apm sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Oct 2025 06:52:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png apm sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tindakan cekap APM Sandakan atasi tujuh kes pokok tumbang, ular https://sabahmedia.com/2025/10/19/tindakan-cekap-apm-sandakan-atasi-tujuh-kes-pokok-tumbang-ular/ https://sabahmedia.com/2025/10/19/tindakan-cekap-apm-sandakan-atasi-tujuh-kes-pokok-tumbang-ular/#respond Sun, 19 Oct 2025 06:52:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83676
Read Time:1 Minute, 10 Second

SANDAKAN : Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan berjaya mengawal tujuh kejadian berasingan melibatkan pokok tumbang dan tangkapan ular susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini malam tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Sandakan mula menerima panggilan kecemasan daripada orang awam dan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) Sabah sekitar jam 7.45 malam, sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

Menurut Pegawai APM Daerah Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama, empat daripada kejadian itu membabitkan pokok tumbang manakala tiga lagi adalah operasi menangkap ular.

“Kes pokok tumbang dilaporkan berlaku di Batu 6 berhampiran Kelab Golf Sandakan, Batu 8, Batu 4 dan Taman Sentosa, manakala kes tangkapan ular pula di Pasar Umum Batu 8 (ular sawa), Kampung Sungai Kayu (ular bakau) dan Taman Harmoni (ular sawa),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya pada jam 11.21 malam, hasil tindakan segera dan penyelarasan cekap antara anggota bertugas di lapangan.

“Tindakan pantas pasukan berjaya memastikan keselamatan penduduk serta melancarkan semula aliran trafik di kawasan terjejas,” jelasnya.

Sementara itu, Sulaiman turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan mengelak daripada berada berhampiran kawasan berisiko tinggi seperti pokok besar, sungai serta cerun ketika hujan lebat atau ribut petir.

“Sekiranya berlaku kejadian kecemasan atau risiko bencana, orang awam disaran menghubungi segera Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan atau talian MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/19/tindakan-cekap-apm-sandakan-atasi-tujuh-kes-pokok-tumbang-ular/feed/ 0 83676
APM Sandakan bantu keluarkan calon SPM terperangkap banjir https://sabahmedia.com/2025/02/04/apm-sandakan-bantu-keluarkan-calon-spm-terperangkap-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/02/04/apm-sandakan-bantu-keluarkan-calon-spm-terperangkap-banjir/#respond Tue, 04 Feb 2025 06:32:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67964
Read Time:1 Minute, 4 Second

Sandakan: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terperangkap dengan banjir kilat di Kampung Gum-Gum awal pagi tadi berjaya dibantu keluar oleh sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Sandakan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai keperluan bantuan tersebut pada jam 7.15 pagi. 

“Pihak APM daerah Sandakan telah menerima panggilan dari orang awam melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi membantu seorang calon SPM yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura berikutan kediaman mereka dinaiki air.

“Tindakan seterusnya, pihak kami mengatur gerak pasukan dengan kekuatan seorang pegawai dan 4 llp beserta aset air (bot) ke lokasi.

“Tiba di lokasi pada jam 7.35 dan proses kerja mengeluarkan pelajar tersebut dari kediaman selesai pada jam 8 pagi dengan menggunakan bot fiber APM,” katanya.

Sulaiman berkata, jarak untuk menghantar calon SPM tersebut dari kampung ke SMK Elopura adalah sejauh lebih kurang tujuh kilometer.

Katanya,  pelajar berkenaan selamat sampai ke sekolah dengan menaiki pengangkutan awam.

Tambahnya lagi, setakat ini pasukannya sudah membuat pemantauan keseluruhan lokasi terjejas dan walaupun kawasan kediaman masih dinaiki air, namun masih dalam keadaan terkawal.

“Untuk pasukan APM, kita masih menempatkam pasukan di lapangan (Kampung Gum-Gum) untuk siap siaga sebarang kenaikan air,” katanya. SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/04/apm-sandakan-bantu-keluarkan-calon-spm-terperangkap-banjir/feed/ 0 67964
111 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Dewan PPR Batu Sapi https://sabahmedia.com/2024/06/07/111-mangsa-kebakaran-ditempatkan-di-pps-dewan-ppr-batu-sapi/ https://sabahmedia.com/2024/06/07/111-mangsa-kebakaran-ditempatkan-di-pps-dewan-ppr-batu-sapi/#respond Fri, 07 Jun 2024 02:01:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55628
Read Time:47 Second

Sandakan : Seramai 111 penduduk terjejas bencana akibat kebakaran yang berlaku di Kampung Cenderamata di sini semalam dipindahkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan PPR Batu Sapi malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS itu dibuka bagi menempatkan mangsa melibatkan 20 ketua isi rumah (KIR).

“PPS ini dibuka adalah berikutan berlaku kebakaran di Kampung Cenderamata dan didapati terdapat beberapa buah rumah terjejas.

“Mangsa telah dipindahkan ke PPS Dewan PPR Batu Sapi semalam dan sehingga jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan hasil semakan dan penilaian agensi dan pendaftaran di PPS,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Terdahulu semalam, sebanyak 13 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi di sini petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6 petang semalam. – SABAH MEDIA / FOTO APM SANDAKAN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/07/111-mangsa-kebakaran-ditempatkan-di-pps-dewan-ppr-batu-sapi/feed/ 0 55628