APM sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 28 Nov 2025 06:41:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png APM sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hujan Berterusan: APM Sabah pantau rapi, sedia hadapi kemungkinan banjir https://sabahmedia.com/2025/11/28/hujan-berterusan-apm-sabah-pantau-rapi-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/11/28/hujan-berterusan-apm-sabah-pantau-rapi-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir/#respond Fri, 28 Nov 2025 06:41:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87286
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA KINABALU :  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 esok.

Pengarah APM Sabah Mohd Yusoff Samad berkata, pihaknya sebelum ini sudah membuat persiapan rapi menjelang hari pengundian (esok) berikutan keadaan cuaca hujan yang berterusan.

“Semua aset darat, air dan komunikasi telah diperiksa dan berada dalam keadaan siap siaga terutama dikawasan-kawasan yang mudah dinaiki air banjir

Pengarah APM Sabah Mohd Yusoff Samad

“Pegawai serta anggota di daerah yang berpotensi terjejas juga telah ditempatkan dalam keadaan bersedia sepenuhnya untuk digerakkan pada bila-bila masa.

“Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) turut diaktifkan bagi tujuan pilihan raya dan Monsun Timur Laut (MTL),” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

 Yusoff berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan cuaca serta mendapatkan laporan lapangan secara berterusan selaras dengan makluman Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Kami juga bekerjasama rapat dengan agensi-agensi lain bagi memastikan tindakan penyelamatan, pengagihan bantuan dan pemindahan mangsa dapat dilaksanakan dengan cepat, teratur dan berkesan.

Secara keseluruhannya, persiapan di peringkat negeri dan daerah berada pada tahap kesiapsiagaan penuh, dan APM Sabah komited memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain Mohd Yusoff berkata, setakat ini belum ada sebarang pemindahan atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Walaubagaimanapun terdapat jalan dinaiki air sehingga paras lutut dan tidak dapat dilalui kenderaan kecil seperti di Kampung Ondou, Kudat, pada jam 8.57 pagi, Jumaat.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/28/hujan-berterusan-apm-sabah-pantau-rapi-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir/feed/ 0 87286
Wanita tahan sakit cincin tersekat di jari hampir lima jam https://sabahmedia.com/2025/02/20/wanita-tahan-sakit-cincin-tersekat-di-jari-hampir-lima-jam/ https://sabahmedia.com/2025/02/20/wanita-tahan-sakit-cincin-tersekat-di-jari-hampir-lima-jam/#respond Thu, 20 Feb 2025 02:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69053
Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Seorang wanita berdepan detik cemas apabila cincin jenis titanium yang dipakainya tersekat dan mengalami kesakitan pada jari tengah.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah  Kota Kinabalu, Kapt. (PA) Aizex Junior Simon berkata, wanita berkenaan telah menghubungi Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) Sabah untuk meminta bantuan mengeluarkan cincin yang tersekat di jari pengadu.

Katanya, panggilan kecemasan diterima jam 9.54 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi iaitu di Kampung Darau Lama, Manggatal menggunakan kenderaan penyelamat ringan.

“Setibanya di lokasi, pengadu maklum mengalami kesakitan di jari tengah kerana bengkak akibat daripada cincin yang tersekat di jari tengah beliau hampir lima jam.

“Anggota APM membuat penilaian terhadap jari mangsa. Setelah itu, anggota menggunakan peralatan yang sesuai untuk memotong cincin yang tersekat pada jari mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, cincin jenis titanium berjaya dipotong daripada jari tengah mangsa pada jam 11.18 pagi .

Katanya lagi, mangsa berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan semasa proses pemotongan cincin. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/20/wanita-tahan-sakit-cincin-tersekat-di-jari-hampir-lima-jam/feed/ 0 69053
APM bantu hantar wanita lumpuh terjejas banjir ke hospital https://sabahmedia.com/2025/02/08/apm-bantu-hantar-wanita-lumpuh-terjejas-banjir-ke-hospital/ https://sabahmedia.com/2025/02/08/apm-bantu-hantar-wanita-lumpuh-terjejas-banjir-ke-hospital/#respond Sat, 08 Feb 2025 07:25:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68234
Read Time:39 Second

Membakut : Seorang wanita berusia 48 tahun yang mengalami lumpuh separuh badan dan perlu menjalani dialisis buah pinggang berjaya dibantu keluar dari rumahnya yang terjejas banjir di Kampung Ulu Mawao di sini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Membakut dalam satu kenyataan berkata, mangsa dibantu empat anggota dan sebuah ambulans selain turut dibantu penduduk kampung.

“Kira-kira jam 11.09 pagi tadi, anggota APM berjaya menyelamat seorang mangsa wanita yang lumpuh separuh badan untuk dihantar ke Hospital  Beaufort bagi mendapatkan rawatan dialisis.

“Mangsa selamat dikeluarkan dengan bantuan empat anggota serta penduduk sekitar selepas rumah mangsa terjejas dengan banjir,” menurut kenyataan itu di sini.

Dalam pada itu, APM Membakut dalam kenyataan berasingan berkata, beberapa kawasan sekitar daerah Membakut mula dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak semalam. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/08/apm-bantu-hantar-wanita-lumpuh-terjejas-banjir-ke-hospital/feed/ 0 68234
APM bantu hantar pelajar duduki SPM esok https://sabahmedia.com/2025/02/02/apm-bantu-hantar-pelajar-duduki-spm-esok/ https://sabahmedia.com/2025/02/02/apm-bantu-hantar-pelajar-duduki-spm-esok/#respond Sun, 02 Feb 2025 12:16:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67889
Read Time:55 Second

Tongod : Seramai 14 pelajar dari beberapa buah kampung di sini yang terjejas banjir dihantar ke Kampung Imbak menggunakan bot oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tongod awal pagi tadi.

APM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, sekumpulan pelajar itu dihantar ke kampung berkenaan bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok.

Menurut kenyataan itu, semua pelajar telah dihantar oleh dua wakil APM bersama bantuan ketua kampung bermula jam 8.49 pagi.

“14 pelajar terlibat dengan SPM itu masing-masing berasal dari empat buah kampung itu iaitu Kampung Keramuak seramai enam orang; Kampung Kuala Keramuak (5 orang); Kampung Kenang-Kenangan (2 orang); dan Kampung Tenaga Baru (1 orang).

“Anggota APM di bantu bersama dengan ketua kampung menghantar pelajar SPM ke Kampung Imbak yang akan menduduki Peperiksaan SPM pada esok,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut kenyataan itu lagi anggota APM bersama ketua kampung dan 14 pelajar tersebut telah selamat tiba di kampung Imbak pada jam 9.50 pagi.

Sehingga jam 8 malam ini, seramai 155 mangsa terjejas banjir di Tongod masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/02/apm-bantu-hantar-pelajar-duduki-spm-esok/feed/ 0 67889