anzac – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Apr 2026 23:31:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png anzac – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ANZAC Day kenang pejuang perang dunia kedua https://sabahmedia.com/2026/04/25/anzac-day-kenang-pejuang-perang-dunia-kedua/ https://sabahmedia.com/2026/04/25/anzac-day-kenang-pejuang-perang-dunia-kedua/#respond Fri, 24 Apr 2026 22:57:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95485
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Jasa dan pengorbanan pejuang Perang Dunia Kedua terus dikenang melalui Sambutan Hari ANZAC yang diadakan di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, di sini pada Jumaat.

Sambutan dimulakan dengan acara tabik hormat dan perarakan masuk penjaga tugu atau ‘Mounting of the Catafalque Party’ oleh anggota tentera Australia sebelum lagu ‘Negaraku’, ‘Sabah Tanah Airku’ dan lagu kebangsaan Australia iaitu ‘Advance Australia Fair’ dimainkan

Ia disusuli tiupan ‘Last Post’ oleh Markas Briged Kelima Infantri Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seterusnya, tetamu yang hadir bertafakur selama 30 saat bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua demi mempertahankan kedaulatan negeri ini, khususnya di Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun yang mewakili Ketua Menteri mendahului senarai bagi acara meletakkan karangan bunga pada tugu berkenaan.

Selain Ceasar Mandela, turut meletakkan karangan bunga ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Simon Fellows, wakil Setiausaha Persekutuan Sabah, Patrick Laing Ngau, wakil Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Sr. Lifred Wong, wakil Panglima 5 Divisyen, Leftenan Kolonel Alphonsus Radsung@Benedict, wakil Pesuruhjaya Polis Sabah, ACP Cyril Edward Nuing@Hillary, wakil Laksamana Pertama Maritim, Leftenan Komander Maritim Haw Vui Fung dan Commander 1st Australian Division, Major General Ash Collingburn.

Sebelum upacara berakhir, turut diadakan tiupan Rouse dan tabik hormat daripada 13 kontinjen antaranya terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/25/anzac-day-kenang-pejuang-perang-dunia-kedua/feed/ 0 95485
Sambutan Hari ANZAC berlangsung penuh makna, tertib https://sabahmedia.com/2025/04/24/sambutan-hari-anzac-berlangsung-penuh-makna-tertib/ https://sabahmedia.com/2025/04/24/sambutan-hari-anzac-berlangsung-penuh-makna-tertib/#respond Thu, 24 Apr 2025 12:55:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72616
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Hari ANZAC berlangsung dalam suasana penuh tertib dan bermakna di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu, di sini hari ini.

Majlis dimulakan dengan acara tabik hormat dan perarakan masuk penjaga tugu oleh anggota tentera Australia, sebelum lagu ‘Negaraku’, ‘Sabah Tanah Airku’ dan Advance Australia Fair berkumandang.

Ia disusuli tiupan ‘Last Post’ sebagai penghormatan kepada para pejuang yang gugur.

Istiadat meletakkan karangan bunga dimulakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir bagi mewakili Ketua Menteri Sabah dan turut disertai Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke.

Turut hadir Timbalan Ketua Siasatan Jenayah, ACP Cyril Edward Nuing mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah; Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin; Ketua Pengarah DBKK, Lifred Wong serta wakil Setiausaha Persekutuan Sabah.

Upacara kemuncak disempurnakan dengan tiupan Rouse dan tabik hormat melibatkan 12 kontinjen termasuk Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara, PDRM, APMM, Jabatan Bomba, RELA dan beberapa agensi penguat kuasa lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/24/sambutan-hari-anzac-berlangsung-penuh-makna-tertib/feed/ 0 72616