arab saudi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Feb 2023 09:49:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png arab saudi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah alu-alukan pelabur dari Arab Saudi khususnya di SOGIP – Rahman Dahlan https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/#respond Tue, 28 Feb 2023 09:49:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30117
Read Time:1 Minute, 3 Second

TUARAN: Pengerusi Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Datuk Abdul Rahman Dahlan bertemu Menteri Pelaburan Arab Saudi Khalid AlFalih semasa lawatannya di Riyadh baru-baru ini.

Dalam pertemuan, Abdul Rahman berkata, mereka banyak membincangkan mengenai masa depan kedua-dua negara itu Malaysia dan Arab Saudi.

“Kami bincang banyak perkara mengenai masa depan kedua-dua negara. Saya juga maklumkan juga peluang-peluang besar untuk pelaburan dari Arab Saudi di Sabah, termasuk di kawasan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang yang dipengerusikan oleh saya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasminya dua hari lepas.

Katanya, beliau berjumpa dengan sahabat lamanya, Khalid yang dipertanggungjawabkan oleh Raja Salman untuk menjadi salah satu menteri utama dalam merealisasikan Visi 2030 Arab Saudi.

“Seorang yang peramah, berpengalaman dan berpandangan jauh, hubungan kami sudah bertukar dari hubungan rasmi sebagai menteri kepada hubungan persahabatan yang akrab,” katanya.

Abdul Rahman turut berkata, pertemuan itu juga membincangkan peluang pelaburan dan perniagaan untuk syarikat-syarikat Malaysia di Arab Saudi.

“Dengan wujudnya projek-projek infra baru seperti The Line, NEOM City, lapangan terbang dan pelabuhan serta sistem pengangkutan darat, syarikat-syarikat Malaysia yang berpengalaman boleh mengambil peranan besar di Arab Saudi,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu beliau turut berharap hubungan kedua-dua negara dipelihara oleh Allah SWT demi masa depan bersama.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/feed/ 0 30117
Arab Saudi Luluskan Penggunaan Vaksin Sinovac & Sinopharm https://sabahmedia.com/2021/08/26/arab-saudi-luluskan-penggunaan-vaksin-sinovac-sinopharm/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/arab-saudi-luluskan-penggunaan-vaksin-sinovac-sinopharm/#respond Thu, 26 Aug 2021 03:26:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5262
Read Time:1 Minute, 15 Second

JEDDAH: Arab Saudi pada Selasa meluluskan penggunaan dua lagi vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm.

Memetik daripada berita Agensi, ketika ini, empat vaksin diluluskan untuk digunakan di negara itu iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Kementerian Kesihatannya berkata, individu yang sudah lengkap dos Sinovac dan Sinopharm, diterima masuk untuk ke negara itu, dengan syarat ia menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.

Ia sebelum ini menyatakan bahawa individu juga boleh menerima dua dos vaksin berlainan, berdasarkan kajian saintifik yang menunjukkan kaedah itu berkesan untuk mengekang Covid-19.

Menurutnya, berdasarkan syor semasa, dos kedua perlu diambil sekurang-kurangnya selepas tiga minggu dari tarikh dos pertama.

Bagi individu yang pulih daripada jangkitan Covid-19, mereka perlu menerima dua dos vaksin, dengan yang pertama sekurang-kurangnya selepas 10 hari dijangkiti dan dos kedua tiga minggu kemudian.

Jika jangkitan berlaku selepas dos pertama, dos kedua perlu diberikan sekurang-kurangnya 10 hari selepas jangkitan.

Kementerian itu melaporkan 353 kes baharu pada Selasa, menjadikan kes keseluruhan kepada 542,707.

Terdapat 4,377 kes aktif, dengan 1,108 daripadanya adalah kritikal.

Daripada kes baharu berkenaan, 71 direkodkan di Riyadh, Makkah (66), Wilayah Timur (41) dan Madinah (26).

Terdapat tujuh kematian berkait dengan Covid-19, menjadikan jumlah kematian kepada 8,497.

Kementerian itu turut melaporkan kira-kira 62.05 peratus populasi negara itu sudah menerima dos pertama, manakala 37.7 sudah menerima dos kedua.

Berdasarkan perkembangan itu, Ia menjangkakan 70 peratus penduduknya sudah menerima dua dos menjelang 9 Oktober. – Agensi

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/arab-saudi-luluskan-penggunaan-vaksin-sinovac-sinopharm/feed/ 0 5262
Individu Terima Sinovac Dibenarkan Masuk Arab Saudi https://sabahmedia.com/2021/07/13/individu-terima-sinovac-dibenarkan-masuk-arab-saudi/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/individu-terima-sinovac-dibenarkan-masuk-arab-saudi/#respond Tue, 13 Jul 2021 04:43:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2960
Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR: Arab Saudi membenarkan individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China, memasuki negara itu.

Mengumumkan perkembangan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Arab Saudi menyenaraikan vaksin berkenaan sebagai antara yang diterima sebagai syarat kemasukan ke negara itu.

“Alhamdulillah, Arab Saudi menyenaraikan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Sampaikan (keputusan itu) kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Selain Sinovac, Arab Saudi turut menyenaraikan satu lagi vaksin COVID-19 buatan China iaitu Sinopharm.

Sebelum ini, Arab Saudi hanya menerima empat vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.

Ia adalah prasyarat wajib yang diputuskan kerajaan Arab Saudi bagi bakal jemaah yang berhasrat ke Tanah Suci. BERITA HARIAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/individu-terima-sinovac-dibenarkan-masuk-arab-saudi/feed/ 0 2960