arifin arif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 Apr 2022 10:29:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png arifin arif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perkukuh silaturrahim, perpaduan di bulan Ramadan – Arifin https://sabahmedia.com/2022/04/03/perkukuh-silaturrahim-perpaduan-di-bulan-ramadan-arifin/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/perkukuh-silaturrahim-perpaduan-di-bulan-ramadan-arifin/#respond Sun, 03 Apr 2022 10:29:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13882
Read Time:1 Minute, 47 Second

MEMBAKUT : Umat Islam khususnya di negeri ini disaran untuk terus memanfaatkan bulan Ramadan dengan memperkukuh silaturahim dan perpaduan.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bulan mulia ini juga seharusnya dijadikan peluang untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan kemasyarakatan.

“Manfaatkan Ramadan ini untuk meningkatkan amalan masing-masing kerana Ramadan adalah bulan untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran.

“Di samping itu, gunakanlah ruang ini untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membaca, mendengar dan menghayati Al-Quran,” katanya dalam Program Sumbangan Kurma Sempena Bulan Ramadhan 1443H/2022 disini semalam.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, umat Islam turut digesa agar mengimarahkan masjid dan surau bersama ahli keluarga dan komuniti setempat sepanjang Ramadan.

“Kita sudah pun diberikan kelonggaran untuk solat berjemaah di masjid dan surau, jadi manfaatkanlah sebaik-baiknya terutama pada bulan ramadan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Arifin menyampaikan set cenderahati Ramadan berupa kurma, sejadah mini dan buku kecil Yassin kepada lebih 4,000 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut melalui agihan oleh 35 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan satu Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar  (JKDB).

Sementara itu, Pengerusi JKDB Pekan Membakut, Chia Moi Fah, 52, berbangga dengan keakraban keluarga Malaysia di kawasannya yang tetap berkongsi kemeriahan setiap perayaan tanpa mengira kaum.

“Sebagai orang berbangsa Cina yang hidup dengan majoriti penduduk muslim berjumlah 252 orang, saya sangat berbangga. Kalau Tahun Baharu Cina, mereka (muslim) akan turut raikan kami, bila hari raya kami pula yang akan berkunjung ke rumah mereka,” katanya.

Manakala, Pengerusi JPKK Kampung Binsulok, Misiran Ismail, yang menerima 520 set cenderahati untuk agihan setiap keluarga di kampung berkenaan berharap warganya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Bagi pihak warga Binsulok, saya mengucapkan terima kasih dengan sumbangan ini dan berharap warga di kampung saya supaya tetap mematuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Bagi Pengerusi JPKK, Mohd Daud Teo Abdullah, 49, Kampung Jambatan Baru Membakut yang menerima 157 set cenderahati untuk diagihkan berasa lega dengan kelonggaran solat jemaah di surau dan masjid setelah lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/perkukuh-silaturrahim-perpaduan-di-bulan-ramadan-arifin/feed/ 0 13882
Agensi Agama Di Sabah Akan Salur Bantuan, Kenalpasti Mangsa Kebakaran Di Tawau https://sabahmedia.com/2022/03/19/agensi-agama-di-sabah-akan-salur-bantuan-kenalpasti-mangsa-kebakaran-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2022/03/19/agensi-agama-di-sabah-akan-salur-bantuan-kenalpasti-mangsa-kebakaran-di-tawau/#respond Sat, 19 Mar 2022 08:54:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13187
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Agensi-agensi agama di Sabah akan menyalurkan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran yang berlaku di Tawau disini Khamis lalu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya telah meminta Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

“Saya turut bersimpati terhadap tragedi kebakaran yang menimpa penduduk di Tawau pada Khamis lalu.

“Oleh itu, saya telah meminta MUIS dan JHEAINS untuk mengenal pasti jumlah dan keadaan rumah serta keluarga mangsa terlibat bagi tujuan penyaluran bantuan yang sesuai,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya disini semalam.

Mohd Arifin berkata, penyaluran bantuan itu juga adalah bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa terlibat khususnya menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

Katanya, pihaknya turut meminta beberapa agensi agama lain untuk turut sama menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

“Selain Bahagian Zakat MUIS, saya juga meminta Perbadanan Baitulmal Sabah; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Yayasan Dakwah Islamiah Malauysia (YADIM); Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan agensi lain untuk bersama membantu mangsa yang terlibat.

“Saya juga ingin mengajak kepada semua pihak untuk turut sama menghulurkan bantuan lebih-lebih lagi dalam keadaan bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) akan turut membantu memastikan kebajikan mangsa terlibat terjaga khususnya yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Ini termasuklah menyediakan ruangan (partition) untuk mangsa berehat,menyediakan makanan bermasak dan keperluan asas semasa di PPS.

“Manakala bagi penempatan mangsa-mangsa akan diselaraskan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) selaku Pengerusi Bencana Daerah di PPS yang telah dikenalpasti,” katanya.

Pada Khamis lalu, dianggarkan kira-kira 700 rumah musnah terbakar dan menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, seramai 1,338 mangsa dikenal pasti terjejas akibat kejadian itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/19/agensi-agama-di-sabah-akan-salur-bantuan-kenalpasti-mangsa-kebakaran-di-tawau/feed/ 0 13187
JPPNS Fokus Sekolah Daif, Tidak Selamat https://sabahmedia.com/2022/01/19/jppns-fokus-sekolah-daif-tidak-selamat/ https://sabahmedia.com/2022/01/19/jppns-fokus-sekolah-daif-tidak-selamat/#respond Wed, 19 Jan 2022 08:44:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11294
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah (JPPNS) akan memberi fokus utama bagi mendapatkan maklumat berhubung sekolah daif dan tidak selamat di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sebanyak 15 ahli jawatankuasa dilantik bagi membarisi jawatankuasa berkenaan yang turut dipengerusikan oleh beliau.

“Pada hari ini kita telah menyampaikan watikah pelantikan ahli Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah yang saya pengerusinya dan salah seorangnya adalah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

“Jawatankuasa ini akan memberi fokus utama untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan sekolah-sekolah daif dan sekolah yang tidak selamat di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan pelancaran Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Mohd Arifin berkata, jawatankuasa itu juga akan bermesyuarat dua bulan sekali bagi membincangkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seklah-sekolah terutama di kawasan pedalaman.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, pada tahun ini pihaknya akan melaksanakan siri jelajah ke beberapa buah daerah di Sabah menerusi program Wadah dan Amal Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah (WAM 2-Care).

Katanya, menerusi program itu, pihaknya akan mendapatkan maklumat dan input yang berkenaan khususnya dari sudut pendidikan dan perkara lain.

“Tahun ini seperti tahun lalu, kita akan adakan jelajah program WAM 2-Care untuk bertemu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD); Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Daerah untuk mendapatkan input lebih lanjut daripada mereka.

“Disana kita akan dapat input penting untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dikawasan khususnya dari sudut pendidikan dan lain-lain seperti mana yang pernah ditimbulkan oleh beberapa wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/19/jppns-fokus-sekolah-daif-tidak-selamat/feed/ 0 11294
Tiga Program Baharu Lonjak Pembangunan Pendidikan Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/19/tiga-program-baharu-lonjak-pembangunan-pendidikan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/19/tiga-program-baharu-lonjak-pembangunan-pendidikan-di-sabah/#respond Wed, 19 Jan 2022 08:04:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11284
Read Time:3 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan membelanjakan sebanyak RM35 juta pada tahun ini bagi melaksanakan inisiatif pembangunan pendidikan yang merangkumi tiga program baharu.

Tiga program baharu itu merangkumi Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memartabatkan taraf pendidikan di negeri ini.

Katanya, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan GRS meletakkan portfolio pendidikan di bawah bidang kuasa Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas supaya perhatian khusus dapat diberikan kepada hal ehwal pendidikan Sabah.

“Ini tidak bermakna kerajaan mengambil alih peranan dan tanggungjawab Persekutuan di Sabah, sebaliknya inisiatif itu adalah untuk melengkapkan program yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan pelancaran BAGUS, BISBAH dan AKSA 2022, di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun

Hadir sama Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dan Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof.

Hajiji berkata, kerajaan Sabah serius dalam memastikan anak-anak di negeri ini mendapat bantuan sebaik mungkin dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Katanya, ia selaras dengan teras kedua pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan kerajaan GRS yang memperkasakan modal insan Sabah.

“Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk program BAGUS yang menyaksikan setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di 1,500 sekolah menerima RM2,000 untuk menjalankan aktiviti masing-masing tahun ini.

“Bagi inisiatif BISBAH, sejumlah RM12 juta diperuntukkan untuk membantu 1,500 sekolah di seluruh negeri memperoleh komputer, mesin pencetak, peralatan bantuan mengajar, meja dan kerusi.

“Kerajaan juga akan memberi pengiktirafan khas kepada pelajar cemerlang Sabah yang cemerlang dalam akademik dan pengiktirafan khas kerajaan ini akan dikenali sebagai Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA),” katanya.

Katanya, selain itu, kerajaan juga akan meneruskan bantuan lain yang diberikan pada 2021 iaitu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK); Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) dan BAKTI.

Tahun lalu, kerajaan negeri meluluskan RM15 juta untuk pembelian komputer riba di bawah program BAIK bagi membantu 10,000 pelajar yang memerlukan khususnya yang menduduki SPM, STPM dan STAM dalam pengajian dalam talian melalui pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) kerana bilik darjah ditutup disebabkan pandemik COVID-19.

Kerajaan Negeri turut membelanjakan sejumlah RM10 juta tahun lalu untuk membantu 5,000 pelajar membayar yuran pendaftaran di bawah BUDI dengan mereka yang mengikuti pengajian diploma mendapat RM1,500 dan RM2,000 bagi mereka yang mengikuti kursus ijazah.

Hajiji berkata, kerajaan GRS turut memberi RM200 kepada setiap 40,277 pelajar Sabah yang telah mendaftar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun lepas di bawah Bantuan Khas Tunai. Program Peperiksaan (BAKTI) menelan belanja RM8,055,400 juta.

Memandangkan peperiksaan SPM, STAM dan STPM 2021 ditangguhkan ke Mac tahun ini, bantuan BAKTI 2021 telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Sabah untuk diagihkan kepada penerima.

Selaras dengan komitmen membangunkan modal insan melalui pendidikan dalam Bajet Negeri 2022, peruntukan sebanyak RM55 juta telah diperuntukkan sebagai biasiswa untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi memenuhi permintaan pasaran masa depan, katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan semua anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan, justeru RM13.9 juta telah diperuntukkan untuk membantu 289,204 pelajar membeli pakaian sekolah, kasut dan alat tulis di bawah Program Bantuan Sosial Sekolah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/19/tiga-program-baharu-lonjak-pembangunan-pendidikan-di-sabah/feed/ 0 11284
Keselamatan Murid,Pelajar Di Sabah Sentiasa Diutamakan https://sabahmedia.com/2022/01/16/keselamatan-muridpelajar-di-sabah-sentiasa-diutamakan/ https://sabahmedia.com/2022/01/16/keselamatan-muridpelajar-di-sabah-sentiasa-diutamakan/#respond Sun, 16 Jan 2022 11:26:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11161
Read Time:1 Minute, 0 Second

MEMBAKUT : Kerajaan negeri akan mengambil langkah sewajarnya bagi membantu murid-murid di sebuah sekolah di Pitas yang menaiki bot untuk ke sekolah dan bersesak selain tidak memakai jaket keselamatan seperti yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Daerah Pitas untuk tindakan selanjutnya.

“Pertamanya saya akan melihat perkara ini dan meminta PPD Daerah dan Pejabat Daerah untuk mendapatkan maklumat terperinci. 

“Saya akan dapatkan maklumat daripada mereka untuk kita mencari jalan bagaimana tindakan serta langkah kita membantu membantu anak-anak kita yang sepatutnya berada dalam keselesaan untuk mengikuti pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra dan menyampaikan buah limau sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar Pekan Membakut disini hari ini.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihaknya akan mempertimbangkan selain mencari jalan untuk membantu murid-murid terlibat khususnya melibatkan aspek keselamatan.

Beberapa hari lalu tular di media sosial murid-murid dari Kampung Pituru dan Kampung Timbang Taun menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mangkapon Pitas menaiki sebuah bot tanpa menggunakan jaket keselamatan selain turut bersesak di bot berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/16/keselamatan-muridpelajar-di-sabah-sentiasa-diutamakan/feed/ 0 11161
MUIS Berjaya Kutip RM40 Juta Zakat Perniagaan https://sabahmedia.com/2022/01/10/muis-berjaya-kutip-rm40-juta-zakat-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/muis-berjaya-kutip-rm40-juta-zakat-perniagaan/#respond Mon, 10 Jan 2022 14:07:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10984
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Bahagian Zakat dan Fitrah  berjaya mengutip sebanyak RM40 juta zakat perniagaan bagi tahun 2021.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah tahun sebelumnya dan ia merupakan antara hasil kerja keras dan MUIS.

“Kutipan zakat pada tahun 2020 adalah sebanyak RM101 juta manakala pada tahun lalu, kita berjaya mengutip sebanyak RM117.8 juta dan ini menunjukkan terdapat peningkatan kutipan sebanyak lebih RM16 juta.

“Penyumbang terbesar kutipan zakat di negeri ini adalah dari zakat penggajian iaitu RM 48 juta, diikuti zakat perniagaan dengan jumlah RM40 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Mohd Arifin turut merakamkan penghargaan kepada MUIS khususnya Bahagian Zakat dan Fitrah kerana bergerak dari masa ke masa memberikan maklumat serta kempen berkenaan zakat.

Pada majlis itu, Kumpulan FGV Holdings Berhad diwakili oleh pengerusinya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 3,226,291 kepada Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Majlis tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar.

Dalam pada itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Tertinggi  Persatuan Orang Kerdil Sabah dan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan yang ditubuhkan sejak April 2021 dengan jumlah keahlian lebih 20 orang setakat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/muis-berjaya-kutip-rm40-juta-zakat-perniagaan/feed/ 0 10984
MUIS Perkenal Beberapa Program, Rancang Wujudkan Taman Tanah Perkuburan https://sabahmedia.com/2022/01/06/muis-perkenal-beberapa-program-rancang-wujudkan-taman-tanah-perkuburan/ https://sabahmedia.com/2022/01/06/muis-perkenal-beberapa-program-rancang-wujudkan-taman-tanah-perkuburan/#respond Thu, 06 Jan 2022 10:53:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10791
Read Time:1 Minute, 6 Second

PITAS: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan memperkenalkan beberapa program tahun ini selain akan memberi fokus bagi mewujudkan taman tanah perkuburan di Sabah agar lebih tersusun dan kemas.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, dua model taman tanah perkuburan yang tersusun akan dijadikan contoh bagi tanah perkuburan lain di negeri ini.

“Kita telah mengenal pasti tanah perkuburan Kampung Lobou, Sepanggar dan Batu 12 Sandakan yang setakat ini merupakan tanah perkuburan yang tersusun.

“Selain itu, kita melihat ada beberapa daerah atau kampung di negeri ini menghadapi masalah berkaitan tanah perkuburan dan saya sudah meminta kepada pegawai daerah yang menjadi pengerusi dakwah untuk mencari tanah yang sesuai untuk dijadikan tanah perkuburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat mangsa banjir di daerah Pitas, disini semalam.

Mohd Arifin berkata, usaha turut dilaksanakan untuk melebarkan tanah perkuburan di beberapa buah tempat di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, MUIS akan turut memperkasa Lembaga Wakaf Sabah dan terus mengembangkan wakaf di negeri ini.

Katanya, selain itu, MUIS juga akan turut memperkasa hub halal Sabah selain Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah juga akan memperkasa aplikasi e-Jariah.

“Ini bagi membolehkan umat Islam menyumbang secara atas talian.

“Pada tahun ini juga kita akan memantapkan lagi kegiatan kesenian berhubung dengan budaya Islam dimana beberapa aktiviti akan turut dihidupkan semula,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/06/muis-perkenal-beberapa-program-rancang-wujudkan-taman-tanah-perkuburan/feed/ 0 10791
Kerajaan Terus Pantau Individu Ditauliah Ajar Agama https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/#respond Fri, 31 Dec 2021 08:37:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10510
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sentiasa memantau dan memastikan tiada sebarang aktiviti penyalahgunaan platform mengajar agama bagi kepentingan politik di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bidang kuasa berhubung perkara itu adalah dibawah Pejabat Mufti namun turut dipantau bersama MUIS.

“Perkara ini adalah dibawah Pejabat Mufti kerana untuk menjadi penceramah dan mengajar agama ada kriteria tertentu.

“Tidak semua boleh terlepas untuk mengajar kerana perlu terlebih dahulu mendapatkan pentauliahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Buletin M-2Care Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan atau aduan mengenai individu yang ditauliahkan mengajar agama untuk tujuan berpolitik.

“Saya berharap agar MUIS sentiasa memantau kegiatan mereka ini dan mudah-mudahan di Sabah tidak berlaku namun jika ada kita akan cari jalan untuk mengatasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/feed/ 0 10510
Kerajaan Terus Beri Perhatian Keperluan Sekolah Agama, Tahfiz https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-beri-perhatian-keperluan-sekolah-agama-tahfiz/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-beri-perhatian-keperluan-sekolah-agama-tahfiz/#respond Fri, 31 Dec 2021 05:35:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10502
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan akan terus memberi perhatian dan mengambil berat kepada keperluan semasa sekolah-sekolah agama termasuk pusat-pusat tahfiz berdaftar di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bagi memberi keselesaan kepada para pelajar dan guru-guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

“Sepanjang lawatan dan pemantauan saya di beberapa buah sekolah agama termasuk menengah dan pusat tahfiz, saya melihat beberapa perkara perlu diambil berat dan perhatian.

“Antaranya kita memerlukan guru terlatih iaitu tambahan guru untuk mengajar di sekolah-sekolah agama (SMAN dan SAN), dari segi prasarana setakat ini Alhamdullilah semua sudah dilihat baik dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Buletin M-2Care Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Rosmadi Datu Sulai.

Mohd Arifin berkata, kerajaan juga akan berusaha menyalurkan bantuan kepada sekolah tahfiz dan madrasah berdaftar melalui bantuan zakat.

“Setiap tahun kita menyalurkan bantuan kepada sekolah tahfiz dan madrasah termasuk sekolah agama rakyat untuk pengurusan namun kita akan menilai sejauh mana bantuan tersebut dapat membantu mereka,”katanya.

Ketika ditanya mengenai prestasi kementeriannya, Mohd Arifin berkata, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai segala program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai apa yang kita laksanakan, kita telah laksanakan sebaik mungki, sehabis baik untuk pejabat kita dan umat seluruh negeri ini,”katanya.

Terdahulu, Mohd Arifin berkata, penerbitan Buletin M-2Care Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah itu merupakan edisi pertama dilancarkan merangkumi aktiviti dan program yang dilaksanakan kementerian bermula Januari sehingga Jun 2021.

Katanya, bermula 2022, pihaknya akan menerbitkan buletin sama sebanyak empat kali dalam setahun.

“Penerbitan buletin ini adalah untuk sebagai bacaan dan simpanan dokumetasi penting berkaitan aktiviti dan program yang kita laksanakan sepanjang 2021.

“Sebelum ini kita telah laksanakan jelajah ke daerah seluruh negeri Sabah untuk bertemu dengan pelajar, guru serta  pimpinan masyarakat untuk memjelaskan peranan kita dan menyampaikan sumbangan melalui pusat zakat Sabah,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-beri-perhatian-keperluan-sekolah-agama-tahfiz/feed/ 0 10502
Empat Keluarga Rai Krismas Di Rumah Baharu https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/#respond Wed, 22 Dec 2021 10:49:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10194
Read Time:1 Minute, 16 Second

MEMBAKUT: Empat keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut disini bakal meraikan perayaan Hari Krismas di rumah baharu selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) siap baru-baru ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, penyerahan replika kunci itu membolehkan penerima menyambut sambutan Hari Krismas dengan lebih selesa di rumah baharu.

“Pada tahun ini, empat keluarga di DUN Membakut akan meraikan hari Krismas di rumah baharu yang lebih selesa.

“Keluarga yang terlibat menerima bantuan rumah baharu ini adalah di Kampung Sungai Damit, Kampung Bawan, Kampung Lumat dan Kampung Dungau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan Krismas 2021 di Dewan Terbuka Pekan Membakut disini semalam.

Sementara itu, anak ketiga kepada penerima bantuan rumah PPRT, Ratna Kinsuin di Kampung Dungau iaitu Franky Lazim ketika dikunjungi rombongan Arifin menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas peruntukan berkenaan.

Beliau berharap, kerajaan akan meneruskan usaha murni dalam membantu golongan miskin untuk mendapatkan rumah kediaman.

Terdahulu, Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, sebanyak RM42.9 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan penyaluran bantuan  kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini pada tahun ini.

Katanya, ia merupakan satu usaha serta keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini adalah keprihatinan Ketua Menteri Sabah yang telah menyalurkan peruntukan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam dan sekolah mubaligh di negeri ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Mohd Arifin menyampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan perhiasan pokok krismas, di samping sumbangan Krismas kepada gereja-gereja serta Komuniti Kristian Dasar (KKD).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/feed/ 0 10194