ANWAR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 29 May 2026 20:09:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ANWAR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PM Anwar ke Sabah hari ini, rasmi sambutan Pesta Kaamatan 2026 https://sabahmedia.com/2026/05/30/pm-anwar-ke-sabah-hari-ini-rasmi-sambutan-pesta-kaamatan-2026/ https://sabahmedia.com/2026/05/30/pm-anwar-ke-sabah-hari-ini-rasmi-sambutan-pesta-kaamatan-2026/#respond Fri, 29 May 2026 20:09:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97497
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sabah hari ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri itu dijadual tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Beliau dijadual tiba di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Penampang pada jam 11 pagi bagi menyempurnakan majlis perasmian festival kebudayaan itu.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut dijadual melawat rumah-rumah tradisi etnik Sabah di pekarangan KDCA.

Pada Jumaat, Perdana Menteri berkata, beliau akan memberikan penjelasan terperinci mengenai tuntutan pemberian khas 40 peratus hasil bersih Sabah sewaktu lawatan kerja beliau ke negeri ini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, yang membangkitkan perkara berkaitan hak 40 peratus bagi Sabah.

“Itu (isu 40 peratus) saya akan jelaskan esok di Sabah. Saya akan ke Sabah esok (hari ini),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/30/pm-anwar-ke-sabah-hari-ini-rasmi-sambutan-pesta-kaamatan-2026/feed/ 0 97497
Isu hak 40 peratus : PM Anwar akan beri penjelasan esok https://sabahmedia.com/2026/05/29/isu-hak-40-peratus-pm-anwar-akan-beri-penjelasan-esok/ https://sabahmedia.com/2026/05/29/isu-hak-40-peratus-pm-anwar-akan-beri-penjelasan-esok/#respond Fri, 29 May 2026 08:03:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97471
Read Time:44 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan memberikan penjelasan terperinci mengenai tuntutan pemberian khas 40 peratus hasil bersih Sabah sewaktu lawatan kerja beliau ke negeri itu, esok.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, yang membangkitkan perkara berkaitan hak 40 peratus bagi Sabah.

“Itu (isu 40 peratus) saya akan jelaskan esok di Sabah. Saya akan ke Sabah esok,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah di sini.

Semalam, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Kerajaan Persekutuan komited untuk memperbetul pendirian rasmi pentadbiran terdahulu, termasuk melaksanakan semakan berkaitan hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah.

Armizan berkata, komitmen itu selaras dengan pendirian Anwar yang mengiktiraf hak Sabah terhadap pemberian khas berkenaan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/29/isu-hak-40-peratus-pm-anwar-akan-beri-penjelasan-esok/feed/ 0 97471
PM Anwar terima perletakan jawatan Shamsul Iskandar, tegaskan SPRM bebas siasat https://sabahmedia.com/2025/11/26/pm-anwar-terima-perletakan-jawatan-shamsul-iskandar-tegaskan-sprm-bebas-siasat/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/pm-anwar-terima-perletakan-jawatan-shamsul-iskandar-tegaskan-sprm-bebas-siasat/#respond Wed, 26 Nov 2025 03:37:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87095
Read Time:49 Second

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dalam satu kenyataan media, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan atas khidmat dan sumbangan yang telah diberikan Shamsul Iskandar sepanjang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan.

“Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas untuk menjalankan siasatan secara segera tanpa sebarang campur tangan luar,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal komited terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam pentadbiran negara, selain memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang.

Semalam, Shamsul Iskandar mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul dalam kenyataan di platform X berkata, terdapat percubaan untuk menyerang dirinya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.

“Saya juga telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/pm-anwar-terima-perletakan-jawatan-shamsul-iskandar-tegaskan-sprm-bebas-siasat/feed/ 0 87095
Malaysia terus pacu kemajuan ekonomi tanpa ketepikan nilai kemanusiaan https://sabahmedia.com/2025/09/17/malaysia-terus-pacu-kemajuan-ekonomi-tanpa-ketepikan-nilai-kemanusiaan/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/malaysia-terus-pacu-kemajuan-ekonomi-tanpa-ketepikan-nilai-kemanusiaan/#respond Tue, 16 Sep 2025 22:07:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81429
Read Time:1 Minute, 50 Second

BERNAMA

BUTTERWORTH:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus memacu pertumbuhan ekonominya namun seiring dengan pemerkasaan budaya, budi pekerti dan nilai kemanusiaan.

Beliau berkata kemajuan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan transisi tenaga adalah penting namun pencapaian dalam bidang berkenaan tidak akan dibiar mengorbankan karamah insaniah.

“Kita mahu maju (dalam bidang) ekonomi tetapi tinggi budaya dan budi pekerti. Kita mahu mencatat kemajuan dalam AI, digital dan transisi energi, tetapi tidak tinggalkan nilai kemanusiaan,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2025 di sini, semalam.

Sambutan yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ di Pusat Konvensyen PICCA@Arena itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

Dalam pada itu, Anwar berkata antara cabaran utama kepimpinan kini untuk mengisi kemerdekaan adalah memastikan ekonomi melonjak dengan pembaharuan menyeluruh yang mampu mengangkat kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata Pulau Pinang merupakan antara negeri terawal memacu industri berteknologi tinggi sebelum ia berkembang ke Kulim Hi-Tech di Kedah dan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Perak. 

Katanya Johor juga kini muncul sebagai gergasi ekonomi khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dengan rekod suku pertama 2025 menunjukkan negeri itu paling berjaya menarik pelaburan berikutan dasar kerajaan Persekutuan termasuk pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

Menurut Anwar, Sarawak pula telah bangkit dan berpotensi sebagai hab tenaga utama di rantau Asia menerusi pembangunan tenaga hijau serta pelaburan baharu dalam industri fabrikasi berteknologi tinggi.

“Bayangkan, 30 atau 50 tahun lalu keadaan berbeza. Hari ini, Sarawak mampu bersaing dengan negeri-negeri di Semenanjung,” katanya.

Bagi Sabah, beliau yakin negeri itu mempunyai potensi besar dan sekiranya landasan pembangunan negeri berkenaan kekal mantap dengan hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan terus terpelihara, Sabah dijangka mencatat kadar pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia menjelang 2026.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow selaku tuan rumah, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Edisi sambutan Hari Malaysia kali ini berlangsung di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi penganjuran acara itu antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.- BERNAMA / JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/malaysia-terus-pacu-kemajuan-ekonomi-tanpa-ketepikan-nilai-kemanusiaan/feed/ 0 81429
‘Cinta Tiga Segi’ Politik Sabah: PH sedia jadi penyatu antara BN dan GRS – Anwar https://sabahmedia.com/2025/08/03/cinta-tiga-segi-politik-sabah-ph-sedia-jadi-penyatu-antara-bn-dan-grs-anwar/ https://sabahmedia.com/2025/08/03/cinta-tiga-segi-politik-sabah-ph-sedia-jadi-penyatu-antara-bn-dan-grs-anwar/#respond Sun, 03 Aug 2025 07:27:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78483
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) bersedia memainkan peranan sebagai penyatu dalam kerjasama politik di Sabah melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi menjamin kestabilan pentadbiran negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas dinamika politik Sabah yang sering digambarkan sebagai “cinta tiga segi” antara PH, BN dan GRS, Anwar menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah pembentukan kerjasama strategik rentas parti demi kestabilan dan pembangunan.

“Cinta itu menyenangkan, kadangkala ada sedikit duka. Tapi itulah makna cinta,” katanya secara berseloroh ketika ditanya mengenai kedudukan PH sekiranya berlaku pertembungan antara BN dan GRS dalam pilihan raya akan datang.

Namun, beliau menegaskan bahawa PH kekal komited untuk memainkan peranan konstruktif dalam memperkukuhkan agenda reformasi dan menyokong kerjasama antara parti.

“Kita sedia bekerjasama dengan BN dan GRS. Rundingan sedang berlangsung dan perbincangan terperinci dikendalikan oleh jawatankuasa berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi perjumpaan bersama kepimpinan PKR Sabah di sini, hari ini.

Anwar berkata PH memahami keperluan mewujudkan kolaborasi menyeluruh antara semua gabungan politik bagi menjamin keseimbangan kuasa serta pembentukan kerajaan negeri yang stabil.

“Apa yang penting ialah untuk memastikan kita tidak terjebak dalam pertembungan yang tidak perlu. Kalau boleh dielakkan, kita akan cuba elak. Tapi dalam politik, ada yang mungkin, ada yang mustahil,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa mesej persefahaman politik telah disampaikan kepada ketiga-tiga pihak PH, BN dan GRS bagi menyusun strategi secara berhemah menjelang pilihan raya negeri yang akan datang.

Mengenai pembahagian kerusi, Anwar berkata perkara itu sedang dibincangkan oleh pasukan pilihan raya PH.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/03/cinta-tiga-segi-politik-sabah-ph-sedia-jadi-penyatu-antara-bn-dan-grs-anwar/feed/ 0 78483
Anwar: ASEAN Perlu Kekal Bersatu dan Tentukan Arah Sendiri https://sabahmedia.com/2025/07/09/anwar-asean-perlu-kekal-bersatu-dan-tentukan-arah-sendiri/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/anwar-asean-perlu-kekal-bersatu-dan-tentukan-arah-sendiri/#respond Wed, 09 Jul 2025 02:54:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76961
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru ASEAN agar terus bersatu, memperkukuh kerjasama, dan menolak sebarang cubaan kuasa luar menentukan hala tuju rantau ini.

Berucap semasa merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58, Anwar menekankan pentingnya “ASEAN Centrality” dalam menghadapi cabaran global seperti konflik di Gaza, Ukraine dan Myanmar, serta ketegangan di Timur Tengah.

“Kita tidak boleh membenarkan keputusan mengenai rantau ini dibuat tanpa kita. ASEAN mesti berdiri mempertahankan prinsip dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap trend global di mana perdagangan dan pelaburan kini digunakan sebagai alat tekanan geopolitik, dan menyeru agar dasar luar dan dasar ekonomi ASEAN diselaraskan secara lebih rapat.

Anwar juga menekankan keperluan memperkukuh perdagangan dalam kalangan negara anggota serta menumpukan kerjasama dalam bidang pendidikan, kesihatan, makanan, digital dan perubahan iklim katanya ketika berucap pada pembukaan mesyuarat itu.

Mesyuarat dihadiri Menteri-menteri Luar ASEAN, Menteri Luar Timor-Leste dan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

Keutamaan kepada Keberhasilan Nyata

Di dalam ucapannya itu lagi, Perdana Menteri turut menekankan bahawa ASEAN mesti terus menumpukan kepada kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat seperti kesalinghubungan, keselamatan makanan, pendidikan, kesihatan awam, transformasi digital dan ketahanan iklim.

Beliau menggambarkan aspirasi ASEAN melalui kisah rakyat biasa di Batambang, Luzon dan Chiang Rai – menekankan bahawa kejayaan ASEAN terletak pada impak kepada kehidupan rakyat, bukan sekadar dalam kenyataan bersama.

“Dari Sittwe ke Merauke, dari Da Nang ke Dili, rantau ini boleh menjadi lebih aman dan makmur — jika kita berani melihat ASEAN sebagai satu komuniti yang bergerak dengan tujuan bersama.”

Mengakhiri ucapannya, Anwar menyatakan keyakinan bahawa ASEAN akan terus kekal sebagai rantau yang padu, berdaya tahan dan dihormati.

“Marilah kita perbaharui iltizam bahawa ASEAN akan terus menjadi suara yang konsisten, berprinsip dan berpandangan jauh,” katanya sebelum merasmikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kali ini juga mencatat sejarah penting dengan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli ASEAN yang bakal disahkan secara rasmi pada Oktober ini – satu langkah yang sentiasa disokong oleh Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/anwar-asean-perlu-kekal-bersatu-dan-tentukan-arah-sendiri/feed/ 0 76961
Anwar akur keputusan mahkamah, tegaskan komitmen terhadap kedaulatan undang-undang https://sabahmedia.com/2025/06/04/anwar-akur-keputusan-mahkamah-tegaskan-komitmen-terhadap-kedaulatan-undang-undang/ https://sabahmedia.com/2025/06/04/anwar-akur-keputusan-mahkamah-tegaskan-komitmen-terhadap-kedaulatan-undang-undang/#respond Wed, 04 Jun 2025 10:35:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75049
Read Time:58 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan, sambil menegaskan bahawa isu berkenaan bukan soal kekebalan peribadi, sebaliknya melibatkan prinsip tadbir urus dan perlindungan institusi awam daripada tindakan undang-undang yang bermotif politik.

Menurut Anwar, permohonannya sebelum ini dibuat atas asas mempertahankan integriti sistem perlembagaan dan memastikan kedudukan jawatan tinggi dalam kerajaan tidak terjejas oleh litigasi yang boleh bersifat strategik, bermotifkan politik atau menggugat kestabilan institusi negara.

“Perkara ini sama sekali bukan bertujuan untuk mendapatkan kekebalan peribadi atau mengelak daripada penelitian undang-undang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau menegaskan bahawa beliau kekal komited kepada prinsip kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan martabat pentadbiran demokrasi.

“Proses undang-undang akan berjalan seperti biasa dan saya akan terus melaksanakan amanah serta tanggungjawab saya tanpa sebarang gangguan atau kompromi,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung satu tindakan saman sivil yang difailkan terhadapnya.

Permohonan itu dibuat di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan persoalan berhubung pelaksanaan atau tafsiran peruntukan perlembagaan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/04/anwar-akur-keputusan-mahkamah-tegaskan-komitmen-terhadap-kedaulatan-undang-undang/feed/ 0 75049
Tiada masalah untuk beri keutamaan kepada Sabah – PM Anwar https://sabahmedia.com/2025/05/30/tiada-masalah-untuk-beri-keutamaan-kepada-sabah-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/tiada-masalah-untuk-beri-keutamaan-kepada-sabah-pm-anwar/#respond Fri, 30 May 2025 06:31:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74832
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk memberikan keutamaan kepada Sabah termasuk dalam isu hasil minyak dan gas seperti mana yang telah dipersetujui bersama kerajaan Sarawak. 

Namun, beliau mengingatkan bahawa keutamaan kerajaan perlu merangkumi semua negeri, termasuk Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

“Saya nak rakan-rakan di Sabah juga faham, kita ada keterbatasan. Bukan semua soal Sabah sahaja.  Saya tidak ada masalah. Mengapa beri kepada Sarawak dan belum lagi kepada Sabah, kita runding. 

“Saya tidak ada masalah sama sekali untuk memberi laluan hasil dan keutamaan hasil seperti mana berlaku di Sarawak untuk negeri Sabah, termasuk minyak dan gas. Menang kerana rundingan ini, bukan menang kerana jeritan maki hamun kita. 

“Menang jerit di luar, tidak menang untuk membela nasib rakyat. Saya cadangkan biar menang dengan Kerajaan Negeri dan bekerjasama dengan Persekutuan supaya hasilnya sampai kepada ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau turut menyentuh mengenai kejayaan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang melibatkan Petronas dan Petros, dan menyifatkan penyelesaian itu sebagai harmoni dan menjaga kepentingan nasional serta negeri.

Katanya turut menyeru kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan demi kebaikan rakyat.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan terhadap KDCA dan memberi jaminan kepada persatuan itu bahawa kerajaan akan terus memberi sokongan kepada inisiatif kebudayaan di Sabah.

“Saya bangga sebagai anak Malaysia yang ada di Sabah dan melihat keharmonian yang ada di Sabah. Saya hormat kejayaan saudara-saudara,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/tiada-masalah-untuk-beri-keutamaan-kepada-sabah-pm-anwar/feed/ 0 74832
Pertemuan dengan pemimpin Sabah berkait kepentingan rakyat – PM https://sabahmedia.com/2025/03/22/pertemuan-dengan-pemimpin-sabah-berkait-kepentingan-rakyat-pm/ https://sabahmedia.com/2025/03/22/pertemuan-dengan-pemimpin-sabah-berkait-kepentingan-rakyat-pm/#respond Sat, 22 Mar 2025 11:41:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70938
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Tuaran : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan beliau bersama pemimpin negeri apabila datang ke Sabah tiada membincangkan soal bersifat peribadi.

Malah katanya, pertemuan itu adalah melibatkan perkara yang berkait dengan kepentingan rakyat.

“Saya jumpa Hajiji tadi, bukan cakap adakah tanah beri kepada saya sikit, ada tak balak untuk saya, tiada. Sebaliknya kita bincang bagaimana miskin tegar, bagaimana rumah rakyat, bagaimana jalan berlubang, bagaimana bekalan air.

“Itu yang kita cuba lakukan dan saya ucap terima kasih kepada Hajiji dan pasukannya yang bekerja keras. Kita tidak boleh fikir soal peribadi, ini penting kita merubah sikap pimpinan ini 

“Kalau pimpinan di atas itu serius bersatu, tumpu pembangunan, bukan asyik hentam sana, hentam sini, maki hamun sana, maki hamun sini, benci sana, benci sini, fikir soal warna kulit, fikir bergaduh soal budaya, bergaduh soal bahasa, bergaduh pasal daerah tak akan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah di Padang Istiadat Tuaran, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali selaku pengerusi majlis berbuka puasa.

Anwar berkata adalah lebih baik pemimpin berpakat dan menyelesaikan satu persatu masalah rakyat.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat beliau dengan pemimpin kerajaan negeri lebih membincangkan projek bekalan air, elektrik, jalan, sekolah dan klinik.

“Bayangkan kalau semua kita berpakat kita mahu jadikan Sabah ini negeri maju, hebat dan berjaya serta menjadikan Malaysia ini negeri gagah dan terkenal.

“Dan semua kita ambil sikap kerja sekuatnya, ikhlas, hentikan segala penyelewengan. Bayangkan dalam setahun dua tahun, kalau semangat ini ada kita boleh lakukan perubahan untuk Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/22/pertemuan-dengan-pemimpin-sabah-berkait-kepentingan-rakyat-pm/feed/ 0 70938
PM Anwar ke Sabah hadiri Majlis Berbuka Puasa di Tuaran https://sabahmedia.com/2025/03/22/pm-anwar-ke-sabah-hadiri-majlis-berbuka-puasa-di-tuaran/ https://sabahmedia.com/2025/03/22/pm-anwar-ke-sabah-hadiri-majlis-berbuka-puasa-di-tuaran/#respond Fri, 21 Mar 2025 22:55:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70897
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan melakukan lawatan kerja sehari ke Sabah, hari ini bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah bertempat di Padang Istiadat Tuaran di sini.

Beliau dijangka tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada jam 3.10 petang sebelum bergerak ke Tuaran yang terletak kira-kira 34 kilometer di utara bandar raya Kota Kinabalu.

Sejurus tiba di pekarangan Padang Istiadat Daerah Tuaran pada kira-kira jam 4 petang, Perdana Menteri dijadual melawat Jualan Rahmah di hadapan Dewan Seri Sulaman sebelum ke Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah Tuaran.

Anwar dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijadual akan mendengar Taklimat Pembangunan Negeri Sabah yang bermula pada jam 4 petang.

Pada majlis berbuka puasa, Perdana Menteri akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada anak yatim, asnaf dan fakir miskin serta ibu tunggal.

Selain itu, Perdana Menteri juga akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil rumah kebajikan, Masjid dan surau terpilih.

Ia adalah lawatan pertama Anwar selaku Perdana Menteri ke Tuaran yang juga daerah kelahiran Ketua Menteri Sabah.

Kehadiran Anwar kali ini menarik perhatian berikutan Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah (PRN17) yang bakal diadakan pada tahun ini, khususnya mengenai soal kerjasama antara parti dan gabungan.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau persiapan Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 Bersama Perdana Menteri di Padang Istiadat Tuaran.

Majlis yang dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama kerajaan negeri itu dijangka dihadiri 10,000 orang

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/22/pm-anwar-ke-sabah-hadiri-majlis-berbuka-puasa-di-tuaran/feed/ 0 70897