Apas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Nov 2025 03:42:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Apas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nizam selesai buang undi bersama keluarga, gesa rakyat Sabah tunai tanggungjawab https://sabahmedia.com/2025/11/29/nizam-selesai-buang-undi-bersama-keluarga-gesa-rakyat-sabah-tunai-tanggungjawab/ https://sabahmedia.com/2025/11/29/nizam-selesai-buang-undi-bersama-keluarga-gesa-rakyat-sabah-tunai-tanggungjawab/#respond Sat, 29 Nov 2025 03:42:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87357
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menunaikan tanggungjawab mengundi pagi ini bersama isteri dan empat anaknya di pusat daerah mengundi SK Titingan, tepat jam 8.34 pagi.

Menurut beliau, proses mengundi berjalan lancar dan suasana tenang sejak ketibaannya di pusat pengundian tersebut.

“Alhamdulillah, hari ini hari pengundian dan saya bersama isteri, Datin Wahida Mardiana Norsalim, serta empat anak saya membuang undi di SK Titingan. Segala-galanya berjalan dengan baik,” katanya ketika ditemui sejurus selesai membuang undi.

Nizam berkata, beliau bersyukur kerana perjalanan kempen selama 14 hari yang merangkumi gerak kerja jentera, ceramah dan program mendekati pengundi berjalan lancar.

“Kita telah bekerja keras sejak hari penamaan calonndan hari ini kita sampai ke penghujungnya. 

“Insya-Allah, apa yang dirancang akan memberi kejayaan kepada GRS,” katanya sambil menegaskan komitmen meneruskan usaha memajukan Sabah sekiranya diberi mandat semula.

Mengulas jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa peratusan keluar mengundi mungkin tidak melebihi 60 peratus, Nizam berharap rakyat Sabah dapat meningkatkan jumlah tersebut.

“Itu memang trend kebiasaannya. Tapi saya berharap mereka yang layak, keluarlah beramai-ramai. Kalau boleh biar kita capai 70 peratus atau lebih. Ini tanggungjawab kita menentukan masa depan negeri,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan yang stabil dan bertanggungjawab hanya dapat dibentuk dengan mandat kuat daripada rakyat.

Nizam menyifatkan pilihan raya negeri sebagai proses penting yang memastikan Sabah terus berada pada landasan pembangunan yang betul.

“Setiap lima tahun, perlembagaan menetapkan kita kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat. Untuk negeri ini bergerak maju, kita perlukan kerajaan yang stabil dan dominan,” jelasnya.

Beliau menegaskan pencapaian GRS dalam pentadbiran negeri menunjukkan kestabilan politik membawa manfaat besar kepada ekonomi, pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat.

“Hasil yang meningkat, kita kembalikan kepada rakyat. Sebab itu saya menyeru warga Sabah keluarlah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” tambahnya sambil menegaskan keyakinannya bahawa rakyat akan membuat pilihan terbaik demi kemajuan Sabah. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/29/nizam-selesai-buang-undi-bersama-keluarga-gesa-rakyat-sabah-tunai-tanggungjawab/feed/ 0 87357
Rakyat perlu kekalkan momentum peratusan undi tinggi pada Sabtu ini – Nizam https://sabahmedia.com/2025/11/26/rakyat-perlu-kekalkan-momentum-peratusan-undi-tinggi-pada-sabtu-ini-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/rakyat-perlu-kekalkan-momentum-peratusan-undi-tinggi-pada-sabtu-ini-nizam/#respond Wed, 26 Nov 2025 02:24:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87087
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Peratusan undi awal yang tinggi sehingga mencecah lebih 90 peratus pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU Sabah) semalam, menjadi petunjuk jelas bahawa rakyat kini semakin sedar tentang kepentingan hak mereka dalam menentukan hala tuju negeri ini.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peningkatan jumlah anggota keselamatan dan pasangan mereka keluar mengundi menunjukkan peningkatan tahap kesedaran untuk memilih kerajaan stabil dan berupaya menjamin masa depan Sabah.

“Alhamdulillah kerana undi awal mencapai 90 peratus. Ini bukti mereka yang mempunyai hak mengundi sudah cakna dan ingin menggunakan kuasa itu untuk memilih kerajaan terbaik demi membawa Sabah lebih maju dan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Ceramah Perdana di Kampung Inderasabah, malam tadi.

Semalam, proses undi awal melibatkan sebanyak 58 pusat mengundi awal di seluruh Sabah dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang, dengan 8,347 anggota tentera dan pasangan, serta 10,696 anggota polis dan PGA serta pasangan layak mengundi.

Daripada jumlah itu, 17,615 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka, menjadikan peratusan kehadiran undi awal antara yang tertinggi pernah direkodkan di Sabah.

Mengulas lanjut, Nizam berharap trend positif itu dapat diteruskan oleh pengundi biasa pada hari pengundian, Sabtu ini.

“Pengundi biasa selalunya kurang daripada 70 peratus. Saya berharap pada 29 November nanti peratusan itu dapat ditingkatkan melebihi 70 peratus, kerana pilihan raya ini menentukan masa depan Sabah,” ujarnya.

Menurut beliau, majoriti rakyat kini menyedari bahawa satu-satunya jalan memastikan pembangunan terjamin adalah melalui kerajaan yang stabil.

“Kerajaan stabil itu telah ditunjukkan melalui pentadbiran GRS-PH. Rekod itu menjelaskan kemampuan kami mentadbir dengan baik,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai sokongan kuat masyarakat Inderasabah terhadap GRS, Nizam berkata, hubungan eratnya dengan penduduk tempatan sejak sekian lama menjadi asas kepercayaan tersebut.

“Saya turun hampir setiap bulan menyantuni masyarakat di sini, sebelum dan selepas menjadi wakil rakyat. Sumbangan Almarhum abang saya, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan juga banyak membina keyakinan penduduk terhadap keluarga kami untuk terus berkhidmat,” jelasnya.

Nizam turut mengingatkan pengundi agar membuat pilihan bijak dengan tidak terpedaya kepada pemimpin yang hanya mahir berretorik.

“Jangan sia-siakan undi dengan memilih mereka yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab. Pilih pemimpin yang dekat dengan rakyat, kurang bercakap tetapi banyak bekerja,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/rakyat-perlu-kekalkan-momentum-peratusan-undi-tinggi-pada-sabtu-ini-nizam/feed/ 0 87087
Kemasukan ahli parti baharu tunjuk keyakinan rakyat terhadap GRS di DUN Apas https://sabahmedia.com/2025/11/23/kemasukan-ahli-parti-baharu-tunjuk-keyakinan-rakyat-terhadap-grs-di-dun-apas/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/kemasukan-ahli-parti-baharu-tunjuk-keyakinan-rakyat-terhadap-grs-di-dun-apas/#respond Sun, 23 Nov 2025 06:56:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86794
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kemasukan berterusan ahli dari pelbagai parti sejak beberapa hari kebelakangan ini menjadi petunjuk jelas bahawa keyakinan rakyat terhadap hala tuju Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin meningkat, kata calon DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau menjelaskan, GRS menerima tiga cawangan baharu, masing-masing melibatkan ahli daripada UMNO, PBRS dan komuniti Tionghoa.

Menurutnya, perkembangan ini menunjukkan rakyat semakin yakin dengan perjuangan GRS serta kestabilan politik yang ditawarkan oleh gabungan tersebut.

“Momentum kemasukan ahli baharu ini jelas mencerminkan bahawa rakyat mahu kestabilan politik terus terpelihara dan kerajaan fokus kepada pembangunan serta kemajuan Sabah,” katanya ketika ditemui dalam program Ceramah Perdana di UU Bay Tinagat, malam tadi.

Nizam (tengah) dan penyokong beliau melaungkan sorakan sokongan kepada GRS DUN Apas. – Foto Sitti Nor Azizah Talata

Dalam ceramahnya, beliau turut menekankan kepentingan penyampaian maklumat tepat kepada pengundi agar tidak terpengaruh dengan fitnah atau kempen politik berbentuk peribadi.

Ditanya mengenai pendekatan untuk menarik pengundi muda, termasuk pengundi kali pertama berusia 18 tahun, Nizam berkata pendekatan berbentuk aktiviti santai lebih berkesan berbanding ceramah tradisional.

Menurutnya, antara program yang dijalankan ialah sukaneka di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta perlawanan persahabatan pickleball di Futsal Tawau, yang menurut beliau menerima sambutan memberangsangkan daripada belia.

“Selain itu, jentera turut melaksanakan lawatan dari rumah ke rumah dan merancang sesi khusus bersama pengundi muda hujung minggu ini.

“Di DUN Apas, pengundi kali pertama merangkumi sekitar 28 peratus. Bagi memastikan mereka dapat pulang mengundi, inisiatif telah diusahakan untuk membantu mahasiswa kembali pada hari pengundian,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/kemasukan-ahli-parti-baharu-tunjuk-keyakinan-rakyat-terhadap-grs-di-dun-apas/feed/ 0 86794
Tawau bakal miliki bandar baharu jika GRS kekal mandat – Nizam https://sabahmedia.com/2025/11/21/tawau-bakal-miliki-bandar-baharu-jika-grs-kekal-mandat-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/tawau-bakal-miliki-bandar-baharu-jika-grs-kekal-mandat-nizam/#respond Fri, 21 Nov 2025 06:57:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86609
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas berpotensi menyaksikan kelahiran sebuah bandar baharu sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diberi kepercayaan rakyat pada pilihan raya kali ini.

Calon GRS merangkap Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata tapak untuk projek bandar baharu itu sudah dikenal pasti dan pihaknya kini dalam perancangan terperinci bersama agensi berkaitan.

Menurut beliau, projek ini bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi juga memberi kesan besar kepada pembangunan sosial, pendidikan dan ekonomi penduduk tempatan.

“Kawasan yang dipilih akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, membuka peluang pekerjaan, serta menyediakan kemudahan moden kepada masyarakat,” kata Nizam ketika menyantuni penjaja di Tamu Mingguan Taman Sawit Balung, semalam.

Nizam menyantuni dan memberi penerangan manifesto GRS kepada penjaja di Tamu Mingguan Taman Sawit Balung.

Beliau berkata, pembangunan bandar baharu itu akan melibatkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi membina kompleks mini sukan untuk golongan muda.

Selain itu katanya, cadangan menubuhkan fakulti baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjadikan bandar baharu itu pusat pendidikan dan latihan seiring potensi ekonomi tempatan.

“Tawau terkenal dengan sektor pertanian, perikanan dan agrokultur. Fakulti yang diwujudkan kelak akan menumpukan kepada bidang yang bersesuaian.

“Selain itu, cadangan menubuhkan fakulti pengajian Islam juga diambil kira, memandangkan majoriti penduduk di sini beragama Islam,” katanya.

Katanya, pembangunan bandar baharu ini turut merangkumi projek Perumahan Penjawat Rakyat (PPR) bagi menampung keperluan penduduk pesisir pantai, dengan anggaran antara 500 hingga 1,000 unit.

“Cadangan ini sudah dikemukakan ke peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan, dan kini menunggu kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Ekonomi,” katanya.

Beliau menegaskan bandar baharu ini selari dengan pelaksanaan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030, yang menumpukan pembangunan ekonomi biru, pelancongan, industri serta membuka peluang pekerjaan kepada belia tempatan.

Selain itu, Nizam mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan menaik taraf Lapangan Terbang Tawau ke standard antarabangsa, yang diyakini akan memberi limpahan ekonomi besar kepada penduduk melalui peningkatan penerbangan domestik dan antarabangsa.

Nizam menyantuni dan memberi penerangan manifesto GRS kepada penjaja di Tamu Mingguan Taman Sawit Balung.

Mengulas strategi kempen, beliau menegaskan pendekatan turun padang dan mendekati rakyat akan diteruskan setiap minggu, bukan sekadar ketika musim pilihan raya.

“Sejak pertama kali bertanding pada 2018, saya tidak pernah berhenti turun padang. Ini bukan sekadar kempen pilihan raya, tetapi amanah sebagai wakil rakyat untuk membantu dan berada dekat dengan rakyat,” ujarnya.

Nizam yakin rekod perkhidmatan konsisten, perancangan pembangunan bandar baharu, serta usaha meningkatkan ekonomi dan pendidikan di Tawau akan meyakinkan pengundi untuk terus memberi mandat kepada GRS pada 29 haribulan ini.

“Ini adalah peluang untuk membawa perubahan nyata, menjadikan DUN Apas lebih maju dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/tawau-bakal-miliki-bandar-baharu-jika-grs-kekal-mandat-nizam/feed/ 0 86609
Usaha KKOM wujudkan pusat media pilihan raya mudahkan tugas pengamal media – Nizam https://sabahmedia.com/2025/11/20/usaha-kkm-wujudkan-pusat-media-pilihan-raya-mudahkan-tugas-pengamal-media-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/usaha-kkm-wujudkan-pusat-media-pilihan-raya-mudahkan-tugas-pengamal-media-nizam/#respond Thu, 20 Nov 2025 11:36:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86522
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Langkah Kementerian Komunikasi Malaysia mewujukan pusat media di Tawau disifatkan sebagai inisiatif penting dalam memudahkan tugas para pengamal media sepanjang musim Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah ke-17.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kewujudan pusat media lengkap dan selesa di Tawau tahun ini memberi akses lebih baik kepada wakil-wakil media.

“Media daripada pelbagai agensi dan organisasi mudah melaksanakan tugasan secara profesional sekali gus menyampaikan laporan tepat kepada rakyat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi kerana mewujudkan pusat media di Tawau khas untuk memberi kemudahan kepada semua wakil media.

“Walaupun saya terlibat dalam pilihan raya sejak 2018 dan 2020, inilah pertama kali saya melihat sendiri pusat media seperti ini,” katanya ketika kepada media selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah ke-17 di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Wahida Mardiana Norsalim dan beberapa pemimpin GRS DUN Apas.

Nizam berkata, beliau turut menyifatkan keterbukaan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai langkah positif kerana pusat media itu tidak hanya memudahkan parti yang sealiran dengan kerajaan, tetapi juga memberi ruang kepada media yang melaporkan aktiviti pelbagai parti yang bertanding.

“Inilah satu perkara yang cukup baik. Ia menunjukkan keterlibatan semua pihak dan memberi peluang kepada semua untuk menyaksikan bagaimana media menjalankan tugas mereka. Kita harap pusat media yang selesa seperti ini dapat meningkatkan kecerdasan berfikir dan menghasilkan idea lebih baik dalam laporan berita,” katanya.

Mengulas perkembangan kempennya, Nizam menjelaskan sebagai calon DUN Apas, ia sudah digerakkan lebih awal, bahkan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Apabila pembubaran diumumkan dan seterusnya hari penamaan calon, saya hanya imempertingkatkan gerak kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar,”ujarnya.

Beliau menjelaskan, maklumbalas daripada penduduk yang ditemuinya sepanjang kempen amat memberangsangkan, hasil khidmat bakti dan kerja lapangannya sejak menjadi wakil rakyat pada 2018.

“Body language orang yang saya jumpa sangat positif. Mereka mengenali saya dan menerima keberadaan saya. Mereka berharap saya dapat terus melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat untuk lima tahun akan datang bagi membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/usaha-kkm-wujudkan-pusat-media-pilihan-raya-mudahkan-tugas-pengamal-media-nizam/feed/ 0 86522
Nizam jadi tumpuan di DUN Apas https://sabahmedia.com/2025/11/15/nizam-jadi-tumpuan-di-dun-apas/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/nizam-jadi-tumpuan-di-dun-apas/#respond Sat, 15 Nov 2025 08:18:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85913
Read Time:53 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang disahkan bertanding di N.68 Apas mewakili Gabungan Rakyat Sabah merupakan calon daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menjadi figura utama dalam pertarungan enam penjuru di kawasan itu.

Selain Nizam, calon lain yang disahkan bertanding ialah Sarman Amat Simito (Warisan), Herman Amdas (PIS), Marsiah Omat (PPRS), Dr Elmiariezan Ardan (BN) dan Lim Ting Khai (PN).

Nizam, 59, yang sebelum ini memegang jawatan penting di peringkat negeri, dilihat sebagai calon yang paling mendapat perhatian pengundi di kawasan Apas.

Pakar politik tempatan mengakui beliau mempunyai peluang kuat untuk mengekalkan kerusi DUN berkenaan memandangkan penglibatan aktif beliau dalam pembangunan dan kebajikan rakyat di Apas.

Nizam menunjukkan konsistensi dan pengaruh kuat di kalangan pengundi Apas dengan mengekalkan kerusi DUN pada 2018 dan 2020.

Walaupun berpindah parti daripada UMNO ke Bersatu, beliau berjaya meningkatkan majoriti undi pada pilihan raya 2020, membuktikan sokongan pengundi lebih berfokus kepada kredibiliti dan perkhidmatan beliau daripada parti politik semata-mata.

Trend ini mencerminkan keyakinan pengundi terhadap kepimpinan dan hubungan rapat Nizam dengan masyarakat setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/nizam-jadi-tumpuan-di-dun-apas/feed/ 0 85913
Penduduk Apas yakin GRS komited bantu rakyat, tingkatkan kemudahan infrastruktur https://sabahmedia.com/2025/11/07/penduduk-apas-yakin-grs-komited-bantu-rakyat-tingkatkan-kemudahan-infrastruktur/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/penduduk-apas-yakin-grs-komited-bantu-rakyat-tingkatkan-kemudahan-infrastruktur/#respond Fri, 07 Nov 2025 08:01:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85179
Read Time:3 Minute, 10 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas yakin kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited dalam menyelesaikan pelbagai isu rakyat termasuk bekalan air, kemudahan jalan raya serta masalah penempatan setinggan yang telah lama dihadapi.

Mohd Hafiz

Menurut Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Apas, Mohd. Hafiz Rustam, kepimpinan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menunjukkan keprihatinan berterusan terhadap keperluan rakyat dengan pelaksanaan pelbagai projek menaik taraf infrastruktur di kawasan berkenaan.

Kepimpinan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (tengah) amat disenangi penduduk Apas sering menyantuni rakyat. – Foto ihsan Media NABT

“Kalau kita lihat, setiap tahun memang ada peningkatan kemudahan jalan kampung, termasuk jambatan yang dibaik pulih serta projek-projek naik taraf jalan konkrit di beberapa kampung utama.

“Beliau (Datuk Nizam) sangat konsisten memastikan kemudahan asas seperti jalan, jambatan dan bekalan air dapat dinikmati dengan lebih baik oleh penduduk kampung,” kepada Sabah Media baru-baru ini.

Jambatan besi menggantikan jambatan kayu yang telah usang sejak puluhan tahun. – Foto ihsan Media NABT

Mohd. Hafiz berkata, antara isu utama yang terus diberikan perhatian ialah bekalan air bersih, dengan pembinaan tujuh tangki statik dan beberapa perigi air tawar di kampung seperti Apas Parit, Batu Payung, Sungai Apas dan Wakuba, yang membantu mengurangkan kesukaran penduduk.

“Masalah air di DUN Apas ini memang sudah lama, tetapi sejak tangki statik diwujudkan, banyak kawasan mula menikmati bekalan air yang lebih stabil.
Bila empangan Chinta Mata dan satu lagi empangan di Balung siap nanti, Insya-Allah isu air ini akan selesai sepenuhnya,” katanya.

Turut. dilaksanakan baik pulih sistem saliran dan perparitan bagi keselesaan penduduk. – Foto ihsan Media NABT

Selain itu, beberapa jalan utama kampung turut dinaik taraf termasuk di Kampung Titingan, Kampung Hidayat Batu 4, Kampung Tinagat dan Kampung Inderasabah, bagi meningkatkan keselesaan dan akses penduduk luar bandar.

Mohd. Hafiz turut memaklumkan bahawa beberapa jambatan rosak telah dibaiki, antaranya jambatan lama di Kampung Apas Parit yang kini dinaik taraf kepada jambatan separa konkrit dan besi dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkata, usaha GRS melalui inisiatif wakil rakyatnya turut tertumpu kepada penyelesaian isu penempatan setinggan yang sering dikaitkan dengan masalah keselamatan dan ketiadaan kemudahan asas.

“Masalah setinggan ini timbul apabila ada kawasan kosong yang dijadikan penempatan tanpa kebenaran. Ia menyukarkan penyediaan kemudahan seperti bekalan elektrik dan air.

“Sebab itu antara langkah penting ialah mewartakan dan mewujudkan kampung baharu supaya penempatan lebih tersusun dan sah dari segi undang-undang.

“Setakat ini, sembilan kampung baharu telah diluluskan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, termasuk Kampung Kuala Balung, Kampung Tongos Inderasabah, Kampung Pangkalan Inderasabah, Kampung Mulia Batu 4 dan Kampung Titingan Laut, manakala dua kampung telah pun diwartakan secara rasmi,” ujarnya.

Selain isu asas, katanya kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai projek pembangunan sosial dan ekonomi di DUN Apas termasuk Projek tebatan banjir di kawasan Sungai Tawau dan Batu 4; Pembinaan semula masjid seperti Masjid Tawfiq Al-Hidayat dan Masjid Nurul Awwal; Pembangunan persisiran pantai Tinagat dan Batu Payung sebagai pusat pelancongan baharu dan Projek Perumahan Mesra Rakyat SMJ yang telah menyiapkan 60 unit rumah untuk golongan berpendapatan rendah.

Bagi memperkukuh ekonomi penduduk, pelbagai kursus kemahiran turut dijalankan dengan kerjasama MARA, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah dan Kolej Komuniti, bagi membantu penduduk menjana pendapatan melalui kemahiran baharu.

Dalam pada itu, Mohd. Hafiz berkata, keberkesanan pelbagai projek pembangunan yang dijalankan membuktikan keupayaan GRS dalam melaksanakan dasar berpaksikan rakyat.

“Penduduk di Apas amat menghargai usaha Datuk Nizam. Harapan kita supaya beliau terus diberi mandat sebagai ADUN Apas bagi penggal akan datang agar beliau dapat meneruskan khidmat kerana banyak perubahan positif sudah dirasai di sini,” katanya.

DUN N.68 Apas meliputi keluasan 370 kilometer persegi, merangkumi tujuh mukim Titingan, Tawau Lama, Batu 4, Tinagat, Apas, Wakuba dan Inderasabah dengan 31 kampung di bawah pentadbiran dan lebih 32,500 pengundi berdaftar setakat Oktober 2025.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/penduduk-apas-yakin-grs-komited-bantu-rakyat-tingkatkan-kemudahan-infrastruktur/feed/ 0 85179
Gagasan Rakyat Apas tubuh tiga lagi cawangan baharu, tanda sokongan rakyat semakin kukuh https://sabahmedia.com/2025/06/28/gagasan-rakyat-apas-tubuh-tiga-lagi-cawangan-baharu-tanda-sokongan-rakyat-semakin-kukuh/ https://sabahmedia.com/2025/06/28/gagasan-rakyat-apas-tubuh-tiga-lagi-cawangan-baharu-tanda-sokongan-rakyat-semakin-kukuh/#respond Sat, 28 Jun 2025 08:06:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76307
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Apas terus mengukuhkan kedudukannya apabila mengumumkan penubuhan tiga cawangan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 183 cawangan iaitu antara yang tertinggi di Sabah.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, semasa merasmikan Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat Apas di Dewan Masyarakat Tawau hari ini.

“Setakat ini kita telah mendaftarkan 180 cawangan, dan tiga lagi akan kita daftarkan dalam masa terdekat. Ini menunjukkan sambutan rakyat di Apas terhadap perjuangan parti semakin meningkat,” kata beliau.

Menurut Nizam, pertambahan cawangan ini bukan sahaja mencerminkan minat rakyat yang semakin mendalam terhadap perjuangan Gagasan Rakyat, malah menjadi petunjuk kukuh bahawa sokongan akar umbi kepada GRS semakin mengukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Apas kini mempunyai lebih 11,000 ahli berdaftar, dengan hampir 10,000 daripadanya adalah pengundi di DUN Apas, memberi kelebihan strategik kepada GRS di kawasan itu.

“Alhamdulillah, kita telah bersiap sedia sepenuhnya. Semua bilik gerakan di peringkat pusat daerah mengundi telah ditubuhkan dan jentera telah diaktifkan. Kita juga giat melaksanakan program di peringkat akar umbi bagi mengenalpasti pengundi dan memastikan mereka dapat dikeluarkan semasa pilihan raya kelak,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati terhadap semangat dan kerjasama semua jawatankuasa jentera GRS Apas, yang menurutnya kini hanya menunggu isyarat rasmi pembubaran dewan undangan negeri Sabah.

Beliau menegaskan bahawa jentera pilihan raya GRS Apas berada dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya, dengan bilik gerakan dan jawatankuasa jentera di semua pusat daerah mengundi telah diaktifkan.

“Kita hanya menunggu bila gendang pilihan raya dipalu,” katanya.

Ditanya mengenai pendirian Parti Bersatu Sabah (PBS) yang enggan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Nizam berkata, pihaknya menghormati pandangan tersebut dan menegaskan bahawa segala keputusan berkaitan pilihan raya akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri merangkap Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kami yakin di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji selaku Presiden GRS dan Ketua Menteri Sabah, rakyat semakin yakin dengan hala tuju Sabah Maju Jaya yang telah banyak membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada negeri ini,” tambah beliau.

Persidangan ini dihadiri lebih 3,000 ahli termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis, dan dianggap sebagai persidangan terakhir sebelum menghadapi PRN, memandangkan tempoh kerajaan negeri dijangka tamat November ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/28/gagasan-rakyat-apas-tubuh-tiga-lagi-cawangan-baharu-tanda-sokongan-rakyat-semakin-kukuh/feed/ 0 76307