anwar ibrahim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Jun 2026 10:57:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anwar ibrahim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hubungan erat Persekutuan-Johor diperkukuh demi kemajuan rakyat https://sabahmedia.com/2026/06/22/hubungan-erat-persekutuan-johor-diperkukuh-demi-kemajuan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2026/06/22/hubungan-erat-persekutuan-johor-diperkukuh-demi-kemajuan-rakyat/#respond Mon, 22 Jun 2026 10:57:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98685
Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor akan terus diperkukuh bagi memastikan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat negeri itu dapat diberi keutamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas menghadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni itu memberi ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor.

“Pertemuan ini memberikan ruang yang baik untuk bertukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara terkait kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri Johor Darul Ta’zim,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Anwar berkata, perbincangan turut menyentuh perkembangan semasa serta perancangan berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri Johor.

Beliau berkata, komitmen untuk mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua pihak penting bagi memastikan usaha pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Tunku Mahkota Ismail dan saya juga sepakat untuk terus mengekalkan hubungan yang baik, selain mengukuhkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor,” katanya.

Jelas beliau, kerjasama berterusan itu diharap dapat memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya dalam aspek ekonomi, pembangunan dan peningkatan kualiti hidup.SABAH MEDIA / FOTO HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/22/hubungan-erat-persekutuan-johor-diperkukuh-demi-kemajuan-rakyat/feed/ 0 98685
PM Anwar temui juara debat generasi MADANI 2025 https://sabahmedia.com/2025/09/27/pm-anwar-temui-juara-debat-generasi-madani-2025/ https://sabahmedia.com/2025/09/27/pm-anwar-temui-juara-debat-generasi-madani-2025/#respond Sat, 27 Sep 2025 00:57:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82075
Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat berkesempatan bertemu dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2025.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar menitipkan pesanan agar para pelajar terus mengekalkan disiplin, berusaha gigih serta tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita.

“Semoga dengan ilmu dan usaha yang bersungguh-sungguh, mereka bukan sahaja dapat membanggakan diri dan keluarga, bahkan turut menyumbang kepada kemajuan bangsa serta negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Kejayaan SMK Tawau itu dianggap sebagai satu pencapaian membanggakan bukan sahaja untuk warga sekolah berkenaan, malah juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar di seluruh Sabah serta Malaysia.

Pertandingan Debat Generasi MADANI anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan platform untuk menggilap bakat kepimpinan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Terdahulu, Isnin lalu, pasukan debat Negeri Sabah berjaya mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan apabila dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2025, selepas menewaskan pasukan handalan Selangor di peringkat akhir.

Pertandingan penuh sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan tampil dengan hujah bernas dan berkeyakinan tinggi. – SABAH MEDIA / FOTO FB PMX

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/27/pm-anwar-temui-juara-debat-generasi-madani-2025/feed/ 0 82075
Peruntukan Sabah naik RM6.7 Bilion, Pan Borneo jadi keutamaan – PM Anwar https://sabahmedia.com/2025/08/28/peruntukan-sabah-naik-rm6-7-bilion-pan-borneo-jadi-keutamaan-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2025/08/28/peruntukan-sabah-naik-rm6-7-bilion-pan-borneo-jadi-keutamaan-pm-anwar/#respond Thu, 28 Aug 2025 04:01:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80202
Read Time:2 Minute, 8 Second

Kuala Lumpur : Peningkatan peruntukan pembangunan untuk Sabah daripada RM5.2 bilion pada tahun 2022 kepada RM6.7 bilion pada tahun ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk merapatkan jurang pembangunan negeri di negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agihan tersebut mencerminkan prinsip keadilan dan keterangkuman yang menjadi teras pentadbiran Kerajaan MADANI, selain memastikan rakyat Sabah menikmati kemudahan infrastruktur setara dengan negeri lain.

“Keutamaan diberikan kepada projek yang memberi impak tinggi terhadap kesejahteraan rakyat, pemerkasaan ekonomi tempatan, dan penciptaan peluang pekerjaan, khususnya di kawasan desa serta wilayah yang masih kurang membangun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini.

Anwar berkata, sehingga Disember 2024, empat daripada 35 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah berjaya disiapkan.

Katanya, Kerajaan Persekutuan juga meneruskan pelaksanaan penuh projek mega itu dengan kos keseluruhan berjumlah RM15.90 bilion, yang disediakan di bawah anggaran perbelanjaan pembangunan persekutuan, selain sokongan daripada sumber pembiayaan lain.

“Lebuhraya Pan Borneo Sabah bukan sahaja simbol pembangunan infrastruktur, malah pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan akses yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan turut meluluskan projek Sabah Sarawak Link Road (SSLR) dengan kos hampir RM10 bilion, yang dijangka menghubungkan lebih banyak kawasan pedalaman Sabah ke jaringan jalan raya utama, sekali gus meningkatkan mobiliti dan peluang ekonomi penduduk luar bandar.

Perdana Menteri menegaskan bahawa Sabah sentiasa menjadi antara keutamaan dalam agenda pembangunan nasional, seiring dengan hasrat untuk membawa kemudahan moden, peluang pekerjaan serta pembangunan sosial yang lebih seimbang di seluruh negeri.

“Komitmen ini bukan sekadar angka dalam belanjawan, tetapi sebuah pelan tindakan untuk memastikan rakyat Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan soalan tambahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran), Perdana Menteri berkata, Kerajaan memberi jaminan kemajuan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah akan lebih cepat selepas diakui sudah melalui beberapa kelewatan dalam pelaksanaannya ketika ini.

Katanya, kerajaan sudah mengambil tindakan lebih tegas dan berani, dengan menamatkan kontrak syarikat yang sebelum ini gagal menyiapkan fasa kerja ditetapkan, termasuk kepada syarikat yang sudah diberi penyambungan kontrak sebanyak dua atau tiga kali.

“Ada yang disambung kontrak, ada dua kali, ada yang tiga kali. Saya sudah tamatkan supaya kita boleh kontrak semula dan insya-Allah berjaya untuk melihat dan menyaksikan perkembangan projek Pan Borneo lebih cepat. Saya yakin dengan cara tender lebih telus ini, projek ini boleh berjalan lebih baik.

“Saya terima teguran (kelewatan di Sabah). Tidak ada sebab projek sama, boleh siap 98 peratus di Sarawak dan kegagalannya banyak di Sabah. Sebab itu pendekatan harus lebih tegas berani dan telus,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/28/peruntukan-sabah-naik-rm6-7-bilion-pan-borneo-jadi-keutamaan-pm-anwar/feed/ 0 80202
PM Anwar ucap takziah kepada Premier  Sarawak atas pemergian isteri https://sabahmedia.com/2025/06/23/pm-anwar-ucap-takziah-kepada-premier-sarawak-atas-pemergian-isteri/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/pm-anwar-ucap-takziah-kepada-premier-sarawak-atas-pemergian-isteri/#respond Mon, 23 Jun 2025 01:42:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75997
Read Time:48 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan  takziah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri beliau, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, awal pagi ini.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berduka menerima khabar pemergian Allahyarham.

“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo (Abang Johari) yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.

Juma’ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada 3.34 pagi.

Allahyarham merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari ini, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/pm-anwar-ucap-takziah-kepada-premier-sarawak-atas-pemergian-isteri/feed/ 0 75997
Perdana Menteri adakan lawatan kerja sehari ke Sabah esok https://sabahmedia.com/2025/05/29/perdana-menteri-adakan-lawatan-kerja-sehari-ke-sabah-esok/ https://sabahmedia.com/2025/05/29/perdana-menteri-adakan-lawatan-kerja-sehari-ke-sabah-esok/#respond Thu, 29 May 2025 00:51:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74716
Read Time:39 Second

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah esok.

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 11.20 malam ini menggunakan pesawat khas dari ibu negara.

Esok Perdana Menteri dijadual akan merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Penampang.

Sejurus selepas itu, Perdana Menteri akan merasmikan projek ESTEEL Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa 1 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut dijadual hadir pada kedua-dua program berkenaan.

Selain menghadiri dua acara rasmi itu, Perdana Menteri turut dijadualkan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah sebelum berlepas pulang ke ibu negara kira-kira jam 1.45 petang esok.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/29/perdana-menteri-adakan-lawatan-kerja-sehari-ke-sabah-esok/feed/ 0 74716
Malaysia Tutup Tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan Kejayaan Bermakna – Anwar Ibrahim https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/ https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/#respond Tue, 27 May 2025 14:14:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74656
Read Time:1 Minute, 46 Second

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang disifatkannya sebagai antara persidangan paling substantif dalam sejarah rantau itu.

Menerusi satu muat naik di Facebook rasminya malam ini, Anwar berkata kejayaan sidang tersebut adalah hasil usaha gigih dan kerjasama erat antara pelbagai kementerian, agensi kerajaan serta pasukan keselamatan negara.

“Alhamdulillah, Malaysia menutup tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan penuh bermakna,” katanya sambil menyifatkan semangat setiakawan luar biasa antara pemimpin ASEAN sebagai tunjang utama kejayaan sidang kali ini.

Menurut Anwar, sidang tersebut bukan sahaja menghasilkan kenyataan bersama yang kukuh dan bermakna, tetapi juga menyaksikan kemajuan ketara dalam kerjasama dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

“Perbincangan kali ini tidak lagi bersifat formaliti semata-mata, tetapi jauh lebih teliti, menyentuh isu-isu seperti tarif, projek bersama serta peranan bersama dalam mendukung keamanan dan kestabilan rantau,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa ASEAN kekal berpegang pada prinsip kepusatan serantau dan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi yang saksama.

“Kita akan terus menjalin kerjasama strategik dengan semua kuasa besar dunia — sama ada China, Amerika Syarikat mahupun negara-negara lain — demi kepentingan rantau,” jelasnya.

Dalam muat naik itu, Anwar turut memaklumkan bahawa ASEAN mencapai kata sepakat untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota penuh menjelang Oktober ini, tertakluk kepada pematuhan akhir dalam aspek ekonomi.

Antara pencapaian penting lain termasuk keputusan untuk memulakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara ASEAN dan GCC, yang dijangka membuka ruang baharu dalam pengembangan pasaran dan integrasi ekonomi serantau.

“Banyak isu penting yang lazimnya dibincangkan kemudian telah diselesaikan lebih awal daripada kebiasaan — termasuk isu Myanmar, tarif dan perdagangan intra-ASEAN,” katanya.

Anwar turut menyatakan harapannya agar kesepakatan yang dicapai dapat diterjemahkan kepada tindakan konkrit menjelang pertemuan akan datang pada bulan Oktober.

“Saya percaya semangat yang ditunjukkan oleh semua pemimpin ASEAN kali ini mencerminkan tekad baharu untuk menjadikan ASEAN benar-benar berpaksikan rakyat demi masa depan yang lebih mampan dan terangkum,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur menyaksikan kehadiran kesemua ketua negara dan kerajaan ASEAN, termasuk tetamu kehormat dari GCC dan China.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/27/malaysia-tutup-tirai-sidang-kemuncak-asean-ke-46-dengan-kejayaan-bermakna-anwar-ibrahim/feed/ 0 74656
Perdana Menteri adakan kunjungan hormat ke atas Tun Musa https://sabahmedia.com/2025/05/11/perdana-menteri-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-tun-musa/ https://sabahmedia.com/2025/05/11/perdana-menteri-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-tun-musa/#respond Sun, 11 May 2025 09:21:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73632
Read Time:31 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Anwar menerusi kemaskini di Facebooknya memaklumkan ruang kunjungan itu di gunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa selain merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“Lawatan ini penting dalam memacu Negeri Di Bawah Bayu ini ke tahap yang lebih tinggi di masa akan datang khususnya terkait kepada pembangunan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Hadir sama, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama rombongan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/11/perdana-menteri-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-tun-musa/feed/ 0 73632
Kedatangan 2024 diharap beri suasana lebih cerah, positif kepada rakyat https://sabahmedia.com/2024/01/01/kedatangan-2024-diharap-beri-suasana-lebih-cerah-positif-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2024/01/01/kedatangan-2024-diharap-beri-suasana-lebih-cerah-positif-kepada-rakyat/#respond Mon, 01 Jan 2024 02:43:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47361
Read Time:2 Minute, 26 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan kedatangan Tahun Baharu 2024 akan memberi suatu suasana lebih cerah dan positif kepada rakyat dengan Kerajaan Perpaduan akan menumpukan usaha terhadap pembangunan ekonomi demi kesejahteraan mereka.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara ini akan terus menjadi tumpuan kerajaan bagi meredakan kesusahan rakyat daripada pelbagai aspek seperti inflasi, pengangguran dan kos sara hidup, selain menjamin perkhidmatan mutu pendidikan dan kesihatan.

Dalam hal itu, Anwar menggesa Jemaah Menteri, barisan pegawai kanan, agensi  penguat kuasa, badan keselamatan, penjawat awam serta sektor swasta supaya meningkatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat dan gagah di rantau ini.

“Kita melabuh tirai menutup tahun 2023, wajar saya mulakan dengan memberikan sedikit rumusan mengulangi apa yang telah disampaikan kepada umum bahawa kedudukan prestasi pertumbuhan ekonomi masih bertahan kepada empat peratus.

Ini antara terbaik, tetapi ada lagi nikmat dan kejayaan, umpamanya penurunan inflasi kurang daripada dua peratus, penurunan kadar pengangguran yang sangat rendah,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Facebook beliau malam tadi.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau tidak mahu terpukau dengan angka dan data berkenaan kerana ukuran sebenarnya ialah kemaslahatan, kebajikan serta kesejahteraan rakyat dan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat ketika ini masih perlu ditangani.

Perdana Menteri berkata tumpuan penuh terhadap usaha memacu pertumbuhan ekonomi perlu dilakukan dengan membetulkan tatakelola dalam kepimpinan serta pentadbiran awam.

Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana berjaya melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

Sementara itu, Anwar berkata bagi memastikan setiap dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, kaedah penyampaian perkhidmatan yang lama tidak boleh lagi diguna pakai, sebaliknya perlu  diperbaiki dan ia termasuk mempercepatkan proses kelulusan setiap jabatan seolah-olah menghadapi isu keselamatan dan keadaan darurat.

Beliau berkata hanya dengan cara ini, ekonomi boleh dipacu dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing.

Sementara itu, Anwar berkata soal perpaduan dan keselamatan rakyat terus menjadi antara cabaran yang perlu diberikan keutamaan dengan memastikan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan melibatkan kedudukan agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Bumiputera serta Bahasa Melayu tidak diganggu.

“Semangat perpaduan untuk memeluk keseluruhan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama, itu tugas hakiki yang tidak boleh disangkal ataupun diringankan. Kalau ini dapat kita capai, kita boleh beralih daripada permasalahan titik bengik yang tidak berkesudahan,” katanya.

Sepanjang tahun ini, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan berjaya bekerja sebagai satu pasukan dan ia adalah berkat satu sistem politik yang stabil yang baru dicapai setelah negara dilanda suasana ketidaktentuan selama beberapa tahun.

“Hasil pandangan dan nasihat dan pedoman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu khususnya  keputusan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, kita telah dapat mengharungi dengan bergaya dan berjaya (menghadapi segala cabaran).

“…dengan kekuatan dan kestabilan kita dapat bekerja sebagai satu pasukan dan menangani isu-isu yang asas untuk rakyat dan negara,” kata Perdana Menteri.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/01/kedatangan-2024-diharap-beri-suasana-lebih-cerah-positif-kepada-rakyat/feed/ 0 47361