17/ab-jamal-terima-anugerah-maulidur-rasul-peringkat-kebangsaan/#respond Tue, 17 Sep 2024 00:56:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60767
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Ab Jamal Tun Sakaran dinobatkan sebagai penerima anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah berkenaan pada Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di ibu negara semalam.

Ab Jamal yang juga Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima hadiah wang tunai RM30,000, medal dan sijil penghargaan.

Ab Jamal (tiga kiri) bersama penerima anugerah yang lain

Beliau yang banyak melakukan inovasi dakwah khususnya di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya mengangkat potensi masjid menjadi pangkalan ibadah dan pusat ilmu sejak tahun 2011.

Transformasi itu juga melayakkan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat Negeri Sabah dan Kebangsaan.

Beliau adalah pengasas program Al-Mubarak, agenda memperkasakan budaya ilmu dalam komuniti melalui aktiviti masjid diterjemahkan menerusi kejayaan beberapa buah sekolah dan madrasah.

Antaranya sekolah rendah agama Madrasah Al- Mubarak, Tadika Al-Quran Al-Mubarak, Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mubarak, Institut Pendidikan Tinggi Al-Mubarak untuk anak-anak kelainan upaya mempelajari Al-Quran dan Tahsin, serta pusat terapi bagi anak-anak yang mengalami masalah pertuturan.

Terdahulu pada majlis itu,  Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024.

Selain Ab Jamal, turut menerima anugerah Maulidur Rasul adalah Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, Datin Aminah Zakaria; Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau, serta Pakar Bidang Institut Genome dan Vaksin Malaysia, Profesor Datin Dr Khatijah Mohamad Yusoff.

Penerima lain ialah bekas Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain; Presiden Malaysian Deaf Advocacy dan Wealthy (DAWN), Sariah Ibrahim; dan ahli perniagaan, Michael Tong Wai Siong. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/17/ab-jamal-terima-anugerah-maulidur-rasul-peringkat-kebangsaan/feed/ 0 60767
Kampung Batu Puteh Terima Anugerah Kampung Pelancongan Terbaik Oleh UNWTO https://sabahmedia.com/2021/12/03/kampung-batu-puteh-terima-anugerah-kampung-pelancongan-terbaik-oleh-unwto/ https://sabahmedia.com/2021/12/03/kampung-batu-puteh-terima-anugerah-kampung-pelancongan-terbaik-oleh-unwto/#respond Fri, 03 Dec 2021 07:01:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9233
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kampung Batu Puteh, Pelancongan Berasaskan Komuniti oleh Koperasi Pelancongan Komuniti Batu Puteh, KOPEL Bhd., telah diiktiraf sebagai salah sebuah Kampung Pelancongan Terbaik oleh United Nation World Tourism Organization (UNWTO) pada inisiatif edisi pertama ini.

Kekayaan budaya dan semulajadi serta komitmennya terhadap kelestarian dalam tiga terasnya, Kampung Batu Puteh telah dipilih daripada lebih 170 permohonan dari 75 negara, satu demonstrasi yang jelas tentang nilai dan tindakan cemerlangnya ke arah pembangunan pelancongan luar bandar.

Permohonan secara eksklusif dibentangkan secara dalam talian oleh Negara Anggota UNWTO, Malaysia sebagai salah satu ahlinya. Keperluan permohonan termasuk kepadatan penduduk adalah rendah dan maksimum 15,000 penduduk. Terletak dalam landskap dengan menjalankan aktiviti tradisional yang penting seperti pertanian, perhutanan, penternakan dan/atau perikanan, dan perkongsian nilai dan gaya hidup masyarakat.

Justeru itu, Kampung Batu Puteh telah dicalonkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia untuk pengiktirafan ini.

Pelancongan Berasaskan Komuniti oleh KOPEL bermula pada tahun 2000 dengan pembukaan program inap desa (homestay) pertama Sabah Miso Walai Homestay. Di samping perkhidmatan bot kampung, perkhidmatan panduan, muzik kebudayaan dan program tarian, inisiatif pemuliharaan hutan KOPEL telah berkembang menjadi perusahaan sosial berskala sederhana yang menyokong pekerjaan, matlamat sosial dan alam sekitar serta komited untuk melindungi dan memulihkan ekosistem dan biodiversiti di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan yang menjadikan Sabah begitu unik dan signifikan pada skala global.

“Pasukan KOPEL sangat gembira apabila mereka mendengar berita itu, ia adalah satu rangsangan besar mengembalikan semangat selepas 18 bulan kerugian akibat pandemik dan sifar pendapatan pelancongan antarabangsa. Kami lebih teruja apabila mendapat tajaan untuk menghadiri majlis anugerah bersama Kementerian Pelancongan.

“KOPEL berharap pengiktirafan ini membantu mempromosikan pelancongan berasaskan luar bandar dan komuniti di Malaysia dan membantu membawa pulang pelancong antarabangsa terutamanya ke Sabah dan Wilayah Kinabatangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KOPEL Bhd. Martin Vogel.

“Anugerah ini memantapkan usaha yang dilakukan oleh masyarakat Batu Puteh dan menjadi motivasi besar bagi mereka untuk meneruskan usaha baik mereka dalam kelestarian,” komen Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffn.

“Saya sedar Pelancongan Luar Bandar bukanlah satu segmen khusus baharu untuk pelancongan di Sabah. Namun, melihat kepentingan untuk terus mengembangkan dan menyokong pemain industri tersebut, Pelancongan Sabah telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan usaha promosi sejak 2014. Ini menyebabkan Kadamaian menerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean pada 2019 dan juga Majlis Pelancongan yang dimulakan di setiap daerah untuk membantu usaha itu,” tambahnya.

Pengerusi KOPEL Abd Sanih Nasri, Timbalan Pengerusi Mohamad Juhari Kadir dan Pengurus Pemuliharaan KOPEL Bhd Saidal Udin, sebahagiannya ditaja oleh Lembaga Pelancongan Sabah untuk hadir di Madrid untuk menerima anugerah Kampung Pelancongan Terbaik, yang telah diadakan semasa Perhimpunan Agung UNWTO ke-24 pada 2 Disember 2021 di Pusat Persidangan Auditorium Marriott di Madrid, Sepanyol.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/03/kampung-batu-puteh-terima-anugerah-kampung-pelancongan-terbaik-oleh-unwto/feed/ 0 9233
113 Graduan Terima Anugerah Sijil Pertanian https://sabahmedia.com/2021/11/30/113-graduan-terima-anugerah-sijil-pertanian/ https://sabahmedia.com/2021/11/30/113-graduan-terima-anugerah-sijil-pertanian/#respond Tue, 30 Nov 2021 07:52:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9081
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 113 graduan menerima anugerah Sijil Pertanian pada Majlis Konvokesyen Ke-49 Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sabah yang diadakan di Dewan Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Institut Pertanian Sabah (IPS) telah dianugerahkan pengiktirafan Program Sijil Pertanian Tahap 3 daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA), dimana ia merupakan entiti yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

“Syabas dan tahniah di atas pengiktirafan ini kerana ia memberi impak positif terhadap jaminan kualiti penyampaian akademik yang melibatkan penambahbaikan berterusan dalam silibus yang diajar di IPS,” katanya.

Menurut Jeffrey lagi, pengiktirafan MQA juga akan melayakkan perpindahan kredit kursus seterusnya memendekkan tempoh pengajian di institusi yang lebih tinggi. Justeru, ia akan memberi kelebihan kepada graduan dalam permohonan kerjaya di sektor perkhidmatan awam dan swasta.

“Saya menyeru agar para graduan terus kekal dan berusaha menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian. Para graduan perlu menghadapi cabaran dan beradaptasi Ke Arah Revolusi Industri Pertanian 4.0 agar dapat berkembang seiring dengan kemajuan teknologi pertanian terkini,” katanya.

Jeffrey dalam ucapan perasmiannya turut menitipkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Pertanian Sabah yang telah berjaya mengadakan majlis konvokesyen ini dengan teratur dan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang berkuatkuasa.

Beliau juga berharap institusi ini akan terus mampan, dinamik dan maju dalam pendidikan bidang pertanian bagi memenuhi keperluan modal insan dalam sektor pertanian di Negeri Sabah.

“Saya percaya dengan keseragaman kurikulum yang digunakan di seluruh Institut Pertanian Malaysia, kualiti graduan pertanian akan terjamin seiring dengan permintaan industri masa kini. Saya berharap agar IPS meneruskan usaha dan bakti dalam melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian,”ujarnya.

Jeffrey turut menyatakan bahawa Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada para graduan untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib, Pembantu Menteri II, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Hendrus Anding, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Mariana Tinggal, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Adanan @Adnan Atin, Pengarah Pertanian Sabah, Dzulkifli Ghulamdin dan ketua-ketua pegawai dan agensi negeri dan persekutuan serta para ibubapa graduan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/30/113-graduan-terima-anugerah-sijil-pertanian/feed/ 0 9081
DBKK Raih Dua Anugerah Sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 https://sabahmedia.com/2021/11/19/dbkk-raih-dua-anugerah-sempena-hari-kesihatan-persekitaran-sedunia-peringkat-kebangsaan-tahun-2021/ https://sabahmedia.com/2021/11/19/dbkk-raih-dua-anugerah-sempena-hari-kesihatan-persekitaran-sedunia-peringkat-kebangsaan-tahun-2021/#respond Fri, 19 Nov 2021 04:10:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8604
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima Pengiktirafan Cemerlang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Program Kesihatan Persekitaran Tahun 2021 bagi dua kategori iaitu Program Premis Makanan Bersih (Anjung Senja) dan Program Pasar Awam Bersih (Pasar Besar Kota Kinabalu).

Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pengiktirafan berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 yang berlangsung pada 12 November 2021 yang lalu di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, sejumlah 105 Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh negara telah menyertai program ini, yang berlangsung dari bulan Mac hingga Ogos 2021, iaitu melibatkan empat kategori telah dipertandingkan dan tiga pemenang dari setiap kategori diberi pengiktirafan cemerlang.

Menurut Noorliza, Program Premis Makanan Bersih PBT 2021 dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan premis makanan medan selera terpilih kepada gred B dan ke atas.

“Ini mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemilik premis makanan untuk meningkatkan tahap kebersihan premis mereka serta meningkatkan nilai estetika medan selera yang terlibat”,katanya.

Manakala, objektif Program Pasar Awam Bersih PBT 2021 adalah untuk meningkatka kualiti pengurusan pasar awam dan status sanitasi pasar awam di seluruh negara, mendapatkan komitmen dan kebertanggungjawaban PBT dalam program dan perkhidmatan pembersihan pasar.

Selain memperkenal serta mempromosikan konsep ‘Pasar Sejahtera’ serta mewujudkan satu sistem pengurusan pasar yang seragam, bersistematik dan efektif dalam program pengurusan pasar awam di kawasan PBT.

Sementara itu, Noorliza telah berbesar hati menerima anugerah berkenaan dan merakamkan gambar kenangan bersama ahli-ahli Jawatankuasa Program Kesihatan Persekitaran DBKK yang diketuai oleh Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK.

Hadir sama ialah ketua-ketua jabatan yang terlibat, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), Syron A. Tunggolou, Pengarah Jabatan Pelesenan, Lizawana Matin, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Landskap, Rozie Khan, Pengarah Jabatan Pengurusan Data dan Pendigitalan, Rusli Nurdin serta pegawai-pegawai JKPB.

“DBKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas penganjuran program tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah atas pencalonan DBKK menyertai program berkenaan,” tambah Noorliza.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/19/dbkk-raih-dua-anugerah-sempena-hari-kesihatan-persekitaran-sedunia-peringkat-kebangsaan-tahun-2021/feed/ 0 8604
122 Individu Terima Darjah Kebesaran Pada Sesi Kedua Istiadat https://sabahmedia.com/2021/10/27/122-individu-terima-darjah-kebesaran-pada-sesi-kedua-istiadat/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/122-individu-terima-darjah-kebesaran-pada-sesi-kedua-istiadat/#respond Wed, 27 Oct 2021 06:41:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7962
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU :  Sesi kedua Istiadat Pengurniaan Darjah kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah, hari ini, menyaksikan 122 individu lagi menerima anugerah masing-masing.

Peguam, Tengku Datuk Ahmad Fuad T.A. Burhanuddin, Ketua Setiausaha Politik, Datuk Abdul Kassim Jali, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah, Norjeli Dais dan Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Fadilah Sarbi antara 16 penerima darjah kebesaran, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Pada istiadat itu, Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri, Lo Sui Fui dikurniakan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP), disusuli 11 penerima darjah kebesaran kebesaran, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Antara yang menerima ASDK Ahli Dewan Undangan Negeri Pintasan, Fairuz Renddan dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pematuhan, Saham Sabah Berhad dan juga Professor Dalam Bidang Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Sabah, Prof Ts Dr Imbarine Bujang.

Turut menerima kurniaan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 ialah 28 penerima darjah kebesaran, Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 32 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 21 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 13 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (SK).

Istiadat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat itu dilaksanakan dalam tiga sesi bermula semalam dan diserikan dengan kehadiran isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/122-individu-terima-darjah-kebesaran-pada-sesi-kedua-istiadat/feed/ 0 7962
174 Premis Di Seluruh Sabah Terima Anugerah Kedai Harga Patut 2021 https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/#respond Fri, 22 Oct 2021 04:20:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7792
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 174 premis di seluruh Sabah menerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah KPDNHEP Negeri Sabah Georgie Abas berkata, Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) ini merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara dwi tahunan sejak tahun 2003 dengan tujuan untuk memberikan pengiktirafan dan menggalakkan premis-premis perniagaan menjual dan menawarkan produk dan barangan pengguna pada harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan.

Georgie juga telah mengadakan lawatan dan seterusnya menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 di premis-premis perniagaan sekitar daerah Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu pada Khamis.(21 Oktober 2021)

Katanya, sebanyak 22 premis yang dikunjungi semasa lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada 174 buah premis di seluruh Sabah yang terpilih untuk menerima AKHP.

Menurut Georgie, terdapat lapan kategori premis perniagaan yang telah dilakukan penilaian dan terpilih bagi anugerah tersebut iaitu kedai runcit, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar (hypermarket), kedai makan/restoran, gerai makan, kedai alat tulis/buku dan kedai pakaian. Untuk rekod, sebanyak 2,149 buah premis di seluruh negara telah terpilih sebagai penerima AKHP 2021.

“KPDNHEP melalui kerjasama strategik dengan pemain industri sektor peruncitan akan meneruskan AKHP di masa hadapan bagi mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan merancakkan kegiatan ekonomi domestik”, ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/feed/ 0 7792